Apa Itu Dropship

apa itu dropship

Apa itu dropship dan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan dropship ini serta bagaimana ingin memulakannya.

Pada zaman sekarang membuat duit atau mencari duit sangat luas dan terbuka ruang dan peluang yang ada.

Bermacam macam perniagaan boleh dilakukan secara sambilan walaupun anda sudah mempunyai kerja tetap.

Pada zaman yang maju dan canggih ini dengan adanya talian internet pelbagai perniagaan boleh dilakukan secara online.

Bagi anda yang berminat mendapatkan peluang buat duit anda boleh lakukan perniagaan secara online sahaja pada masa sekarang.

Untuk anda yang berminat memulakan perniagaan secara online anda boleh mulakan dengan menjadi dropship terlebih dahulu.

Maksud Dropship

“Dropship adalah suatu perniagaan yang boleh dibuat secara online sahaja tanpa perlu mengambil stok dan juga tidak perlu poskan barang dan boleh bermula dengan modal yang kecil”

Bagi yang memilik perniagaan juga boleh membuka peluang kepada orang ramai untuk menjadi dropship bagi menjual barang anda.

Jadi kalau nak tahu apakah dikatakan dengan dropship dengan lebih lanjut ia adalah satu bentuk perniagaan yang anda boleh jalankan tanpa perlu pegang stok terlebih dahulu.

Apabila anda join mana mana program dropship, anda hanya perlu buat promosi sahaja di media sosial seperti di facebook,instagram, tittok, wasap, blog dan apa juga medium pemasaran yang anda ingin gunakan.

Anda akan dikenali sebagai dropshipper. Ianya tidak sama dengan level penjual yang lain seperti menjadi seorang ejen, stokis, master stokis ataupun juga leader.

Berbeza dengan level agen, stokis, master stokis dan juga leader, untuk mendapatkan level pangkat tersebut mereka dikehendaki membeli stok terlebih dahulu.

Kena beli daripada syarikat sejumlah stok mengikut level yang di kehendaki.

Peratusan keuntungan juga tidak sama bagi setiap level. Sebagai contoh mudah untuk faham peringkat tertinggi dan paling terendah adalah seperti berikut:

1LEADER
2MASTER STOKIS
3STOKIS
4AGENT / EJEN
5DROPSHIPPER

Mengikut hirarki tersebut lebih tinggi kedudukan lebih tinggi jumlah keuntungan dan juga lebih tinggi stok yang kena ambil.

Begitu juga dengan had komitmen, anda perlu bagi lebih tinggi juga mengikut setiap level.

Level ejen sehingga ke atas ada kelebihan tersendiri seperti boleh melantik dropship di bawah masing masing.

Manakal keuntungan untuk dropship adalah yang paling terkecil sekali, tetapi ia sesuailah untuk anda yang nak mula berniaga yang mana tak perlu ambil dan pegang stok.

Apabila nanti dah pandai menjual dan buat sale anda boleh mula upgrade pangkat anda kepada ejen dan seterusnya upgrade kepada pangkat yang paling atas dan boleh pegang stok.

Bagaimana Nak Jadi Dropship

Bagi menjadi dropshipper, perlu bermula daripada bawah terlebih dahulu sebab anda tak tahu produk itu boleh dijual atau tidak lagi.

Jika anda menjadi dropshipper risiko anda kecil berbanding kena pegang stok jika barang tak terjual dan terpaksa simpan di bawah katil, tambah dengan rugi lagi.

Jadi disarankan bagi yang ingin mula berniaga tanpa ada apa apa pengalaman boleh mulakan dengan dropship buat secara online terlebih dahulu.

Ada program dropship yang percuma dan ada yang perlu buat sedikit bayaran untuk disertai.

Biasanya yuran yang mereka kenakan adalah membeli 1 unit produk mereka terebih dahulu.

Carilah program dropship yang berkongsi ilmu atau cara bagaimana nak berniaga dan menjual produk mereka.

Biasanya dropshipper akan diletakkan dalam satu group seperti group facebook, telegram ataupun whatsapp.

Ilmu menjual online dikongsikan oleh leader leader dropship mengikut jadual yang ditetapkan oleh ketua anda.

Tugasan dropshipper dan cara kerjanya yang utama adalah hanya menjual sahaja dan cari pelanggan.

Bahan kempen seperti, bahan iklan, bahan marketing, gambar produk biasanya akan disediakan oleh syarikat, dropshipper hanya perlu guna dan copy paste sahaja.

Bila dah boleh buat buat jualan, pembeli akan bank ini kepada dropshipper, kemudian anda akan bank ini kepada syarikat jumlah yang telah di persetujui sebagai seorang dropship.

Contohnya pengiraan untuk dropship:

Harga jualan produk adalah RM 100 seunit

Harga untuk dropship adalah RM 80 seunit

Untung dropshipper adalah RM 20

HARGA JUALHARGA DROPSHIPUNTUNG
RM 100RM 80RM 20

Pembeli akan masukkan duit kepada anda RM 100, kemudian anda sebagai dropship akan bank in kepada leader dengan harga dropship RM 80. Untung anda RM 20 anda boleh simpan.

Selepas mereka dah pos barang boleh minta mereka berikan nombor tracking pos untuk diberikan kepada pembeli anda untuk rujukan.

Itu sahaja proses yang anda perlukan sebagai dropshipper yang mana anda boleh bermula bila bila masa sahaja.

Apakah Keburukan Dropship Dan Kekurangannya

Untuk makluman anda sebenarnya kekurangan dropship ini hanyalah anda mendapat margin untung yang kecil sahaja.

Namun ianya sesuai pada tahap anda ingin bermula sebab anda perlu belajar terlebih dahulu bagaimana ingin menjual.

Bila anda dah dapat kuasai ilmu menjual maka anda sudah boleh ambil stok dan pos sendiri serta dapat menikmati margin keuntungan yang lebih tinggi berbanding dengan dropship.

Memang ada kekurangan sebagi dropship ini tetapi ia adalah baik bagi anda yang ingin baru bermula berniaga online.

Semoga dengan penerangan ini anda faham apa itu dropship dan cara nak berniaga dengan kaedah ini.

Apakah kelebihan sebagai dropship?

Kelebihan utama sebagai dropship adalah tidak perlu keluarkan modal untuk ambil barang, tidak perlu pegang barang dan tidak perlu poskan barang.

Dimanakah nak cari program dropship?

Anda boleh buat carian program dropship di facebook, instagram, tiktok dan juga boleh buat carian di google dengan perkataan “dropship Malaysia”.
Scroll to Top