Jika anda penguna baru mesti nak tahu kan macam mana cara cek baki xox prepaid nombor telefon anda.
XOX adalah satu rangkaian Telco yang ada di pasaran yang mana ia mempunyai satu kelebihan iaitu akaun mampu bertahan lama dan tidak perlu untuk renew setiap bulan.
Maksudnya tempoh jangka akaun boleh guna adalah 28 bulan lamanya walaupun kredit telah pun tamat.
Semak Baki XOX
1. Easy Menu
Untuk semak baki taip *150# kemudian tekan dial.
Paparan menu akan ditunjukkan. Select 1 (Check Balance) tekan “send”
Paparan baki semasa akan dipaparkan di telefon anda.
2.Melalui SMS
Taip “BAL” send kepada 23388 atau 22111
Maklumat baki semasa akaun anda akan dipaparkan
Cara Topup XOX Guna Maybank2u
Cara nak topup xox melalui maybank2u anda boleh beli topup data macam biasa.
1.Login ke Maybank2u
2.Klik “Pay & Transfer”
3.Klik “Reload”
4.Pilih “Mobile Prepaid Malaysia”
5.Search “XOX” kemudian pilih.
6.Popup akan keluar, Masukkan nombor telefon anda
7.Pilih “Reload Amount” RM 10, RM 30, RM 50 kemudian klik “Reload”
Request TAC Nombor dan teruskan bayaran macam biasa sehingga selesai.
Bila dah berjaya reload anda akan dapat sms penghantaran pin nombor 16 digit dan cara untuk topup.
Cara nak reload dan aktifkan topup tadi:
DIAL : *150#*2*Nombor pin# kemudian tekan “Call” |
Leceh sikit sebab dah beli tadi kat maybank2u tapi lepas tu kena aktifkan pula guna nombor pin yang di sms.
Kalau nak sedang topup terus dengan dealer yang anda beli nombor xox tak perlu dah guna nombor pin ini.
Topup Melalui XOX Online Store
Pihak XOX juga menambah baik cara topup secara online.
Pengguna boleh topup online di xoxonlinestore dan tidak perlu lagi 16 digit untuk aktifkan duit topup.
Layari laman pembayaran:
- Masukkan nombor telefon anda
- Masukkan email untuk dihantar resit bayaran
- Masukkan jumlah topup
- Pilih cara bayaran
- Selesaikan bayaran
Cara Langgan Internet XOX
Lepas dah topup tadi baru boleh langgan internet.
Untuk beli atau langgan pakej internet XOX taip *150# lepas tu tekan dial.
Select 3 untuk dapatkan menu beli internet kemudian pilih pakej internet yang anda kehendaki.
Cara Melanggan Internet XOX Season Pass
Taip *150# lepas tu tekan dial, taip nombor 6 (season pass).
Pilih 1 (data package) kemudian pilih berapa jumlah data pakej dan harga yang anda inginkan, kemudian tekan send.
Cara Subscribe Season Pass
- DATA ADD 100 = 100 MB
- DATA ADD 500 = 500 MB
- DATA ADD 1GB = 1 GB
- DATA ADD 5 GB = 5 GB
Taip SMS “DATA ADD 100” send ke 23388
Notis berjaya subscribe akan dihantar melalui sms nombor 22111
Saya juga buat masa ini menggunakan nombor telefon dan internet daripada XOX saya guna prepaid sahaja.
Setakat ini penggunaan tak ada masalah lagipun saya guna nombor daripada XOX adalah kerana tempoh masa akaun untuk expired dia adalah lama.
Jadi kalau kita tak topup pun kita masih boleh guna untuk terima panggilan sebab nombor masih aktif.
Selain itu kita boleh juga extend tempoh masa akaun untuk aktif jika dah tamat 28 bulan yang pertama, kita hanya perlu buat bayaran tambahan untuk dapatkan kelebihan ini.
Pakai prepaid pun ok masih boleh guna internet sesuai sangat untuk student student khususnya.
So kalau anda belum pakai boleh lah try guna.
Baca juga Bayar Bil Celcom Guna Maybank2u