Cara Qada Solat Yang Lama Tinggal

cara qada solat yang lama tinggal

Bagaimanakah cara qada solat yang lama tinggal sebelum sebelum ini dan sekarang baru nak ganti balik.

Pertanyaan di atas adalah merujuk kepada solat solat fardhu yang di wajibkan ke atas mereka yang beragama Islam dan bukanlah berkaitan solat sunat.

Solat sunat tidak wajib dilakukan namun jika di buat akan mendapat ganjaran pahala tambahan daripada Allah.

Mankala solat fardhu diwajibkan ke atas umat Islam perlu di lakukan dalam 5 waktu setiap hari iaitu:

  • Subuh
  • Zohor
  • Asar
  • Maghrib
  • Isyak

Sembahyang 5 waktu adalah rukun dalam agama Islam dan ia merupakan tiang agama.

Jika tidak didirikan solat umpama rumah yang didirikan tanpa ada tiang dan bila bila masa sahaja akan boleh mudah roboh.

Solat wajib 5 waktu jika ditinggalkan perlulah digantikan semula atau wajib kena qada.

Mungkin masa masa muda dulu kita jahil tentang agama, atau kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian.

Sehinggakan kita langsung tidak solat ataupun terlupa untuk solat akibat sibuk dengan urusan mengejar dunia.

Apabila usia semakin meningkat ataupun ditakdirkan Allah untuk memberikan kita hidayah maka kita tersedar daripada jalan kurang baik selama ini dan kembali ingin mendekati diri dengan Tuhan.

Jadi apabila kita dah digerakkan oleh Allah untuk kembali kepadanya maka kita haruslah berubah.

Menjadi lebih dan mengamalkan ajaran Islam dengan bersunggh sungguh.

Namun solat wajib yang kita telah tinggalkan dulu mestilah digantikan semula pada masa ini setelah anda tersedar dan ingat untuk dengan Allah.

Istimewanya dan betapa pentingnya solat wajib ini, Allah tetapkan supaya kena qada walaupun kita sudah berubah menjadi baik.

Ianya seumpama kita ada berhutang dengan Allah dan perlu dijelaskan dengan beberapa segera dengan kadar kemampuan kita.

Tatacara Nak Buat Solat Qada

Cara qada solat yang sudah lama kita tinggalkan selama ini boleh dilakukan dengan satu cara yang mudah sahaja dan boleh dilakukan dengan segera setiap hari.

Caranya ialah selepas selesai setiap solat waktu, kita boleh terus qada solat tersebut selepas selesai solat waktu pada hari itu.

Contohnya selepas selesai solat Zohor, kita boleh terus qada solat zohor terus selepas solat pada hari tersebut.

Begitulah juga untuk waktu waktu solat yang lain juga boleh dilakukan sedemikian.

Jika anda ada kelapangan bolehlah melakukan solat qada lebih daripada sekali atau lebih iaitu boleh buat 2 kali solat contohnya solat Zohor qada anda buat 2 kali selepas solat zohor.

Cara niat solat adalah niat solat macam biasa untuk 5 waktu tersebut, kalau solat waktu Asar niat solat Asar begitulah seterusnya.

Anda boleh tentukan berapa tahunkah anda telah tinggalkan solat dan perlu qada semula. Namun jika anda tidak pasti berapa lama anda dah tinggal solat, anda buatlah sehingga anda rasa yakin dah selesai qada solat dan selebihnya serah kepada Allah.

Jika kita mati semasa sedang qada solat sedangkan kita belum habis qada solat, maka kita dikira telah berusaha untuk selesaikannya semoga Allah beri keampunan kepada kita dan terima solat kita.

Semasa anda qada solat wajib anda juga boleh juga tunaikan solat sunat yang ada walaupun anda belum habis qda solat wajib 5 waktu.

Nak Solat Qada Dulu Atau Solat Fardhu Dulu?

Tiada masa yang diperuntukkan untuk membuat solat qada bagi solat wajib ini. Kita boleh melakukan bila bila masa sahaja.

Kita juga boleh melakukan solat qada dulu sebelum masuk waktu dan juga boleh buat solat qada selepas masuk waktu solat.

Apa yang penting jika telah masuk waktu wajib tunaikan solat fardhu terlebih dahulu baru lakukan solat qada selepas itu. Utamakan untuk tunai solat fardhu terllebih dahulu kemudian yang kedua baru buat solat qada.

Begitulah info ringkasnya tentang cara qada solat yang lama tinggal pada masa dahulu.

Sila rujuk dengan ustaz yang anda kenali untuk rujukan yang lebih lengkap.

Baca juga Waktu Terbaik Baca Surah Al Kahfi

Berapa kali boleh qada solat dalam sehari?

Untuk qada solat wajib tidak ada had jumlah solat untuk kita lakukan, boleh lakukan sebanyak mungkin mengikut kemampuan kita.

Bagaimana cara qada solat Subuh kerana tertidur?

Selepas terjaga daripada tertidur boleh terus tunaikan solat subuh qada tanpa berlengah lagi, boleh solat macam biasa selepas terjaga daripada tidur.

Scroll to Top