Bagaimana cara cek saman guna no ic ( nombor kad pengenalan) secara online sebab lebih mudah dan senang tanpa perlu keluar rumah.
Cerita pasal saman ni memang daripada mula mula dapat lesen dulu masa naik motor memang dah kena saman, sampailah sekarang dah naik kereta pun masih kena saman.
Normal la kan kena saman tu bila dah hari hari drive kadang naik laju tak sedar tiba tiba dah lebih had laju.
Tambahan pula ada speed trap dengan kamera yang tak nampak di tepi jalan.
Dulu saman pakai surat saman depan depan tapi sekarang saman pon dah main online, tiba tiba dapat surat saman sampai ke rumah.
Tapi sekarang jika anda nak semak saman anda sendiri anda boleh lakukan sendiri secara online sahaja.
Kali ini saya nak kongsi bagaimana nak semak saman jabatan Pengangkutan Jalan JPJ dengan menggunakan nombor ic .
Daftar Akaun Pengguna MYEG
Untuk menyemak saman apa yang anda perlu lakukan adalah untuk daftar dan buat akaun di portal MYEG.COM.MY terlebih dahulu.
Kalau tidak ada akaun tidak boleh guna perkhidmatan yang disediakan di dalam website ini.
Isikan butiran yang diminta kemudian “Activation Code” akan dihantar ke alamat email anda untuk pengesahan dan seterusnya baru akaun selesai di buat.
Masuk ke Akaun MYEG Anda
Lepas dah siap buat akaun dengan portal myeg anda boleh login untuk mulakan semakan kot kot ada saman yang ada sebelum ini.
Pastikan anda save maklumat username dan password anda di tempat yang selamat.
Pilih Bahagian Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ
Lepas dah login dan masuk ke akaun myeg anda, anda akan di bawa ke paparan utama di bahagian portal myeg.
Pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) seperti didalam gambar diatas.
Lihat Bahagian Check & Pay RTD SUMMONS
Pada paparan ini pilih pada bahagian “Semak & Bayar Saman JPJ” klik di situ.
Isi Maklumat Kad Pengenalan (IC) Dan Kategori
Pada paparan ini masukkan nombor Kad Pengenalan Anda.
Kemudian pada bahagian Kategori pilih “Citizen Malaysia/Orang Awam. Kalau anda askar atau polis pilih kategori yang berkaitan dengan anda.
Selepas itu Klik “Submit/Hantar
Hasil Carian Saman JPJ Dipaparkan
Maklumat carian saman akan dipaparkan pada bahagian ini. Jika ada saman maka ia akan tersenarai saman saman anda di dalam bahagian ini.
Jika tidak ada maka pada pada bahagian ini akan kosong seperti carian saya di dalam gambar di atas.
Alhamdulillah saya cek saya tak ada saman. Sebelum ni dah bayar semua saman masa mereka buat promosi diskaun 50%.
Sekarang bawa kereta pun lebih berhati hati dan tak laju takut kena saman lagi maklumlah sekarang ni nak cari duit bukannya senang kan.
Dengan penggunaan portal MYEG ini anda boleh semak semua saman anda dengan JPJ.
Jadi bagi anda yang ingin melihat saman anda bolehlah mula daftar secara online, nanti anytime bila bila pon boleh semak saman dengan segera secara online.
Begitulah kaedah online cara cek saman guna no ic yang anda boleh lakukan sendiri yang penting kena daftar dulu sebagai pengguna untuk portal myeg ya.
Semak juga saman dengan PDRM di sini Semak Saman Polis Diraja Malaysia PDRM