E pengambilan PDRM adalah satu sistem online yang disediakan oleh pihak Polis Diraja Malaysia bagi sesiapa yang ingin memohon menjadi anggota polis.
Bagi sesiapa yang bercita cita ingin menjadi anggota polis semua urusan permohonan hanyalah boleh dibuat melalui sistem permohonan online ini sahaja.
Semua permohonan atau proses pengambilan polis diraja Malaysia negara hanya boleh di pohon melalui portal online e pengambilan ini sahaja.
Jika anda tidak memohon menggunakan sistem pengambilan online ini maka permohonan anda memang tidak akan ada dalam penerimaan pihak polis.
Menjadi anggota polis adalah satu pekerjaan barisan hadapan yang sangat sangat penting kepada negara.
Anggota polis setiap masa 24 jam bekerja untuk menjaga keamana didalam negara kita.
Jika anda berminat untuk bekerja sebagai polis dan menjaga keamanan dalam negara anda boleh memohon segera jawatan anggota polis sekarang.
Buat Pendaftaran Akaun
Sebelum anda boleh memohon untuk menjadi anggota polis perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah kena ada akaun dengan sistem pengambilan online polis terlebih dahulu.
Selepas dah ada akaun barulah boleh melakukan permohonan sebagai anggota polis diraja Malaysia.
Untuk mendaftar sebagai pengguna baru boleh ikuti langkah dibawah ini.
1. Layari website online pengambilan polis di sini epengambilanpdrm.rmp.gov.my
2. Kemudian setelah masuk klik pada bahagian “Pendaftaran Baru”
3. Isikan semua maklumat yang diperlukan untuk mendaftar sebagai pengguna baru dalam sistem e pengambilan PDRM.
Syarat kemasukan polis hanya boleh dipohon oleh Warganegara Malaysia sahaja untuk menjadi anggota polis dan megikut syarat syarat yang telah ditetapkan mengikut skim jawatan masing masing.
Sebelum anda memohon pastikan anda semak terlebih dahulu syarat syarat yang telah ditetapkan untuk sebarang jawatan yang dibuka.
Setiap jawatan polis yang dibuka ada syarat syarat berbeza yang perlu anda semak terlebih dahulu sebelum memohon.
Antara maklumat yang perlu diisikan adalah seperti:
- ID pengguna (menggunakan nombor kad pengenalan anda)
- Buat kata laluan
- Pengesahan kata laluan
- Masukkan alamat email yang sah
- Pengesahan email
- Soalan keselamatan kata laluan
- Tempat lahir
- Nama ibu
- Maklumat pengguna
- Nama
- Jantina
- Nombor kad pengenalan baru
- Tarikh lahir
- Alamat tempat tinggal
- Poskod
- Bandar
- Negeri
- Nombor telefon
- Masukkan Kod Pengesahan seperti yang ditunjukkan didalam kotak
- Semak semua maklumat yang telah diisi tadi pastikan betul kemudian tekan butang “Serah”
- Selepas itu semak email anda, notis untuk mengaktifkan akaun akan dihantar kepada email anda.
- Selesai membuat pendaftaran pengguna e pengambilan polis
Semakan Jawatan Kosong
Selepas dah selesai daftar sebagai pengguna, proses seterusnya adalah untuk menyemak sama ada terdapat jawatan kosong yang sedang dibuka untuk sebarang jawatan polis.
Jawatan dalam polis dibuka dari semasa ke semasa, anda perlulah semak selalu iklan jawatan kosong yang disiarkan dilaman website ini sentiasa.
Untuk semak jawatan kosong polis yang dibuka anda hanya perlu lihat di dalam website ini.
Iklan jawatan kosong disiarkan ditepi atau di bawah bahagian untuk Login masuk kedalam akaun.
seperti didalam gambar diatas anda boleh lihat 3 perkara pada bahagian sisi website ini iaitu:
- Pengumuman
- Skim Jawatan
- Iklan Jawatan Kosong
Iklan jawatan kosong yang sedang dibuka akan dipaparkan pada bahagian Iklan. Iklan pengambilan ini terbuka kepada lelaki dan perempuan.
Jika jawatan itu bertanda Merah maka iainya ditutup, manakala jika ditandakan dengan warna Hijau iainya dibuka untuk permohonan.
Warna hijau dan merah ini adalah sebagai tanda untuk membezakan jawatan itu dibuka untuk ambil anggota lelaki ataupun anggota wanita.
Kalau berwarna merah itu maksudnya pengambilan dah penuh. Jika jawatan tersebut telah ditup anda boleh tunggu sehingga dibuka semula untuk anda memohon.
Untuk semak kelayakan untuk memohon setiap jawatan yang diiklankan anda boleh klik pada bahagian Skim Jawatan.
Dalam pada bahagian ini anda boleh klik pada jawatan yang diiklankan untuk lihat syarat syarat untuk layak memohon serta gaji yang ditawarkan.
Isi Borang Permohonan
Selepas dah semak jawatan kosong polis yang ada, jika anda layak untuk memohon anda seterusnya boleh lakukan permohonan terhadap jawatan tersebut.
Untuk melakukan permohonan anda boleh ikuti langkah berikut:
1. Masuk kedalam website e pengambilan polis diraja Malaysia
2. Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan kemudian klik pada Log Masuk
3. Selepas dah masuk isikan Maklumat Data Peribadi kemudian klik “Simpan”
4. Kemudian isikan Maklumat Keluarga, maklumat tentang ibu bapa adalah wajib disikan. Lepas dah siap klik Simpan
5. Seterusnya isikan Makklumat Akademik anda dan tekan butang Simpan
6. Kemudian isikan pada bahagian aktiviti Kokurikulum dan klik butang Simpan untuk save semua maklumat yang telah diisikan tadi.
Permohonan Polis Diraja Malaysia
Selepas dah isi semua maklumat peribadi yang telah diminta oleh sistem langkah seterusnya adalah untuk membuat permohonan kepada jawatan kosong yang ada.
Untuk membuat permohonan jawatan kosong polis yang diklankan anda boleh lakukan perkara berikut:
1. Klik pada menu Permohonan Polis
2. Tekan pada bahagian Permohonan Baru
3. Pastikan semua maklumat data peribadi yang telah diisi tadi adalah betul
4. Pilih jawatan yang ingin dipohon pada bahagian tab Permohonan Jawatan dan klik Simpan
5. Dalam bahagian Pengesahan sebelum anda memohon jawatan tersebut pastikan anda jawab soalan yang diberikan didalam sistem kemudian klik pada Seterusnya
6. Dan akhir sekali tandakan pada akuan bahawa semua maklumat yang anda berikan adalah benar kemudian tekan pada butang Hantar Borang untuk hantar permohonan anda terhadap jawatan tersebut.
Selesai memohon jawatan polis mengikut skim yang anda layak untuk memohon.
Semak Status Permohonan
Selepas dah selesai hantar permohonan maka jika anda ingin buat semakan terhadap status permohonan jawatan anda boleh semak didalam sistem.
1. Login masuk ke akaun e pengambilan PDRM
2. Klik pada bahagian Semak Status Permohonan
3. Kemudian masukkan nombor Kad Pengenalan Baru dan klik pada butang Semak
4. Status pengambilan dan permohonan anda akan dipaparkan oleh sistem
Jika anda telah berjaya di pilih untuk proses seterusnya sila ikuti langkah langkah seperti yang diarahkan untuk anda lakukan.
Jika anda gagal dalam permohonan tersebut jangan sedih dan putus asa, anda boleh cuba lagi memohon pada masa hadapan jika jawatan tersebut dibuka lagi untuk pengambilan baharu.
Begitulah proses bagaimana untuk memohon menjadi anggota Polis Diraja Malaysia di dalam negara ini ada masa ini.
Sumber rujukan epengambilan