Cara Buat Semakan Baki Akaun Public Bank

semakan baki akaun public bank

Kali ini saya nak share bagaimana nak buat semakan baki akaun public bank sebab saya juga guna perkhidmatan daripada mereka.

Saya buka akaun dengan public bank ni dah lama rasanya sebab masa nak buat akaun tu nak guna kad mereka untuk buat bayaran ke luar negera.

Masa tu saya ada buat iklan facebook ads jadi saya buatlah satu kad dan buka akaun bank dengan public bank.

Masa buka akaun tu terus daftar internet banking dan aktifkan di kaunter sebab memang niat dan tujuan buka akaun untuk guna dan buat pembayaran internet ke luar negara.

Jad lepasa dah daftar tu boleh terus guna, setiap bulan bayar kepada facebook saya guna akaun public bank la.

Selama saya guna untuk buat pembayaran ke facebook tidak ada masalah dengan public bank cuma kadang kadang sahaja ada masalah bila bank reject transaction.

Biasalah tu kan, bila jadi macam tu just call bank dan minta mereka approve bayaran tersebut jadi masalah tu pun setel.

Just nak share story tadi, tapi kali ini saya nak kongsikanlah cara nak semak baki duit dalam akaun public bank memandangkan saya juga pengguna bank ini.

Kita boleh buat 2 cara semakan baki duit ini:

1.Semakan di mesin ATM

2.Buat semakan secara online melalui portal pbebank.

Kalau nak cek duit kat ATM mesin tu boleh dilakukan bila kita pergi ke bank sahaja, tapi jika ada public bank internet banking kita boleh cek duit bila bila masa sahaja daripada phone anda.

Untuk aktifkan internet banking anda boleh buat selepas anda buka akaun dengan public bank, lepas buka akaun terus buat di kauter ya. nanti staff bank akan guide anda untuk buat.

Cara nak buat semakan duit dalam akaun public bank secara online.

Masuk ke Website Pbebank.com

Sila ke pbebank.com untuk login public bank internet banking anda.

Klik pada bahagian Login pilih “PBe” untuk masuk.

login public bank

Masukkan Username atau User ID

Untuk step seterusnya isikan User ID anda.

masukkan username public bank

Sistem akan minta sahkan “Is your Personal Login Phrase correct?” Tick butang “Yes” untuk sahkan Personal Login Phrase anda.

Kemudian masukkan password kemudian tekan “Login”

Pilih Bahagian Account

Klik pada kotak “Account” untuk melihat baki duit anda yang ada.

cek duit public bank

Semak Baki Duit Anda

Anda akan dipaparkan detail berapa baki duit yang anda ada dalam akaun sekarang. Available balance dan juga Current balance.

baki akaun public bank

Klik “Account Nombor” untuk dapatkan lebih detail tentang akaun anda. Klik pada angka akaun nombor anda kemudian sistem akan bawa anda ke halaman seperti di bawah ini.

Semak Duit Baki Pbebank Public Bank

Lihat Transaksi Duit Keluar Masuk

Seterusnya kalau anda nak lihat transaksi duit masuk dan keluar masuk klik “View Transaction History”

transaction history public bank

Pada bahagian ini anda boleh lihat semua duit yang masuk dan keluar.

Boleh pilih bulan apa yang anda nak tengok transaksi. Dekat situ akan auto tunjukkan transaksi bulan terkini.

Jika nak tengok transaksi bulan bulan lain boleh pilih daripada drop down menu bulanan tu.

Jadi begitulah langkah langkah atau cara nak buat semakan baki akaun public bank dengan menggunkan internet banking selain boleh di buat secara manual dekat ATM mesin.

Nombor akaun public bank berapa digit?

Nombor akaun public bank mengandungi 10 digit nombor

Dimana nak login public bank online?

Anda boleh layari https://www.pbebank.com/ untuk login akaun anda.

Scroll to Top