Cara Nak Jual Kereta Belum Habis Bayar

cara nak jual kereta belum habis bayar

Bagaimana cara nak jual kereta belum habis bayar dan masih dalam keadaan ada berhutang dengan bank?

Pertama kali bila dapat membeli kereta memang seronok sebab sebelum ni hanya naik motor sahaja kemana mana tak kira hujan ataupun panas.

Bila ada kereta mudah sikit nak kemana mana jika waktu hujan tak basah dan waktu panas pula ada aircond dalam kereta.

Ada banyak sebab orang nak jual kereta yang belum habis loan ini antaranya ialah, jual kereta tak mampu bayar hutang bulan bulan dengan bank, ingin beli kereta lain dan juga macam macam lagi alasan dan keperluan.

Kali ini saya nak share bagaimana cara jual kereta belum habis bayar secara ringkas supaya anda mudah faham secara asas proses penjualan kereta boleh dilakukan sendiri oleh anda.

Cara cara jual kereta masih hutang bank

Semak Baki Hutang Kereta

Langkah pertama yang kita perlu lakukan untuk jual kereta belum habis bayar adalah melakukan semakan baki hutang semasa pinjaman kereta dengan pihka bank yang kita buat loan tersebut.

Sila hadir ke cawangan bank terdekat dengan anda dan berjumpa dengan bahagian pinjaman kenderaan (Hire Purchase) untuk membuat semakan dengan lebih detail.

Pihak bank akan beritahu anda berapa jumlah baki hutang semasa kereta anda dan berapa jumlah yang telah anda bayar kepada bank.

Semak Harga Pasaran Semasa Kereta

Selepas dah tahu baki hutang kenderaan, langkah seterusnya adalah kena tahu berapa harga pasaran semasa kenderaan anda.

Biasanya anda boleh semak samaada dengan bertanya dengan bank, kedai kereta terpakai ataupun anda boleh semak secara online sahaja.

Anda boleh melakukan semakan secara online dengan mengunakan portal marketplace mudah.my untuk mengetahu i berapa harga pasaran semasa model kereta anda.

Sebab utama anda kena tahu dua perkara ini iaitu jumlah baki hutang kereta dan juga harga pasaran kereta adalah kerana supaya apabila anda ingin melakukan penjualan anda tidak perlu lagi kena keluarkan duit sendiri.

Bagi tujuan untuk bayar kepada bank jika harga pasaran kereta anda lebih rendah daripada jumlah baki hutang kereta anda.

Jika baki hutang masih tinggi daripada harga pasaran kereta maka anda kena keluarkan duit lagi untuk bayar kepada bank jumlah yang tidak cukup tersebut.

Kaedah Tentukan Harga Jualan

Untuk lebih mudah faham kita lihat situasi jadual di bawah.

Harga Pasaran Kereta Lebih Tinggi Daripada Jumlah Baki Hutang

Katakan contoh baki hutang anda sekarang adalah RM 60,000 dan harga pasaran semasa kereta anda adalah RM 70,000

Harga Pasaran Semasa KeretaRM 70,000
Jumlah Baki Hutang Pinjaman KeretaRM 60,000
Harga Pasaran Semasa Kereta – Jumlah Baki Hutang Pinjaman Kereta
RM 70,000 – RM 60,000 = RM 10,000

Untuk situasi ini jika anda menjual pada masa sekarang anda tidak perlu keluarkan duit untuk bayar kepada bank kerana harga pasaran semasa adalah lebih tinggi daripada jumlah baki hutang kereta.

Malahan anda dapat tunai lagi tambahan RM 10,000 daripada penjualan tersebut.

Harga Pasaran Kereta Lebih Rendah Daripada Baki Hutang

Katakan contoh baki hutang anda sekarang adalah RM 70,000 dan harga pasaran semasa kereta anda adalah RM 60,000

Harga Pasaran Semasa KeretaRM 60,000
Jumlah Baki Hutang Pinjaman KeretaRM 70,000
Harga Pasaran Semasa Kereta – Jumlah Baki Hutang Pinjaman Kereta
RM 60,000 – RM 70,000 = (-RM 10,000)

Untuk situasi ini jika anda menjual pada masa sekarang anda kena keluarkan duit sendiri lagi untuk bayar kepada bank kerana harga pasaran semasa adalah lebih rendah daripada jumlah baki hutang kereta

Anda kena topup pada bank sebanyak RM 10,000 daripada penjualan tersebut.

Sebab itulah pentingnya jika nak jual kereta yang belum habis loan bank ini kena tahu 2 perkara di atas iaitu:

  • Jumlah baki hutang pinjaman kereta
  • Harga pasaran semasa kereta

Proses ini perlu dilakukan supaya anda tidak rugi jika ingin menjual kereta anda sekarang.

Tangkap Gambar Kereta

Selepas anda dah tahu berapa harga nak jual dan dan dah tetapkan harga, maka proses seterusnya adalah mencari pembeli.

Sebelum mencari pembeli anda perlulah ambil gambar kereta yang cantik cantik untuk ditunjukkan kepada bakal pembeli.

Sebelum ambil gambar basuh luar dan dalam bagi nampak cantik supaya orang yang tengok mudah tertarik untuk membeli.

Tangkap gambar kereta pada bahagian luar dan dalam, depan dan belakang kereta.

Lepas dah ada gambar baru boleh buat iklan dan tulis ayat menjual berkenaan kereta yang anda ingin jual.

Iklankan Penjualan Kereta

Kalau ingin jual sendiri boleh iklankan di internet seperti di portal mudah.my. Masa saya jual kereta sebelum ni saya hanya iklankan di mudah.my sahaja dan dapat pembeli dari situ.

Selain itu anda juga boleh iklankan di group whatsapp, di facebook profile, facebook marketplace, instgram, tiktok dan sebagainya.

Selepas anda buat iklan untuk jual kereta anda anda hanya perlu tunggu respon daripada bakal bakal pembeli melalui telefon ataupun whatsapp.

Untuk loan kereta pula anda serahkan sendiri kepada pembeli untuk mereka buat sendiri loan dengan bank.

Ada juga bakal pembeli yang ingin buat personal loan untuk bayar cash, jadi macam karenah daripada pembeli anda akan hadapi.

Jika ada yang berminat setkan dulu untuk berjumpa untuk tengok kereta. Para pembeli akan tengok dulu kereta dan test drive sebelum mereka berminat nak beli.

Jika dah ada pembeli yang berminat anda bolehlah minta bayaran booking untuk lock kereta, boleh minta deposit sama ada dalam RM 500 ke RM 2000 terpulang kepada anda.

Dalam tempoh tersebut pembeli hendaklah mendapatkan loan untuk membeli kereta anda. Jika ada pembeli lain , maka anda boleh hold dulu sebab jika loan tak lulus andak ena refund balik duit booking tadi dan proceed untuk pembeli lain pula.

Seterusnya jika dah ada pembeli yang confirm maka mereka kena buat pembayaran dengan bank, sebab kereta anda masih ada hutang dengan bank.

Kalau pembeli buat bayaran cash mereka kena bayar sendiri dengan bank dan jika melalui loan bank, bank akan uruskan pembayaran tersebut antara bank.

jual kereta

Berapa Lama Tempoh Penghantaran Pos Laju Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawak

Buat Test Puspakom

Seterusnya anda kena buat check Puspakom sebelum anda boleh tukar nama kepada pembeli baru. Masa saya jual kereta sebelum ini saya upah runner untuk buat kerja ni.

Bayaran runner saya dah tak ingat berapa, mungkin dalam RM 100 lebih macam tu. Mungkin sekarang harga upah dah meningkat.

Kalau anda ada masa anda boleh buat sendiri test puspakom ni.

Tukar Nama Kereta Di JPJ

Lepas dah selesai semua diatas barulah boleh tukar nama di JPJ. Sekarang tukar nama mudah sahaja, hanya boleh buat online di JPJ.

Walk in ke JPJ terdekat dan buat pendaftaran untuk penukaran nama kereta, bawa dokumen dokumen yang diperlukan semasa proses menukar nama kereta.

Jika pembeli duduk berjauhan pun tidak ada masalah kerana masing masing akan buat pendaftaran bahagian masing masing. Jadi tak kisah jika pembeli dan penjual duduk jauh.

Jadi begitulah proses bagaimana cara nak jual kereta belum habis bayar dengan sendiri, jika anda nak mudah anda boleh tolak kereta anda terus kepada penjual kereta terpakai (used car) namun harga mereka ambil agak rendah sedikit berbanding jika anda jual sendiri.

Yerlah kan mereka juga nak untung jadi kena buat macam tu lah. Jadi terpulang pada masing masing, janji anda boleh jual kereta anda.

Jika anda bercadang untuk jual kereta anda boleh lakukannya sendiri dengan mengikut langkah langkah di atas.

Baca lagi jika nak tahu tentang Cara Buat Loan Kereta Sendiri

Adakah kadar penurunan harga setiap tahun sama bagi semua jenis kereta.

Penurunan harga adalah tidak sama mengikut jenis model kereta begantung kepada demand dan supply di pasaran. Ada kereta mempunyai second value yang bagus dan ada yang tidak.

Adakah bank bagi diskaun jika buat settlement?

Ada pengurangan daripada jumlah keseluruhan loan jika anda buat settelment, namun jumlahnya bergantung kepada jumlah dan tempoh bayaran loan semasa dan juga baki loan. Bank akan buat pengiraan.
Scroll to Top