Inilah Antara Sebab Kenapa Tak Boleh Tengok Status Whatsapp Orang Lain

kenapa tak boleh tengok status whatsapp orang lain

Mungkin kadang kadang anda ada rasa terfikir juga dan tertanya tanya sebab sebab kenapa tak boleh tengok status whatsapp orang lain di dalam telefon bimbit anda.

Mungkin anda sebelum ini sentiasa melihat status whatsapp seseorang secara kerap namun tiba tiba dah hilang dan tak pernah nampak dia update status atau story whatsapp.

Jadi mestilah anda tertanya tanya dan agak hairan kenapa dah tak update story, ada apa apa yang berlaku ke.

Sekarang semua orang yang ada internet dan telefon bimbit mesti ada whatsapp untuk berkomunikasi dan menghantar mesej.

Jarang sangat orang yang ada telefon bimbit dan anda line internet tapi tidak menggunakan whatsapp.

Namun kali ini kita nak lihat sebab apa pengguna whatsapp tidak dapat melihat status orang lain di phone mereka.

Di dalam whatsapp sebenarnya ada di bahagian setting Privasi > Status > My Contatcs di mana pengguna whatsapp boleh setting bagaimana mereka hendak status mereka dilihat.

Dalam standard setting Status Privacy, status boleh ditunjukkan kepada semua contact secara umum. Jadi bila seseorang update status di whatsapp semua contact kenalannya yang ada dalam phone akan boleh tengok status tersebut. Kalau tidak mengubah setting ini tidak lah timbul masalah ini.

Antara sebab sebab tak boleh tengok status whatsapp oran lain adalah:

Setting Status Whatsapp Privasi My Contact Except

Kenalan anda dah tukar setting Status Privacy kepada My Contact Except.

Ini bermaksud status whatsapp hanya boleh dilihat kepada semua orang di dalam contactnya kecuali beberapa orang yang dia tidak mahu tunjukkan status whatsappnya.

Untuk setting ini:

  • Klik icon 3 titik sebelah kanan atas paparan whatsapp
  • Klik Setting
  • Klik Account
  • Klik Privacy
  • Klik Status
  • Tandakan “My Contacts Except
  • Akan keluar senarai nama contact, pilih nama orang yang anda tidak mahu status anda dilihat oleh mereka.
  • Klik Tanda Right untuk save kemudian klik done
  • Selesai

Status anda sudah berjaya di setting untuk mengelakkan status whatsapp anda dilihat oleh oang yang anda tidak mahu.

Setting Status Whatsapp Privasi Only Share With

Untuk setting Only Share With, kita hanya mahu status whatsapp kita hanya ditunjukkan kepada orang yang kita pilih sahaja.

Dalam erti kata yang lain adalah selected atau the choosen people sahaja yang boleh tengok status whatsapp anda.

Untuk settkan setting jenis ini:

  • Klik icon 3 titik sebelah kanan atas paparan whatsapp
  • Klik Setting
  • Klik Account
  • Klik Privacy
  • Klik Status
  • Tandakan “Only Share With
  • Akan keluar senarai nama contact, pilih nama orang yang anda suka untuk tunjukka status whatsapp anda.
  • Klik Tanda Right untuk save kemudian klik done
  • Selesai

Sekarang anda sudah berjaya untuk share status kepada orang yang anda inginkan sahaja.

Untuk satu lagi cara mudah untuk masuk ke setting adalah lihat pada paparan hadapan

ada CHAT | STATUS | CALLS

  • Anda pilih STATUS
  • Pilih Status Privacy
  • Kemudian pilih jenis setiing yang anda ingin lakukan.

Nombor Anda Tak Di Save

Ini adalah sebab utama jika anda tidak pernah nampak status whatsapp daripada beliau. Memang tak akan nampak sampai bila bila sebab nombor tak savekan.

Kenalan anda itu tidak save nombor anda sebab tu anda memang tak nampak status whatsapp beliau.

Dia Dah Tukar Nombor Phone Baru

Apabila sesorang tukar nombor phone baru dan tidak maklumkan kepada anda maka memang anda tidak akan dapat apa status whatsapp dari rakan anda tersebut.

Pastikan anda selalu hubungi kawan kawan atau kenalan anda supaya anda tahu jika mereka ada menukar nombor phone baru.

Jenis Update Status Whatsapp Tak Sampai 5 Minit Dah Padam

Ini adalah antara perangai orang, masing masing tak sama perangai bila update status ini.

Ada yang suka update status tak sampai 5 minit dah delete, anda masih tidur lagi masa tu lepas bangun memang tidak akan nampak status tu sebab dah delete.

Memang Jenis Tak Update Status Whatsapp

Ini ada lagi satu jenis pengguna whatsapp yang mana mereka memang tak pernah update status.

Ya memang ada pon pengguna yang macam ini, mereka hanya gunakan fungsi whatsapp hanya untuk mesej sahaja dan tidak lebih pada itu.

Jadi jangan haraplah untuk melihat mereka share story kat status whatsapp mereka.

Nombor Dah Kena Blok Kat Whatsapp

Kalau nombor kena blok memang status whatsapp memang dah tak boleh tengok lagi malahan anda juga dah tak boleh mesej.

Marah sangat ke, benci sangat ke sampai blok tu =).

Jadi itulah antara sebab sebab yang mana kenapa tak boleh tengok status whatsapp orang lain walaupun sebelum ini rancak mereka update story setiap hari.

Kalau dah kena salah satu daripada di atas nak buat macam mana kan dah nasib, redha saja.

Baca juga Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Dedahkan Nombor

Scroll to Top