Masjid Zahir Alor Setar yang terletak bersebelahan dengan Sungai Kedah telah mula di bina pada hari Isnin, 11 Mac 1912 bersamaan dengan 22 Rabiul Awwal 1330 di atas usaha oleh Almarhum Tunku Mahmud ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1882-1943).
Baginda adalah Presiden Majlis Negeri ketika itu dan juga memangku tugas Paduka kekandanya Sultan Abdul Hamid Halim Shah. (Akhbar Bulan Ini Dalam Sejarah Oktober 1989)
Ahli-ahli majlis pada ketika itu ialah Tunku Ibrahim ibni Sultan Abdul Halim Shah, Syed Hassan Shahabudin (Hakim Besar), Muhammad Ariffin bin Muhammad Arshad (Setiausaha Kerajaan) W.G. Maxwell (Penasihat British) dan J. German (Jurutera Negeri).
Pembinaannya Masjid Zahir mengambil masa selama tiga tahun. Upacara perasmian masjid ini telah diadakan pada hari Jumaat 15hb Oktober 1915 (16 Zulhijah 1333) oleh Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah.
Pada majlis itu juga Tunku Mahmud (adinda Al Sultan) telah membaca Khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah berkenan mengimankan solat Jumaat pada hari tersebut.
Manakala Bilal yang mengalunkan azan pada hari perasmian tersebut adalah Ketua Qadi, Haji Wan Ismail.
Masjid Zahir adalah salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia dan yang paling tertua di negeri Kedah.
Masjid ini telah di bina di atas tapak masjid terdahulu yang di kenali sebagai Masjid Lama.
Di masa pembinaannya dilakukan oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muadzam Syah II (1710-1778) juga dikenali sebaga Marhum Kota Setar pada tahun 1735.
lanya dibina di atas tapak perkuburan orang-orang Islam yang telah mati syahid semasa pertempuran ketika Siam melanggar Kedah.
Seramai 1019 orang mati syahid di Kuala Kedah semasa Siam melanggar Kedah pada tahun 1821 termasuklah juga syuhada yang mempertahankan Balai Besar yang berjumlah seramai 470 orang kesemuanya.
Keseluruhannya yang mati adalah sebanyak 1,489 orang syuhada kebumikan di tapak masjid Zahir ini.
Manakala berhampiran masjid Zahir ini terdapat Istana Kota Setar atau di kenali juga sebagai “Istana Pelamin” dan sekarang ini dijadikan Muzium Diraja Kedah.
Pembinaannya hampir serentak dengan Masjid Lama, Balai Nobat dan Balai Besar iaitu dalam tahun 1736 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muadzam Syah II. (Risalah Muzium Diraja Kedah terbitan Muzium Diraja Kedah).
Masjid Zahir juga dikenali sebagai Masjid Raja. Ia dibina di atas Tapak Masjid Lama (Masjid Kayu) yang ketika itu boleh memuatkan 600 orang jemaah dalam pada satu-satu masa dengan berbumbungkan atap nipah.
Pembinaannya di ilhamkan oleh YTM Tunka Mahmud adinda DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Syah (1882-1943 Masihi) bersamaan dengan (1122-1192 Hijrah pada tahun 1912.
Baginda adalah Sultan Kedah yang ke 26.
Nama Zahir ini di ambil dari bahasa Arab yang bermakna Putih.
Menurut Arabic-English Dictionary pula Zahir bermaksud penjual bunga, zahirun ialah bekas bunga, azhara berbunga dan zahra’u bererti berkilau kilauan atau bersinar.
Dari sudut makna dan pengertian yang diberikan boleh dibuat kesimpulan bahawa perkataan Zahri lahir darigada perkataan perkataan di atas yang melambangkan bunga sebagai suatu yang cantik dan kecantikan bintang zahrah.
Diantara zahir dan azhar ada pertalian yang membawa maksud putih iaitu kebersihan atau kesucian.
Pembinaan Masjid Zahir adalah serentak dengan pembina Menara Jam Besar dan Bangunan Balai Nobat.
Menurut sejarah apabila telah masuk waktu solat fardhu maka Jam Besar akan berbunyi dengan dulu alunan irama Nobat dan kemudiannya barulah azan akan dilaungkan di Masjid Zahir dan tradisi ini berjalan sehingga beberapa lama kemudian.
Kubah
Kecantikan dan keunikan sesebuah masjid itu sering dikaitkan dengan keadaan rekabentuk kubahnya.
Kubah Masjid Zahir amat berbeza dengan kubah masjid masjid lain yang bercorak tradisi atau kemelayuan yang terdapat didalam negara ini.
Masjid tradisi biasanya mempunyai gaya atap tumpang yang berlapis tiga.
Tetapi kubah Masjid Zahir mempunyai bentuk seperti bawang besar yang merupakan hasil daripada pengaruh daripada luar negara iaitu dari Timur Tengah (Khartoum dan Mesir) serta dari Utara Sumatera.
Ini adalah merupakan salah satu faktor yang menjadikan senibina Masjid Zahir adalah di antara yang menarik dan unik.
Ia seakan akan Masjid Aziziah yang terletak di Kota Tanjung Putra (Pusat Pemerintahan Kesultanan Langkat).
Masjid Zahir mempunyai 4 buah kubah yang menonjol dan di sekeliling kubah besar terdapat kubah kubah kecil yang menghiasi persekitaran kubah kubah tersebut.
Di antara keempat-empat kubah tu, 3 daripadanya adalah kubah yang bersaiz sederhana.
Kubah induk yang berbentuk Bawang ini terletak di atas bahagian tengah bumbung masjid.
la berukuran 148.5 m garis pusat dan 9.1 m tinggi.
Kubah induk yang terletak di atas ruangan solat di apit pula oleh kubah yang sederhana besar.
Ketiga-tiganya terletak di bahagian serambi kanan, serambi kiri dan serambi belakang.
Manakala ukuran bagi kubah sederhana ialah 52.8 m garis pusat dan 49.5 m tinggi.
Bahan bahan binaan untuk membuat kubah masjid ini adalah seperti batu-bata manakala di bahagian luar ia menggunakan tembaga dan bahagian dalamnya pula pada diperbuat daripada siling yang berturap.
Pada asalnya ia kelihatan seperti warna coklat tetapi akibat daripada perubahan cuaca telah membuatkan ianya bertukar menjadi warna kehitam hitaman.
Puncak kubah kelihatan berbentuk bulan sabit di mana menjadi simbol utama dalam senibina sesebuah masjid yang berciri keislaman.
Bulan sabit itu diletakkan tepat ke arah kiblat apabila dilihat dari jauh.
Secara umumnya kubah besar berfungsi sebagai pemerangkap cahaya agar dapat menerangi ruang masjid.
Terdapat juga tingkap tingkap kecil yang dilitupi dengan kaca yang bercorakkan geometri berwarna biru dan putih.
Disamping itu juga ia dapat memantulkan cahaya agar keadaan di dalam masjid tidak menjadi gelap.
Di bahagian dalam kubah itu terdapat corak corak yang berwarna kebiruan dan di tengahnya terdapat kalimah ALLAh.
Bentuk kubah yang kecil terdapat pada bahagian bahagian lain seperti binaan di sekeliling masjid.
la adalah bertujuan untuk mengindahkan lagi senibina masjid ini.
Manakala kubah yang sederhana berfungsi sebagai penunjuk arah pintu masuk kepada orang luar atau jemaah yang datang.
Seni Bina
Masjid Zahir mempunyai keluasan tapak kira-kira 37.6m x 37 6m. Sementara bahagian tengahnya (dewan sembahyang berukuran 18.8m x 18.8m dan dikelilingi oleh beranda yang mempunyai 2.4m lebar dengan empal anjung dan pada setiap anjung tersebut terdapat satu kubah.
Menara kecil yang dipanggil “Menara Serambi” berada di atas bumbung setiap anjung
Menara di bahagian timurnya telah diubahsuai menjadi lebih tinggi daripada yang lain dan menara utamanya terletak di bahagian timur laut bangunan masjid tersebut.
Masjid Zahir telah mengalami pengubahsuaian sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1960 dan pada tahun 1975, beberapa bahagian masjid tersebut telah di perbaharui.
Ada pendapat menyatakan bahawa seni bina Masjid Zahir ini adalah ciri-ciri seni bina dari Timur Tengah (Khartoum dan Mesir).
Dimana idea ini telah dibawa oleh baginda Almarhum Tunku Mahmud, sekembalinya baginda dari sana.
Almarhum Tunku Mahmad merupakan seorang yang amat menyintai agama, maka daripada sebab itulah timbulnya inisiatif untuk membina masjid ini.
Sementara pendapat lain menyatakan bahawa, sebelum merangka pelan masjid ini, satu rombongan telah dihantar oleh Tunku Mahmud ka Sumatera Utara itu Masjid Aziziah Kota Tanjong Pura (Pusat Pemerintahan Kesultanan Langkat) untuk mencari rupabentuk masjid yang cantik di sana (Kota Kuala Kedah, Koleksi Muzium Negeri Kedah).
Pintu Masjid
Pintu Masjid Zahir adalah setinggi 5.23 meter, lebarnya 1.36 meter dan setebal 11 cm.
Bilangan dedaun pintunya ialah sebanyak 6 keping (3 pasang). la dikatakan di buat di Negeri China dan dibawa dengan tongkang pada tahun 1912 dan siap dibuat dan dipasang di Masjid Zahir pada tahun 1915.
Kayu serta besinya juga adalah dari Negeri Kedah, (lombong bijih besi Sg. Batu Merbok)
Rekabentuknya adalah ilham dari Sultan Mahmud sendiri. Bilangan skru besar yang mengukuhkan daun pintu dengan ensel yang tersusun secara melintang ialah sebanyak 6 biji skru yang dikatakan melambangkan 6 Rukun Iman.
Manakala skru besar yang menegak pula ialah sebanyak 5 biji dan dikatakan melambangkan 5 Rukun Islam.
Terdapat bentuk kotak segiempat dibahagian paling atas dengan bilangan ketul ketul kecil kayu sebanyak 15 biji dan disebelahnya pula terdapat 15 ketul lagi dikatakan mengambarkan hari-hari dalam sebulan dalam kiraan Bulan Hijrah iaitu 30 biji.
Manakala dibahagian tengah pintu pula terdapat 3 bulatan yang terdapat didalamnya ketul kayu. Bulatan luar didalamnya terdapat 12 ketul kayu yang dikatakan mengambil kiraan 12 bulan Hijrah dalam setahun.
Manakala bulatan yang agak kecil didalamnya terdapat ukiran bunga-bungaan sebanyak 17 ketul yang agak kecil didalamnya diambil dari kiraan rakaat solat fardhu yang wajib dilakukan dalam sehari semalam iaitu 17 rakaat kesemuanya.
Pintu yang penuh simbolik ini direka sedemikian rupa kerana mengikut kepercayaan adat orang-orang dahulu pintu adalah gambaran apa yang terdapat didalam rumah atau masjid tersebut.
Fatwa Berkaitan Bintang Hiasan
Benarkah Bintang Enam Penjuru yang terdapat di Masjid Zahir sama dengan Lambang Bintang Yahudi atau Bintang Nabi Daud?
Merujuk Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa bertarikh 18 April 1983 berkaitan perkara ini adalah seperti berikut:
“Mengenal bentuk bintang enam penjuru di pintu gerbang Masjid Zahir Alor Setar, Jawatankuasa Fatwa bersetuju sebulat suara memberi pendapat bahawa bintang bintang 6 penjuru dua segitiga yang terdapat pada pintu gerbang Masjid Zahir Alor Setar itu tidaklah benar benar menyerupai bintang bintang yang melambangkan Yahudi.
Bintang yang diukir di pintu gerbang itu hanya untuk hiasan sahaja. Oleh itu tidak mustahak untuk dibuang bintang bintang pintu gerbang tersebut.
Tiang
Masjid Zahir mempunyai keunikan tersendiri antaranya ialah ia mempunyai tiang yang banyak.
Terdapat kira-kira 261 batang tiang secara keseluruhannya. Tiang-liang ini diperbuat daripada bata bata dan simen.
Senibina Masjid Zahir ini kebanyakannya dipengaruhi oleh seni bina masjid dari India yang gemar menggunakan tiang yang banyak.
Terdapat 4 jenis tiang yang mengukuhkan struktur Masjid Zahir ini iaitu Tiang Sebatang Tanpa Kembar, Tiang Berkembar Dua, Tiang Berkembar Tiga dan Tiang Berkembar Empat.
Jenis tiang adalah berbeza dan ditentukan oleh fungsi masing masing.
Tiang tanpa kembar terletak di bahagian koridor.
Jarak di antara satu tiang dengan satu tiang yang lain ialah 2.03 m manakala di bahagian koridor sebelah kiri, jarak di antara tiang adalah 1.8 m hingga 2.4 m.
Dibahagian ruang utama pula jarak antara tiang adalah 1 m.
Saiz diameter bagi setiap tiang ialah sebesar sepemeluk.
Tiang berkembar empat digunakan untuk menahan berat dari kubah besar itu.
Binaannya diambil daripada bentuk “corinthian” iaitu senibina daripada konsep Greek yang merupakan ciptaan terakhir dan dicipta paling lengkap.
Bentuk bentuk yang terdapat pada tiang ini terdiri daripada satu tiang panjang dengan dasar yang lebar.
Ia dihias dengan ukiran daun “Acacthus” ataupun konsep Ilora.
Penggunaan tiang yang banyak bertujuan untuk menguatkan lagi struktur masjid ini.
Terdapat banyak tiang sepanjang koridor yang baru dibina, ia bertujuan untuk menahan koridor yang dibina daripada tempias air hujan dan cahaya matahari.
Mimbar
Di dalam setiap masjid terdapat mimbar yang terletak di sebelah kanan masjid. Mimbar masjid adalah salah satu elemen seni bina yang penting. Mimbar masjid ini merupakan mimbar asal sejak ia mula dibina lagi.
Mimbar Masjid Zahir yang bersalut warna semula jadi iaitu warna coklat.
Corak yang digunakan untuk menghiasinya adalah corak bunga lawang hasil pengaruh Nusantara. Begitu juga dengan dinding sisi mimbar yang terhias dengan corak “arabes”.
Mimbar terletak di sebelah kanan mihrab iaitu di bahagian kanan di penjuru ruang makmum.
Mimbar ini telah dihasilkan oleh tukang kayu tempatan yang dapat memperlihatkan hasil ukiran tangan berkonsepkan hasil kesenian Melayu.
Mimbar ini diperbuat daripada kayu yang keras sehingga ke tingkat dua dan kerana itulah ia dapat bertahan sehingga hari ini. Reka bentuknya sangat halus dan unik ianya merupakan ukiran bunga- bungaan serta tumbuhan-tumbuhan.
Kesemua ini diadunkan pula dengan bentuk-bentuk geometri agar kelihatan lebih menarik.
Hasil seni ini diperbuat dengan penuh ketelitian. Warnanya yang coklat masih lagi terserlah dengan ukiran yang amat menarik.
Mimbar ini dibina bertujuan untuk imam atau khatib naik ke atas mimbar dan membaca khutbah pada hari Jumaat, Hari Raya Aidilfitri serta Hari Raya Aidiladha.
Mimbar Masjid Zahir adalah mimbar yang asli dan mempunyai beberapa bilangan anak tangga.
Tangga pada mimbar hanya ada lima iaitu tangga mimbar paling atas melambangkan Rasulullah SAW. Tangga kedua melambangkan Sayyidina Abu Bakar, ketiga Sayyidina Umar Al Khattab, keempat Sayyidina Uthman dan yang kelima Sayyidina Ali.
Mimbar ini mengikut zaman Rasullullah SAW hanya lima tangga mimbar sahaja, tetapi pada zaman sekarang ditingkatkan kebiasaannya kepada sebelas tangga mimbar
Tempat Wudhu Dan Tandas
Di masjid ini disediakan kemudahan dengan tempat mengambil air sembahyang juga tandas untuk para jemaah lelaki dan perempuan.
Terdapat 2 tandas iaitu di bahagian dalam dan juga di bahagian luar yang dinaiktaraf.
Disetiap ruang tandas ada juga di sediakan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya OKU dan juga ada ruang untuk kita mandi di situ.
Tongkat Khatib (Cokmar)
Tongkat Khatib ini berukuran 2 m panjang dan berbentuk bulat dengan bertatah kaca-kaca di keseluruhan Tongkat.
Ini menyebabkabkan ia bercahaya berkilau bila disinari cahaya.
Pembuatannya sangat teliti dengan seni ukiran yang halus.
Para Khatib yang bertugas membaca Khutbah Jumaat di Masjid Zahir dengan menggunakan tongkat ini.
Mihrab
Mihrab ialah satu ruang yang berada di bahagian paling hadapan bangunan masjid yang terletak di bahagian dalam masjid.
la merupakan tempat bagi imam mengetuai jemaah untuk menunaikan solat.
Kedudukan Mihrab ialah menghala ke arah kiblat. Terdapat satu kelainan pada Masjid Zahir iaitu ia mempunyai dua mihrab yang mempunyai bentuk serta kedudukannya pula sama.
Mihrab yang baru dibina yang terletak di bahagian hadapan sekali hanya akan digunakan apabila jemaah terlalu ramai terutamanya pada hari Jumaat, Hari Raya dan bagi acara-acara rasmi negeri Kedah.
Mihrab Masjid Zahir berbentuk agak melengkung ke dalam kerana kurangnya penggunaan teknologi moden seperti kemudahan elektronik, contohnya seperti penggunaan mikrofon pada masa dahulu.
Disebabkan hal ini arkitek-arkitek pada zaman dahulu membina Mihrab yang melengkung kerana la akan memerangkap dan kemudiannya memantulkan suara imam sehingga dapat didengari oleh semua jemaah yang tadi.
Terdapat juga ukiran-ukiran yang menarik pada Mihrab. Ukiran ukiran ini diperbuat daripada batu yang bercorak geometri dan kulit kerang.
Terdapat juga tulisan Khat yang diukir di atas kayu keras yang mengindahkan lagi seni bina mihrab tersebut.
Di kiri dan kanan mihrab pula terdapat ukiran bunga yang bermotifkan bunga Teratai.
Selain itu terdapat juga motif teratai yang menghiasi Mihrab yang membuktikan bahawa ia adalah pengaruh daripada Nusantara.
Menara
Masjid-masjid di alam Melayu yang dibina pada masa dahulu tidak ada menara pada senibinanya.
Lain pula pada Masjid Zahir kerana ianya dipengaruhi dengan seni bina daripada Timur Tengah dan juga India laitu dari pengaruh Monghul. Hasilnya masjid in mempunyai menara sejak la mula dibina lagi.
Menara di Masjid Zahir ini berfungsi sebagai tempat untuk Muazin ataupun Bilal melaungkan azan.
Ianya berbentuk moden dan terletak dibahagian kanan ruang induk sembahyang.
Ia diperbuat daripada bata bata dan dicat dengan warna putih dan coklat pada bahagian puncak menara. Menara itu berbentuk seakan payung kucup dibahagian puncaknya
Terdapat tingkap tingkap kecil pada bahagian tiang menara. Tingkap ini bertujuan untuk memerangkap cahaya di samping memantulkan suara azan ke kawasan sekitar.
Terdapat juga ukiran bata bercorak geometri yang turut menyerlahkan lagi reka bentuk menara tersebut.
Ruang Masjid
Ruang Masjid Zahir adalah meliputi ruang sembahyang dan dinding. Untuk menentukan sesuatu ruang itu, dinding juga memainkan peranan yang penting. Bagi Masjid Zahir, ruang terbahagi kepada bebarapa bahagian.
Terdapat beberapa pecahan di bahagian ruang masjid. Ruang yang utama ialah ruang makmum ataupun ruang sembahyang.
Ruang makmum terdiri daripada empat bahagian iaitu ruang tengah, serambi kanan, serambi kiri dan serambi belakang.
Ruang ini berbentak empat segi, di mana pintu dan dinding memisahkan ruang tengah dengan ruang-ruang yang lain.
Ruang yang ada sebelum ini tidak mencukupi, oleh itu ruang sembahyang telah diperbesarkan sehingga ka bahagian anjung masjid.
Ruang makmum boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu ruang utama atau ruang induk dan ruang tambahan atau ruang serambi.
Ruang utama merupakan ruang asas terbinanya masjid ini. Ruang utama merupakan ruang bahagian kubah utama di tempatkan.
Keluasan bagi ruang utama adalah kira-kira 3794 kaki persegi iaitu panjangnya 203.3 m serta lebarnya 203.3 m.
Akibat daripada keperluan jemaah yang semakin meningkat, kerja kerja pembesarannya telah dijalankan.
Walaupun pada peringkat permulaan ruang masjid adalah berbentuk empat segi sama tetapi bagi memenuhi beberapa keperluan, bentuk ruang itu telah menjadi memanjang. Ini menjadikan struktur ruang tidak seimbang.
Bahagian yang ditambah ialah ruang yang dipanggil anjung masjid al suffah dalam istilah Arab.
Ruang ini terdapat pata serambi kiri masjid, iaitu selain daripada untuk menunaikan ibadat sembahyang, ia juga digunakan sebagat tempat berehat terutamanya golongan musafir.
Kadangkala la juga dijadikan sebagai ruang untuk apacara akad nikah dan kuliah Tafsir Al Quran oleh guru-guru SPU/KAFA.
Di dinding masjid juga terhias dengan indah corak Arabes yang berwarna warni.
Corak Arabes pada asalnya berasal dari Portugal. Ini bermakna beberapa jenis seni ukiran mendapat pengaruh senibina dari Portugis.
Peyendal Pintu Pagar
Ramai dari kita tidak menyedari adanya penyendal pintu pagar ini yang telah berumur lebih dari setengah abad.
Penyendal pintu pagar Masjid Zahir masih berfungsi sehingga kini. Berukuran 30 cm panjang dan mempunyai ketulan besi bulat yang padat serta mempunyai pencakuk dihujungnya.
Penyendal pintu pagar Masjid Zahir in dikatakan dibuat bersama tembok yang mengelilingi kawasan masjid ini.
Gendang
Gendang atau Beduk menjadi sesuatu yang sinonim dengan sesebuah masjid atau surau pada masa dahulu.
Ia dipalu apabila masuknya waktu solat atau juga digunakan sebagal pemberitahuan tentang adanya kematian atau reumpamanya di sesuatu tempat atau di sesebuah kampung.
Gendang Masjid Zahir telah berusia hampir separuh abad. Ia berukuran 3.7m panjang, 0.85m garis rentas bahagian hadapan dan 0.7m garis rentas bahagian belakang.
Panjangnya lebih kurang 14 ke 15 kaki.
Gendang telah dihadiahkan oleh Jawatankuasa Masjid Zahir kepada Lembaga Muzium Negeri Kedah pada tahun 2003. Kini gendang ini tidak digunakan lagi.
Meriam
Terdapat dua pucuk meriam lama di halaman Masjid Zahir yang terletak di pintu arah Utara.
Asalnya bilangan meriam kesemuanya adalah enam pucuk.
Kesemua meriam ini diletakkan di sekeliling Masjid Zahir termasuk di hadapan Bangunan Mahkamah Besar yang dibina pada tahun 1092 dipanggil Padang Court.
Dua pucuk meriam sekarang diubah ke kawasan Muzium Negeri dan dua lagi diletakkan di tepi Sungai Kedah. Meriam-meriam ini adalah dikatakan buatan tangan.
Papan Kenyataan Larangan Tidur Dalam Masjid
Pada papan kenyataan tersebut ditulis:
Diberiketahui kepada sekalian orang, bahawa ditegah sama sekali tidur di dalam Masjid Zahir di kaki limanya dan di dalam kawasannya pada barangmana masa sekalipun, sama ada di waktu malam hari maupun siangnya, kerana memelihara kehormatan masjid yang dijadikan untuk tempat beribadat kerana Allah semata-mata.
“Maka barangsiapa yang melalui hukuman ini akan diambil langkahan di atasnya” Dengan hukuman.
Pejabat Agama Islam Kedah Pada 1380 (1960)
Plak Perasmian
Plak ini terletak di dinding arah masuk utama Masjid Zahir. Tertulis di dalamnya:
“Dimulai bina masjid ini pada tarikh 22 haribulan Rabiulawwal 1330. Masa Tunku Mahmud ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin menjadi Presiden State Counsil dan memangku pekerjaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Shab ibni Almarhum Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.
Tuan W.G. Maxwell menjadi penasihat dan Tunku Ibrahim dan Syed Hassan Barakbah dan Che Mohammad Arifin Majester State Counsil Engineer J. Gorman. Sudah masjid ini buka pada Hari Jumaat 6 haribulan Zulhijjah 1333″
Plak Syair Sejarah
Terdapat bait-bait syair yang dikarang dan di abadikan di atas pintu utama. la diperbuat daripada pada marmar dan maksudnya seperti berikut:
Telah selesai bina Masjid Zahir dengan azam yang pemurah dan semangat Yang Bebahagia Mahmud bin Ahmad zaman Sultan Abd Hamid maka jadilah amal ini bekalan dan saksi iman yang baik dan usaha yang baik kerana sesungguhnya di imarahkan nya yang beriman itu yang disebut di dalam Kitab Majid pada masa yang di tetapkan terbina Masjid Zahir sebaik-baik perkarangan.
Kemudahan Kemudahan Lain
Sebagai masjid yang mempunyai nilai sejarah dan antara masjid yang tertua, selain daripada kegunaan untuk sembahyang terdapat juga kemudahan dan infrastruktur yang lain yang ada di dalam kawasan masjid ini.
Lokasi Masjid Zahir
Bagi anda yang ingin mengetahui lokasi Masjid Zahir Kedah yang mungkin belum pernah sampai ke sini anda boleh mengetahui lokasinya mengikut landmark yang disenaraikan di bawah.
Alamat rasmi masjid zahir adalah di Jalan Kampung Perak, 05100 Alor Setar Kedah.
Secara sejarahnya lokasi utama masjid ini adalah terletak betul betul didalam pekan Alor Setar dan terletak di tepi Sungai Kedah.
Namun untuk memudahkan anda untuk mengetahui lokasi mudah Masjid Zahir ianya terletak berhadapan dengan:
- Balai Seni Negeri
- Pejabat Majlis Agama Islam Kedah
- Muzium Diraja Kedah
- Balai Besar Alor Setar/ Balai Nobat
- Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah
- Bersebelahan Menara Jam Besar Alor Star
- Tidak jauh dari Aman Sentral
Dataran Masjid Zahir
Dataran Masjid Zahir adalah terletak berhadapan dengan Masjid Zahir di seberang jalan raya.
Dataran ini adalah satu tempat untuk penduduk meluangkan masa untuk berehat pada waktu siang dan juga malam.
Tapak dataran ini juga digunakan untuk sebarang majlis rasmi oleh kerajaan negeri contohnya seperti acara sambutan ulangtahun kemerdekaan Malaysia.
Antara benda benda yang ada di sekitar dataran adalah seperti berikut.
Fungsi asal Balai Besar ini lalah Balai Rongsari atau Balai Penghadapan. Ia merupakan sebahagian dari kompleks Istana Kota Setar yang terletak di belakang bangunan ini.
Pembinaannya dilakukan pada tahun 1735 oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah, Sultan Kedah ke-19 (1710-1778). Bahan binaan untuk tiang, atap dan lantainya diperbuat daripada kayu.
Bangunan ini pernah mengalami kerosakan akibat serangan Armada Bugis (1770) dan Siam (1821). Semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882 1943), bangunan ini telah dibaikpulih (1896) oleh Jabatan kerja Raya Negeri yang diketuai oleh seorang arkitek, Muhammad bin Lebal Tambi sebagai persediaan untuk melangsungkan perkahwinan putera-puteri baginda lima bersaudara (1904).
Selain majlis perkahwinan, Balai Besar ini juga digunakan untuk melangsungkan majlis pertabalan, majlis- majlis rasmi dan persidangan Majlis Negeri (State Council) sejak 1905 hingga 1973.
Pada 1805, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II, Sultan Kedah ke-22 (1804-1845) telah ditabalkan secara rasmi di Balai Besar ini, dan diikuti oleh KDYMM Tuanku Haji Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 20 Februari 1959.
Mahkamah Tinggi dahulunya dikenali sebagai ‘Mahkamah Besar yang ditempatkan di Balai Besar. Bangunan yang terletak di persimpangan Jalan Putera dan bersebelahan Balai Nobat ini, dibina pada November 1922, bersamaan Rabiulawal 1341 Hijrah.
Antara yang terlibat dalam pembinaan bangunan ini ialah DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah, K.C.M.G. Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, YTM Tunku Ibrahim, C.M.G. Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah (Regent), W. Peel Esq. (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti, O.B.E., M.C. (Jurutera Negeri), F.W. Wade Esq. A.I.R.B., (Arkitek) dan H.W. Fofden Esq. (Kontraktor).
Reka bentuk bangunan ini bercirikan seni bina Roman. Ia dapat dikenal pasti melalui kedudukan tiang yang rapat antara satu sama lain.
Pada bahagian didindingnya terdapat pelbagai jenis ukiran dan bahagian atas bumbungnya terdapat logo lambang Negeri Kedah.
Bangunan Jam Besar ini terletak di Medan Bandar, berhampiran dengan Masjid Zahir Alor Setar(Masjid Negeri). Pembinaannya sezaman dengan bangunan-bangunan Masjid Zahir.
Struktur dan reka bentuk bangunan ini adalah bercirikan seni bina Islam yang dapat dilihat pada bahagian kubah lambang bulan sabit, dan ukiran pada dinding bangunan tersebut.
Pada Bangunan Jam Besar ini mempunyai kaitan dengan Bangunan Masjid Zahir dari segi peranan dan fungsinya.
Ia memberi kemudahan kepada orang ramai terutama bilal yang bertugas di Masjid Zahir bagi menentukan masuknya waktu solat sebelum azan dilaungkan.
Dahulunya jam di menara ini akan berbunyi setiap kali menjelang masuknya waktu solat. Kemudian diikuti paluan nobat dari Balai Nobat dan seterusnya azan akan dilaungkan dari Masjid Zahir.
Jom lihat kelebihan Selawat Ke Atas Nabi dan baca juga tentang Masjid Al Bukhary Alor Setar Kedah
Sumber: Masjid Zahir