Waktu Terbaik Baca Surah Al Kahfi

waktu terbaik baca surah al kahfi

Anda ingin tahu dan tertanya tanya bilakah waktu terbaik baca surah al kahfi pada bagi yang mahu mengamalkannya.

Surah Al Kahfi adalah surah ke 18 dengan mengandungi 110 ayat Al Quran dan surah ini di turunkan di Mekah serta terkandung dalam 12 muka surat. Bermula daripada muka surat 293 hinggalah berakhir pada muka surat304.

Surah ini amat digalakkan untuk di abca oleh orang Islam pada setiap hari Jumaat.

Untuk bacaan 12 muka surat ini boleh mengambil masa antara 30 hingga 40 minit jika dibaca dalam kelajuan yang sederhana.

Jadi masa yang diambil untuk habiskan surah ini agak panjang jika dilihat daripada jumlah muka suratnya.

Cadangan waktu terbaik baca surah al kahfi:

Baca Pada Waktu Malam Jumaat

Mengikut Hadis daripada Nabi Muhammad S.A.W surah ini disunatkan di baca pada setiap malam Jumaat.

Paling baik dan afdhal jika anda memang berkelapangan dan ada masa yang lapang pada malam jumaat anda boleh habiskan bacaan surah ini secara terus sekaligus pada malam tersebut.

Pecahan untuk baca pada sebelah malam jumaat boleh dilakukan seperti berikut:

Selepas Solat MaghribHabiskan Semua 1 Surah
Jadual Waktu Malam 1
Selepas Solat IsyakHabiskan Semua 1 Surah
Jadual Waktu Malam 1
Selepas Solat Maghrib6 helai muka surat
Selepas Solat Isyak6 helai muka surat
Jadual Waktu Malam 3
Selepas Solat Maghrib4 helai muka surat
Selepas Solat Isyak4 helai muka surat
Waktu Solat Sunat Tahajjud Sebelum Solat Subuh4 helai muka surat
Jadual Waktu Malam 4

Baca Pada Waktu Malam Jumaat Dan Siang Hari Jumaat

Selain anda baca surah Al Kahfi pada waktu malam Jumaat sahaja anda jika tidak mampu dan sibuk boleh baca di waktu malam dan juga pada waktu siang hari Jumaat.

Boleh baca sehingga sebelum masuk waktu Maghrib hari Jumaat sebelum matahari tenggelam.

Cadangan jadual untuk bacaan malam dan siang:

Selepas Solat Maghrib6 helai muka surat
Selepas Solat Subuh6 helai muka surat
Jadual Waktu Malam dan Siang 1
Selepas Solat Maghrib4 helai muka surat
Selepas Solat Isyak4 helai muka surat
Selepas Solat Subuh4 helai muka surat
Jadual Waktu Malam dan Siang 2
Selepas Solat Maghrib3 helai muka surat
Selepas Solat Isyak3 helai muka surat
Selepas Solat Sunat Tahajjud3 helai muka surat
Selepas Solat Subuh3 helai muka surat
Jadual Waktu Malam dan Siang 3
Selepas Solat Maghrib2 helai muka surat
Selepas Solat Isyak2 helai muka surat
Selepas Solat Sunat Tahajjud2 helai muka surat
Selepas Solat Subuh2 helai muka surat
Selepas Solat Jumaat2 helai muka surat
Selepas Solat Asar2 helai muka surat
Jadual Waktu Malam dan Siang 4

Baca Pada Waktu Siang Hari Jumaat

Jika anda tidak berkelapangan pada malam hari Jumaat maka anda boleh juga pada waktu siang hari.

Selepas Solat SubuhHabiskan Semua
Jadual Waktu Siang 1
Sebelum Solat Jumaat6 helai muka surat
Selepas Solat Jumaat6 helai muka surat
Jadual Waktu Siang 2
Selepas Solat Subuh4 helai muka surat
Sebelum Solat Jumaat4 helai muka surat
Selepas Solat Jumaat4 helai muka surat
Jadual Waktu Siang 3
Selepas Solat Subuh4 helai muka surat
Selepas Solat Jumaat4 helai muka surat
Selepas Solat Asar4 helai muka surat
Jadual Waktu Siang 4

Apa yang penting adalah kena baca surah Al Kahfi ini pada hari Jumaat bukan diperdebatkan masa yang sesuai atau tidak sesuai sehinggakan tak baca langsung akibat berdebat masalah ini.

Bacalah sama ada sepanjang malam atau sepanjang hari jumaat mengikut kesesuaian masa anda.

Jika terlalu sibuk carilah masa, curi curi lah masa, peruntukkan masa untuk baca surah ini.

Kalau tak dapat buka Al Quran bacalah daripada telefon bimbit anda tiada alasan lagi pada zaman sekarang untuk tidak baca sama ada kita mahu atau tidak mahu sahaja.

Semoga anda beroleh pahala daripada amalan membaca surah Al Kahfi ini.

Baca juga tentang Cara Qada Solat Yang Lama Tinggal

Scroll to Top