Bolehkah Duit Koyak Tukar Di Bank?

duit koyak tukar di bank

Persoalan bagi anda yang tengah buntu adakah boleh duit koyak tukar di bank ataupun simpan saja kat rumah sebab tak boleh guna.

Anda semua tentu juga pernah ada duit yang koyak, siapa yang guna duit kertas setiap hari pasti akan jumpa duit yang koyakkan.

Mustahil lah kalau tak pernah ada kena atau simpan duit yang koyak ni. Duit paling mudah koyak adalah duit RM 5 betul tak.

Saya kalau ada duit koyak saya memang segan nak guna dan bagi kepada penjual kalau nak beli apa apa barang.

Adakah duit koyak laku atau tidak untuk digunakan dalam pembelian? Mestilah laku dan masih boleh digunakan.

Saya akan repair duit yang koyak terlebih dahulu sebolehnya sebelum saya nak guna. Kalau duit koyak tak teruk biasanya saya akan guna sellotape untuk sambung balik duit tu.

Lepas dah sambung baru saya guna . Kalau duit tu dah koyak teruk sangat memang saya tak akan guna.

Kali ini saya nak share pengalaman saya tukar duit koyak di Maybank yang mana saya pada masa tu tak tahu macam mana nak buat dengan duit koyak dan rosak ni.

Sebelum ni saya ada simpan banyak duit yang koyak yang agak teruk, ada yang carik, reput dan ada yang sambung sellotape pun masih nampak teruk. Jadi saya simpan dalam laci saja.

Lepas tu ada beberapa ketika saya ada masalah sikit duit berkurang jadi saya pun buka laci tengok balik duit duit yang koyak tu, lama juga saya simpan mereka semua.

Pergi Ke Maybank

Saya pun call maybank dan tanya nak tahu samada duit koyak boleh tukar di maybank ataupun tidak.

Mereka cakap boleh, jadi saya pun tak tunggu lama terus ke bank untuk tukar semua duit yang koyak tu.

Dekat rumah saya kira duit semua tu dalam RM 60 lebih tak silap saya, duit campur campur ada RM 2, RM 5, RM 10.

Nanti free baca juga Tengah Risau Fikir Apa Perlu Buat Jika Kad Bank Expired?

Serah Duit Koyak Untuk Penilaian Bank

Bila sampai bank terus ambil nombor bila sampai giliran dia panggil masuk dalam satu bilik kecil.

Lepas tu kita serahkan duit dan mereka akan kira berapa jumlah duit yang pihak bank boleh terima.

Alhamdulillah lepas dah selesai kira mereka beritahu berapa jumlah yang boleh pihak bank tukarkan dengan duit yang rosak ini. Saya dapat dalam RM 50 lebih kira ok la tu kan.

Ada duit yang koyak dan rosak teruk pihak bank tidak boleh terima dan buat tukaran. Penilaian tahap kerosakan dan penerimaan semua bergantung pada bank.

Tak sangka pula duit yang saya rasa dah tak boleh guna tapi bank boleh pula terima dan nilainya masih sama.

Kalau manusia tak berguna adakah masih ada orang boleh terima.

Jadi macam tulah cerita dia pasal duit koyak ni, kalau anda ada duit yang koyak boleh la ke maybank untuk tukar dengan duit yang baru.

Jangan jadi macam saya simpan lama lama dalam laci tak boleh guna seduit pun. Sekarang anda dah tahu bahawa duit koyak boleh tukar di bank ya.

Dalam gambar tu saya masih simpan duit RM 2 yang koyak masa tu untuk buat kenang kenangan pada masa hadapan dan simpan di sini.

Baca juga Contoh Surat Tutup Akaun Bank CIMB Yang Saya Terima

Adakah CDM (Cash Deposit Mesin) terima duit koyak?

Selalunya CDM akan reject duit koyak, duit renyuk pun dia reject apatah lagi duit koyak. Boleh try banyak kali kot kot nasib anda baik dia akan terima.

Adakah duit koyak masih laku atau tidak?

Duit yang koyak masih lagi laku digunakan cuma kena repair bahagian yang koyak tu. Kalau teruk sangat janganlah guna pergi bank dan tukar yang baru.

Scroll to Top