Bayar Bil Celcom Guna Maybank2u

bayar bil celcom guna maybank2u

Kali ini saya nak share cara bayar bil celcom guna maybank2u yang selalu saya buat setiap bulan tanpa lupa, kalau lupa tak boleh guna internet nanti.

Setiap bulan bagi pengguna celcom postpaid, celcom akan hantar bil pembayaran melalui email setiap bulan mengikut tarikh yang renewal akaun kita.

Selain itu pengguna boleh juga buat semakan di aplikasi celcom life, semua data akan diupdate di dalam aplikasi tersebut.

Saya selalu guna maybank2u untuk lakukan pembayaran setiap bulan.

Ada 3 cara bayaran bil celcom yang boleh dibuat iaitu:

Pembayaran Di Website Maybank2u

Jika anda menggunakan laptop anda boleh menggunakan website maybank2u untuk membuat bayaran bil.

Pergi ke website maybank2u kemudian login akaun bank anda.

bayar bil celcom

Klik pada “Pay & Transfer” > Pilih “Payee”. Search Celcom pada bahagian ini.

Kemudian masukkan nombor akaun celcom anda klik “confirm”

Masukkan amount bayaran dan nombor telefon anda kemudian klik “Pay”

bayar online bil celcom

Request TAC nombor kemudian masukkan kan TAC nombor.

Selesai pembayaran telah berjaya dilakukan. Anda boleh save resit dengan download dan simpan.

bayar celcom maybank2u

Anda juga boleh setkan “Add To Favourite” pembayaran bagi akaun celcom ini supaya mudah untuk anda buat bayaran pada masa hadapan. Kelebihannya anda tak perlu lagi request TAC nombor.

Bayar Melalui Applikasi Maybank2u

Login ke aplikasi maybank2u anda.

Bayar Melalui Applikasi Maybank2u

Pada bahagian bahawa pilih simbol “PAY” klik “New Payee”

search “Celcom” > masukkkan nombor akaun celcom anda > masukkan nombor telefon bimbit anda.

Akaun nombor celcom anda boleh lihat di :

  • Resit Pendaftaran
  • Dalam aplikasi Celcom Life lihat di bahagian “Usage” ada maklumat nombor akaun celcom di situ.

Klik continue “masukkan amount” dan proceed macam biasa sehingga selesai.

Request Tac kemudian masukkan tac dan klik ok. Berjaya selesai anda boleh download receipt untuk simpanan.

Bayaran melalui aplikasi maybank2u boleh juga guna Secure2u tanpa perlu sms TAC untuk buat bayaran. Anda perlu aktifkan fungsi Secure2u terlebih dahulu untuk guna bagi membuat bayaran.

Untuk penggunan XOX Bagaimana Cara Check Baki XOX

Bayaran Menggunakan Applikasi Celcom Life

Masuk ke applikasi Celcom Life anda pada paparan hadapan di sebelah atas kanan ada “Pay Bill”

Bayaran Menggunakan Applikasi Celcom Life

Klik situ kemudian “select preferred payment method”

  • Boost e wallet
  • Grab Pay
  • Online Banking
  • Credit/Debit Card

Pilih online banking tekan “Pay Bill”

Anda di kehendaki memilih bank yang anda ingin gunakan, Saya pilih Maybank2u. Kemudian klik “confirm”

Anda akan di bawa terus untuk login akaun bank anda. Isikan username dan password dan login.

Lepas login anda akan dipaparkan maklumat bayaran daripada FPX:

  • From account
  • Merchant name
  • Payment reference
  • PFX Transaction ID
  • Amount
  • Fee amount

Tekan “continue” kemudian “request sms TAC” macam biasa dan selesaikan transaction pembayaran sehingga habis. Selesai pembayaran bil internet celcom anda.

Begitulah cara cara dan langkah langkah nak bayar bil celcom guna maybank2u yang boleh anda pilih.

Jadi jika anda pengguna celcom dan pengguna maybank anda boleh buat 3 pilihan di atas untuk membuat bayaran bil celcom anda setiap bulan.

Baca Juga Cara Cek Saman Guna Nombor IC

Adakah bil Celcom boleh di bayar menggunakan bank lain juga?

Ya boleh anda juga boleh bayar bil celcom melalui bank lain juga seperti bank Islam online, cimb click dan juga bank bank yang lain.

Adakah bil celcom boleh di bayar separuh sahaja?

Anda juga boleh bayar separuh sahaja bil celcom anda untuk bulan tersebut namun ia akan dibawa kehadapan dan sekiranya akaun anda sudah sampai limit anda tidak boleh gunakan line anda dan perlu buat bayaran segera.

Scroll to Top