Skincare Wardah Untuk Kulit Kusam

skincare wardah untuk kulit kusam

Pening nak pilih ada tak skincare wardah untuk kulit kusam sebab memang dah lama mencari cari.

Relax dulu sebelum ini saya pun macam anda semua juga tak tahu nak pilih yang mana satu set penjagaan muka wardah ini sebab banyak sangat kan.

Saya ada masalah kulit kusam yang mana wajah saya begitu kusam. Kusam ni macam mana ya.

Kusam pada pandangan saya muka tu macam tak bermaya, nampak letih, agak gelap dan senang cerita macam tak best la cerita dia.

Kita sendiri pun kalau ada kulit muka yang kusam nak tengok muka sendiri pun rasa macam tak semangat kan.

Saya sendiri ada masalah muka kusam ni sebab kulit muka lebih gelap daripada badan dan leher saya.

Bila kita tengok kat cermin nampak perbezaan tu ketara.

Lagi satu saya ukur tahap kecerahan muka dengan meletakkan jari kat muka saya, selalunya jari lebih cerah daripada muka.

Jadi masalah ini dah lama dah berlaku sebanrnya. Dulu saya hanya guna pencuci muka sahaja tu pun sabun muka yang harga tak sampai RM 10 sebab saiz dia kecil sahaja sebab tu murah.

Seingat saya sabun tulah paling lama saya guna dalam hidup saya selama ini.

Sambil sambil tu tercari cari tengok kat youtube banyak orang cerita tentang wardah skincare nie, saya pun ambil keputusan untuk cuba la mana tahu kan menjadi.

Jadi saya ambil keputusan untuk kali ini kena dapatkan kulit muka yang cerah bagi sekata dengan leher dan jari.

Untuk dapatkan hasil yang lebih berkesan tak boleh guna pencuci muka sahaja jadi kena guna juga tambahan produk seperti krim siang dan krim malam.

Saya pun buat keputusan untuk guna set wardah nie, produk yang saya guna ada 3 sahaja iaitu:

  • Pencuci Muka
  • Krim Siang
  • Krim Malam

Pencuci Muka Wardah Untuk Kulit Kusam

Pencuci muka pula saya gunakan Wardah Lightening Micellar Gentle Wash.

Mengandungi advanced niacinamide dan non soap formula.

Isi kandungan adalah 100 ml sahaja.

Pencuci muka ini kurang buih dan sabun serta tidak mempunyai bau pewangi yang kuat serat tidak memberikan kesan kesat kepada muka selepas guna.

Gunakan setiap hari 2 kali sehari pada waktu pagi sekali dan pada waktu malam sekali.

Hanya picitkan sedikit sahaja pencuci muka ini ke tapak tangan dan tak perlu banyak ketika mencuci muka.

Apa yang penting adalah dapat mencuci muka kita dengan bersih supaya semua kotoran dimuka dapat dihilangkan.

Kesan selepas guna ianya tidaklah mengeringkan kulit saya dan kulit juga menjadi kurang berminyak selepas beberapa lama menggunakan pencuci muka wardah ini.

Krim Siang Wardah Lightening Day Cream

Krim siang ini mengandungi Advanced Niacinamide dengan SPF 30 PA*** with UV & Blue Light Protection.

SPF 30 untuk melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB.

Untuk normal to dry skin.

Saiz 30 Gram

Krim nie kira macam sunblock juga la untuk elakkan matahari dan juga sinaran daripada telefon bimbit.

Antara manfaat krim siang ini:

  • Mencerahkan kulit
  • Melindungi kulit daripada paparan blue light
  • Membuatkan kulit nampak sekata
  • Mengurangkan bekas parut jerawat
  • Menjaga kelembapan kulit

Kena rajin pakai setiap hari kalau nak keluar rumah, kalau duduk dalam rumah pun kena pakai guna krim ni.

Kalau anda nak mendapatkan kulit yang cerah dan cantik anda memang kena gunakan krim siang ini untuk mengelakkan sinaran matahari terus terkena kulit anda.

Seeloknya kalau duduk dalam rumah pada siang haripun elok saukan krim ini kepada muka sebab kadang kadang dalam rumah pun boleh terasa panas.

Yang penting adalah kena rajin dan konsisten dalam menggunakan krim siang ini untuk melindungi kulit muka anda.

Krim Malam Wardah Lightening Night Cream

Krim malam ini mengandungi Advanced Niacinamide Licorice Extract with Blue Light Protection.

Sesuai untuk semua jenis kulit. Saiz 30 gram

Manfaat krim ini adalah sama macam di atas sebab kat kotak dia tulis benda yang sama saja.

Krim malam ni guna pada waktu malam sahaja sekali sehari. Guna waktu nak tidur selepas cuci muka.

Krim malam ini juga memang bagus digunakan ketika kita tidur malam, bangun pagi esok kulit muka nampak masih fresh.

Produk Wardah ini berasal daripada Indonesia oleh syarikat PT Paragon Technology and Indonesia.

Produk ini dermatologically tested dan 0% alcohol.

Kedua dua krim ini warna lebih kurang sama sahaja krim dia bewarna putih dan day krim warna putih sedikit kekuningan.

Ada bau pewangi tapi tidak kuat sangat dan boleh diterima oleh hidung.

Total harga untuk 3 produk ni antara range harga RM 40 ke RM 50 sahaja.

Tahan dekat 2 bulan juga bergantung kepada cara penggunaan.

Kesan Selepas Guna

Selepas guna hampir sebulan konsisten barulah nampak kesannya dia. Tertanya produk ini sesuai dengan saya.

Kulit muka saya dah beransur nampak cerah dan sekata. Sekarang nampak sekata antara warna kulit jari dan badan.

Bukan putih melepak lepas ya, cerah la sikti daripada dulu maksudnya ada perbezaan untuk saya dari dulu dan sekarang.

Tanpa perlu saya makan produk untuk cerahkan kulit saya berjaya cerahkan kulit muka dengan hanya guna pencuci muka, krim siang dan krim malam.

Apa yang saya perasan adalah pentingnya kena pakai sunblock pada waktu siang. Sebab sebelum ini saya tak pernah guna pun krim krim ni hanya pakai pencuci muka sahaja.

Jadi bila saya gabungkan 3 produk guna pada muka saya baru lah nampak perubahannya.

Saya juga pernah guna toner, scrub dan serum daripada wardah tapi ia kurang sesuai dengan saya sebab bila pakai bintik bintik halus akan muncul jadi saya tak berani dah pakai 3 benda ni.

Jadi saya hanya guna pencuci muka, krim siang dan krim malam sahaja. Cukuplah setakat ini 3 produk tu dan kesannya saya berpuas hati.

Jadi kalau anda nak cerahkan wajah anda boleh la cuba sesuai untuk lelaki dan perempuan tak kira umur berapa.

Ini bukan lah review berbayar saja nak share sebab saya guna berkesan.

Walauapa pun pengggunaan setiap produk kesan dia adalah bergantung kepada kesesuaian dengan kulit masing masing.

Adakah perlu guna semua rangkaian set produk wardah ini?

Tidak semestinya perlu guna semua, namun jika anda ada lebih bajet dan mahu kesan yang lebih maksimum apa salahnya anda cuba.

Dimanakah boleh didapati produk skincare wardah ini?

Rangkaian produk wjah wardah ini boleh didapati dengan mudah di kedai seperti Watson dan juga Guardian

Lihat juga Cara Pemakaian Bedak Sejuk

Scroll to Top