Cara Nak Print Bank Statement Maybank2u Terkini Secara Online

cara nak print bank statement maybank2u terkini

Kali ini saya nak share pula bagaimana cara nak print bank statement maybank2u terkini mengikut bulan yang kita kehendaki.

Dulu penyata ataupun bank statement kalau kita nak guna kita kena pergi ke cawangan bank berhampiran dan request untuk mereka sediakan.

Lepas tu kena caj lagi bayaran sebab kos print katanya tapi sekarang tak perlu lagi buat macam tu.

Kalau masa pakai buku dulu kena selalu pergi bank untuk update, bagi buku dan statement akan keluar dalam buku bank kita. Ingat lagi masa tu kan.

Bila dah penuh buku tu kena buat baru pulak. Zaman zaman tu dah lama sangat, budak sekarang buku bank pun mereka dah kenal rasanya kan.

Sekarang ini cara dapatkan bank statement maybank sangatlah mudah, kita boleh dapat hanya melalui akaun online.

Yang penting kita kena ada dulu Maybank2u kalau tak ada kena daftar perkhidmatan online ini.

Banyak kegunaan bank statement ini antaranya ialah untuk:

  • Buat permohonan pinjaman loan kereta, rumah
  • Dapatkan bantuan kerajaan
  • Tafsiran cukai
  • Mengira untung rugi syarikat

Jadi bagaimana kita sebagai pelanggan untuk mendapatkannya.

Login ke Maybank2u

First sekali adalah masuk ke website dan login, masukkan username dan password. Jika anda belum ada maybank2u sila buat dan aktifkan segera untuk memudahkan anda membuat transaksi secara cepat dan mudah

login maybank2u

Lepas dah masuk ke akaun anda paparan berikut akan ditunjukkan.

saving account maybank

Klik pada bahagian “saving account”

Turun ke bahagian bawah sekali dan tekan “view statement”

view statement maybank2u

Pada bahagian atas paparan pilih tahun atau bulan yang anda nak print statement. Pilih bulan terakhir dan terkini ataupun bulan bulan yang anda mahukan.

monthly statement maybank

Cara download bank statement maybank adalah sangat mudah. Lepas dan pilih bulan apa yang anda mahu, statement bank akan dipaparkan kemudian klik icon download untuk download ke komputer anda.

Sila semak dahulu sekali lagi untuk pastikan statement yang anda perlukan adalah betul mengikut bulan yang anda inginkan.

cara download bank statement maybank

Print Statement

Lepas dah download buka file bank statement tersebut, file dalam bentuk PDF.

cara print bank statement maybank

Klik icon print untuk print statement bank anda.

print bank statement maybank

Kemudian tekan butang “Print” untuk print di printer anda.

Selesai, mudahkan step dia daripada nak dapatkan statement sehinggalah boleh print terus untuk anda gunakan hanya secara online tanpa perlu ke bank.

Anda boleh juga save file PDF tersebut di dalam pendrive jika anda mahu print di kedai jika tiada printer di rumah.

Cara Mendapatkan Pengesahan Akaun Maybank

Jika anda perlukan pengesahan ke atas salinan statement bank anda, apa yang anda perlu lakukan adalah, selepas print anda terus pergi ke bank.

Pergi ke kaunter dan jumpa bahagian pertanyaan dan beritahu bahawa anda ingin buat pengesahan ke atas statement bank anda.

Pegawai bank akan cop dan sign ke atas statement bank anda sebagai bukti pengesahan.

Pengesahan ini diperlukan bagi apa apa tujuan rasmi yang memerlukan salinan penyata bank disahkan terlebih dahulu.

Sekarang dah tak pakai buku bank kan, jadi statement bank inilah sebagai ganti kepada buku bank.

Begitulah langkah step by step bagaimana cara nak print bank statement maybank2u terkini dengan hanya buat daripada rumah sahaja. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.

Baca juga Contoh Surat Tutup Akaun Bank CIMB Yang Saya Terima

Scroll to Top