Contoh Surat Tutup Akaun Bank CIMB Yang Saya Terima

contoh surat tutup akaun bank cimb

Kali ini saya nak kongsikan contoh surat tutup akaun bank cimb yang saya terima baru baru ini yang di hantar melalui pos kerumah daripada ibu pejabat mereka.

Terkejut juga secara tiba tiba dapat surat notis mengatakan bahawa akaun bank cimb saya akan ditutup oleh pihak bank.

Apa Tujuan Bank Hantar Surat Ini

Alasan bank mengatakan bahawa akaun saya terpaksa ditutup oleh mereka kerana atas perkara ataupun sebab “akaun yang dorman”

Apakah maksud akaun yang dorman?

Maksud akaun bank yang dorman secara mudah untuk kita faham adalah akaun bank yang tidak aktif beberapa tahun lepas sehingga sekarang.

Maksud tidak aktif ini adalah tidak ada perjalanan transaksi didalam akaun bank tersebut seperti:

  • pengeluaran wang
  • ataupun kemasukan wang ke dalam akaun bank.

Jadi di sini bank melihat akaun ini macam sendu dan sunyi sepi seolah olah tuan punya akaun dah tak guna akaun bank yang mereka daftarkan.

Memang ini prosuder bank yang mana jika akaun terlalu lama tidak aktif mereka akan tutup dengan sendirinya.

Namun sebelum mereka tutup akaun mereka akan surat ke alamat untuk bagi notis untuk hidupkan akan terlebih dahulu supaya akaun tidak ditutup.

Namun kali ini saya tak dapat surat awal notis tersebut yang mengarahkan supaya aktifkan akaun sebelum ini.

Sama ada surat itu sampai atau tidak itu saya tak pasti.

Kalau saya dapat surat notis awal sebelum dapat surat penutupan ini mungkin saya akan aktifkan akaun bank saya supaya ia tidak ditutup.

Mungkin kali ini bukan rezeki saya untuk teruskan penggunan akaun cimb ini, sebab memang dah lama tak guna akaun ni.

Kena Buat Akaun Bank Yang Baru

Bila saya dapat surat ini saya pun call bank cimb untuk tanya pasal surat ini. Bila call dan bercakap dengan pegawai di cawangan dia pun buat semakan melalui kad pengenalan.

Dalam sistem pegawai tu beritahu memang akaun saya dah tutup bila surat notis dorman ini dikeluarkan oleh pihak bank. Senang cerita memang dah tutup akaun tu.

Kalau nak juga, kena la buat akaun cimb yang baru.

Sekarang kalau nak buat akaun baru kena ada surat pengesahan kerja daripada majikan, dulu masa saya buka akaun tak perlu pun surat majikan ni.

Sekarang prosuder semakin ketat untuk buka akaun jadi yang mana tak kerja tu susah sikit la nak buka akaun.

Jika tidak bekerja dan mendapat bantuan bulanan daripada kerajaan dan duit akan masuk ke akaun.

Bank akan minta surat pengesahan daripada jabatan kerajaan yang luluskan bantuan tersebut jika ingin membuka akaun bank dengan mereka.

Jadi pada anda diluar sana yang ada akaun bank lebih daripada satu pastikan anda sentiasa gunakan akaun bank anda yang banyak tu setiap tahun.

Sekurang kurangnya masukkan duit dan keluarkan duit secara berjadual walaupun anda tak guna sangat akaun bank tu.

Cuma kita buat transaksi supaya nak maintain akaun bank tersebut supaya tidak ditutup oleh bank.

Sebab sekarang nak buka akaun bank susah sikit dokumen dia berbanding beberapa tahun lepas sebelum ini.

Baca juga Akibat Tidak Bayar Bil Telefon Saya Terima Surat Ini

Scroll to Top