Kali ini saya nak share dan kongsikan produk untuk hilangkan bau mulut yang telah saya cuba dan gunakan sekarang pada waktu ini.
Bila ada bau didalam mulut kita sendiri kita sendiri akan rasa tidak selesa dengan bau mulut kita.
Apatah lagi jika kita memakai mask topeng pelitup muka.
Jika diri kita sendiri tidak rasa selesa dengan bau mulut kita apatah lagi jika orang lain terbau mulut kita apabila kita bercakap dengan mereka secara berhadapan.
Tentu kita akan rasa rendah diri dan malu bila seronok bercakap tiba tiba orang yang sedang kita sembang bagi respon yang tidak baik
Punca dan sebab adalah bau yang tak selesa keluar daripada mulut kita.
Jadi mahu tak mahu kita kena cari jalan penyelesaian bagaimana ingin mengatasi masalah mulut yang berbau ini.
Menggosok gigi walaupun secara kerap tetap tidak dapat menghilangkan bau mulut yang ada berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Kat Mana nak Cari Produk Ini
Disebabkan perkara ini saya pun mencari produk untuk mulut berbau yang ada di pasaran.
Sebelum ini langsung tak pernah guna hanya gosok gigi sahaja setiap hari.
Tempat nak cari produk produk macam kat mana lagi tentulah dekat drugstor tak watson mesti guardian. 2 tempat ini memang feveret rakyat Malaysia shopping barang barang kesihatan dan kecantikan.
Antara jenama yang terawal dan famous dalam penjagaan bau mulut ini adalah Listerine
Jadi saya pun pilih rangkaian produk yang ada daripada syarikat ini.
First time cuba saya beli yang Mouth Wash Listerine Cool Mint Less Intense yang warna biru muda sebab dia tak kuat sangat dan mulut pun tak pedih sangat macam versi yang lain. Beli botol kecil 250 ml dan dia tulis kat situ rasa kurang pedas.
Harga dalam belas belas ringgit juga.
Cara Nak Guna
Cara nak guna produk ini lepas kita gosok gigi kita tuang air dalam penutup botol dia agak agak sudah lah dalam 5 ml saiz sukatan sudu besar.
Saranan di botol guna 10 ml untuk umur 6 hingga 12 tahun dan 20 ml untuk dewasa.
Guna 2 kali sehari dan jangan telan katanya.
Kita kumurlah tanpa campur air, kumur kumur sampai jemu arahan tulis kat situ tulis disarankan kumur selama 30 saat.
Jadi ikut suka anda nak kumur berapa saat pun.
Apa yang bestnya lepas guna produk listerine ni baru pertama kali guna, seriuslah memang bau mulut tu hilang.
Pengalaman saya guna pertama kali memang betul betul berkesan untuk mulut saya daripada berbau.
Saranan Saya
Jadi pendapat saya memang berkesan untuk membantu kita yang ada masalah bau mulut ni.
Syarikat ini tidak bayar saya untuk tulis benda ni, saya just nak kongsi sahaja kat sini apa yang saya guna.
Produk ni boleh guna setiap hari sampai habis dan habis boleh beli lain.
Dah habis botol pertama saya pergi nak beli baru kat watson, mereka offer ada perasa terbaru yang Listerine keluarkan.
Harga offer 500 ml dalam RM 16 macam tu so saya pun ambil keputusan belilah perisa baru ni.
Sekarang saya guna perisa Coconut and Lime zero alcohol botanically inspired flavor blend macam dalam gambar.
Tapi dia tulis kat botol limited edition tak pasti hanya dikeluarkan sementara atau berterusan.
Kalau nanti dah tidak dikeluarkan lagi saya akan guna balik yang perisa mula mula saya beli sebelum ini.
Jadi jika anda ada masalah mulut berbau anda boleh lah cuba produk untuk hilangkan bau mulut mouthwash dari Listerine ini. Dia ada banyak perisa dan version boleh pilih dan cuba harga lebih kurang sama saja semuanya.
Baca juga Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat