Anda rasa apa perlu buat jika kad bank expired sebab asyik guna sahaja sampai terlupa tengok tengok dah tarikh luput.
Tengah tengah ambil duit kat ATM mesin naik notis suruh minta perbaharui kad dengan segera sebelum tamat tempoh.
Jika anda baru pertama kalai ada akaun bank mungkin anda belum biasa menghadapi masalah ini kerana anda baru mula guna sahaja.
Bagi yang dah lama ada kad bank tentu pernah alami situasi ini.
Jadi apa perlu buat jika kad bank dah nak expired:
Cara Semak Tarikh Luput Pada Kad Bank
Cara nak tengok tarikh expired pada kad bank adalah mudah sekali. Rujuk gambar di bawah
1.Member since bermaksud bilakah anda mula buat kad bank anda.
2.Manakala yang sebelah kanan pula “Good Thru” bermaksud sampai bila tarikh akhir kad bank anda boleh digunakan.
3.Ada sesetengah kad bank tidak ada bahagian “member since”. Setiap bank tidak sama ya.
Jawapannya jika kad bank dah expired dan dah sampai tarikh luput penggunaannya maka apa yang perlu anda lakukan ialah perbaharui atau renew kad bank anda dengan segera.
Seeloknya jangan tangguh sampai betul betul hari tarikh expired kad baru nak buat, buat lah segera jika anda dah perasan dan sedar kad bank anda dah nak tamat tempoh.
Sebab bukan apa takut tiba tiba jadi kecemasan dan kita nak guna duit waktu tu, bila pergi ke bank tengok tengok kad dah tak boleh guna sebab dah expired, akibatnya kita yang susah.
Jadi mulalah nak kena pinjam duit kat orang dulu sebab duit ada tapi tak boleh nak bawa keluar disebabkan masalah pada kad.
Jadi bagi mengelakkan situasi tersebut berlaku elok anda buat awal awal kad baharu.
Cara Renew Kad Bank Expired
Untuk buat kad bank baru apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke cawangan terdekat bank yang anda guna.
Kalau guna Maybank pergi Maybank, kalau guna Bank Islam pergi Bank Islam jangan pergi Bank Negara pula, mereka tak boleh tolong buatkan pun kat situ.
Pergi ke kaunter bank anda dan beritahu nak buat kad baru sebab kad lama dah expired. Prosesnya tak susah pun dan anda boleh dapatkan kad yang baru juga pada hari tersebut dan boleh guna terus.
Isi borang yang diberikan kemudian sahkan identiti dengan menggunakan cap jari dan kad pengenalan anda. Selesai urusan anda.
Masa saya buat kad baru pihak bank caj saya RM 8 untuk tukar kad baru dan duit itu ditolak terus daripada akaun bank kita.
Adakah kad bank expired boleh keluarkan duit? Untuk pengetahuan anda bila kad bank dah expired maka kad bank tidak lagi boleh digunakan untuk keluarkan duit.
Anda kena segera tukarkan kad bank yang baru jika anda nak cucuk duit di ATM mesin. Selagi mana tak tukar yang baru selagi itu lah anda tak boleh keluarkan duit anda.
Beg untuk simpan kad bank anda, saiz kecil tapak tangan jer. KLIK SINI
Baca juga Bolehkah Duit Koyak Tukar Di Bank?