Berapa Lama Tempoh Penghantaran Pos Laju Dari Semenanjung Ke Sabah Sarawak

tempoh penghantaran pos laju dari semenanjung ke sabah

Berapa lama tempoh penghantaran pos laju dari semenanjung ke sabah dan sarawak untuk sampai ke sana?

Walaupun Sabah dan Sarawak masih dalam negara Malaysia, negeri ini terpisah dengan Semenanjung Malaysia disebabkan laut.

Kenapa Ada Perbezaan Penghantaran Kesana

Sebab itu penghantaran barang ke sana mengambil masa yang lebih lama sedikit berbanding dengan penghantaran barang di Semenanjung.

Nak hantar barang ke Sabah dan Sarawak hanya boleh melalui laut dan udara.

Hanya ada dua pilihan iaitu sama ada dengan menggunakan kapal laut atau pun menggunakan kapal terbang.

Disebabkan faktor logistik tersebut yang hanya boleh di hantar melalui 2 cara maka sebab itu harga caj atau kos penghantaran ke sana adalah lebih tinggi sedikit walaupun atas barang yang sama.

Pengalaman saya sebelum ini pernah menjual produk secara online dan hanya menghantar barang melalui pos laju harga pos ke semenanjung dan harga pos ke Sabah dan Sarawak adalah tidak sama walaupun saya menghantar barang yang sama.

Semua orang boleh faham dengan mudah benda ini sebab mengapa harga ataupun caj berbeza walaupun dalam satu Malaysia.

Biasanya penghantaran menggunakan pos laju ke negeri semenanjung mengambil masa paling cepat dalam tempoh 1 hari ke 3 hari bekerja itu antara paling cepat biasa saya pos dan pelanggan terima barang.

Tempoh Penghantaran Ke Sabah Sarawak

Manakala tempoh penghantaran pos laju dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak pula biasanya mengambil masa dalam tempoh 1 hari ke 5 hari bekerja paling cepat.

Pos Semenanjung ke Semenanjung1 hari ke 3 hari bekerja
Pos Semenanjung ke Sabah Sarawak1 hari ke 5 hari bekerja
Anggaran tempoh penghantaran Pos Laju mengikut lokasi

Jika tidak ada masalah apa apa dalam perjalanan penghantaran barang biasanya barang tersebut akan sampai kepada customer mengikut jadual yang pihak Pos Laju telah jadualkan.

Apa yang saya share adalah pengalaman saya sebelum ini menghantar barang ke Sabah dan Sarawak menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Semasa menggunakan perkhidmatan penghantaran barang oleh pos laju ke sana memang saya berpuas hati.

Sebab semua barang sampai kepada pembeli dengan baik.

Ada juga masalah masalah yang yang timbul semperti barang lambat sampai kepada pembeli, namun bukanlah kerap sangat.

Masalah barang lambat sampai ini adalah lumrah dalam menggunakan apa jua prkhidmatan penghantaran sama ada kita boleh terima ataupun tidak sahaja.

Namun jika kerap sangat berlaku barang lambat sampai ataupun hilang semasa proses penghantaran maka syarikat penghantaran barang tentunya bermasalah dan mereka mestilah kena upgrade servis perkhidmatan mereka.

Saya dimaklumkan di kaunter semasa pos barang mereka beritahu mereka menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang ke Sabah dan Sarawak.

Jadi kira canggih juga la dan pantas, kalau guna kapal laut mesti barang lambat sampai ke sana kan.

Pengalaman orang lain mungkin tidak sama semacam apa yang saya lalui semasa menggunakan Pos Laju.

Jika anda ingin menghantar barang daripada Semenanjung ke Sabah dan Sarawak boleh la cuba perkhidmatan penghantaran daripada Pos Laju ini.

Dapatkan bubble envelop murah. KLIK SINI

Kena baca kalau ada masalah ini Bolehkah Duit Koyak Tukar Di Bank?

Pos laju dari semenanjung ke Sarawak berapa hari masa yang diambil?

Biasanya jika tidak ada masalah dalam perjalanan masa yang diambil untuk sampai dalam anggaran 1 ke 5 hari bekerja.
Scroll to Top