Sumbangan Tunai Rahmah atau singkatannya adalah STR merupakan bantuan tunai daripada kerajaan Malaysia kepada golongon B40.
Kerajaan baharu Malaysia yang kini dikenali dengan “Kerajaan Perpaduan” telah menegaskan mereka akan memberi perhatian untuk membela nasib rakyat terutamanya yang susah dan berpendapatan rendah.
Sehubungan itu, kerajaan telah sedia memperkenalkan konsep baharu iaitu konsep Payung Rahmah yang mana ia adalah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif yang lain bagi membantu golongan yang memerlukan dan yang kurang berkemampuan dalam meneruskan kehidupan seharian untuk sara hidup.
Apakah Maksud STR
Sumbangan wang tunai kepada rakyat yang diperkenalkan pada masa permulaan dahulu oleh kerajaan Malaysia di kenali sebagai BRiM atau Bantuan Rakyat Satu Malaysia.
Akibat daripada pertukaran kerajaan dan parti lain yang memerintah, polisi sumbangan kepada rakyat ini diteruskan namun namanya ditukar tukar sehingga hari ini.
Bermula dengan nama BRiM, BSF, BPM BKM ( Bantuan Keluarga Malaysia) dan sehinggalah yang terkini di kenali dengan nama Sumbangan Tunai Rahmah STR.
Program pemberian wang tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan ini dijenamakan
semula kepada oleh setiap kali ada perubahan dalam kerajaan, tidak pasti kenapa mereka tidak kekalkan nama yang sama sahaja seperti yang diperkenalkan pada mula mula dahulu.
Apapun konsep ini adalah baik untuk rakyat untuk membantu mereka teruskan kehidupan dan kerajaan wajar melakukan penambahbaikkan dari masa ke semasa.
Berapakah Jumlah Wang Tunai Yang Diberikan
Proses pembayaran bantuan sumbangan STR Fasa 1 untuk 8.7 juta golongan B40 adalah bernilai sebanyak RM1.67 bilion.
Sumbangan bantuan ini akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima yang telah berdaftar di dalam sistem data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa) seperti berikut:
Kategori Penerima Jumlah | Jumlah Penerima | Kadar STR Fasa 1 | Jumlah Implikasi Kewangan (RM bilion) |
Isi Rumah | 4 juta | RM 300 | 1.2 |
Warga Emas Tiada Pasangan | 1.2 juta | RM 100 | 0.12 |
Bujang | 3.5 juta | RM 100 | 0.35 |
Jumlah | 8.7 juta | – | 1.67 billion |
Bagi semua penerima wang bantuan STR di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang ada akaun bank atau tidak ada akaun bank, mereka akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama.
Bagi penerima bantuan STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat tuntutan duit mereka di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Untuk membuat sebarang semakan status pembayaran STR, anda boleh buat semakan yang akan dibuka mulai 17 Januari 2023 dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk pada Soalan Lazim (FAQ) di website rasmi STR melalui di https://bantuantunai.hasil.gov.my
Pendaftaran MySTR
Untuk makluman anda semua maklumat sumbangan tunai bagi MySTR adalah berdasarkan kepada maklumat MyBKM 2022 yang lepas.
Bagi melakukan Pendaftaran MySTR ini anda boleh ikuti langkah berikut:
- Layari website rasmi MySTR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik MySTR dan kena pastikan No kad pengenalan anda adalah merupakan penerima Fasa 1 STR 2023.
- Masukkan Maklumat Keselamatan
- Isikan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan/Password.
- Pendaftaran berjaya.
Menu Log Masuk MySTR adalah kemudahan secara online untuk buat semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang telah ada rekod STR 2023.
Log Masuk MySTR hanyalah memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan untuk anda masuk dan menggunakannya.
Jika anda terlupa password/kata laluan dan kemudian gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan) dengan betul, ID MySTR anda akan disekat dan hanya dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Cara Buat Semakan Status Bayaran STR
Bagi tujuan untuk membuat semakan status bayaran STR sama ada anda dapat atau tidak, anda boleh lakukan secara online sahaja.
Untuk melakukan semakan status bayaran STR boleh ikuti langkah langkah berikut:
- Masuk ke portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Pada bahagian Log Masuk klik pada MYSTR
- Masukkan nombor kad pengenalan anda kemudian klik pada butang Semak
- Pastikan kata kunci Keselamatan anda betul kemudian tekan YA
- Masukkan katalaluan/password anda
- Setelah berjaya log masuk ke dalam akaun anda, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik pada butang Semakan Pembayaran Fasa 1
- Maklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan seperti:
- Tarikh kredit
- Nombor kad pengenalan
- Nama
- Fasa berapa penerimaan duit
- Jumlah wang tunai yang akan diperolehi
- Status penerimaan wang
- Nama bank
- Nobor akaun bank penerima
- Kod tidak berjaya jika permohona ditolak
- Tarikh tunai
Begitulah bagaimana anda boleh dapatkan maklumat mengenai Sumbangan Tunai Rahmah STR ini, jika anda belum mendaftar sila daftar segera secara online atau walk in ke pejabat Lembaga Hasil dalam Negeri berdekatan anda.
Bagaimana nak memohon jadi polis boleh baca di sini E Pengambilan PDRM