Kali ini saya nak share cara pakai oxy 10 acne pimple medication yang saya praktiskan selama ini.
Jerawat ni timbul tanpa mengira umur dan tidak kira siapa anda sama ada lelaki ataupun perempuan.
Si jerawat datang tanpa di undang walaupun dalam keadaan kita sering mencuci muka setiap hari tanpa miss.
Saya dulu kalau silap makan sikit mesti naik jerawat, masa dulu masa sekolah tak boleh makan ayam. Lepas makan ayam mesti jerawat naik dengan teruk sekali tanpa belas kasihan.
Bila dah jerawat naik masa tu tak fikir panjang geram punya pasal picit sampai keluar nanah siap dengan nanah sekali.
Lepas tu tinggallah parut yang banyak kat muka ni kesan daripada jerawat. Masa tu macam macam produk pencuci muka cuba silih berganti sampai lah hilang habis semua.
Itu cerita dulu tapi sekarang jerawat pun ada juga kadang kadang naik sebiji jarang jarang.
Cara Guna Krim
Sekarang bila naik jerawat kat muka saya hanya guna produk oxy 10 dalam bentuk cream dan sapu sahaja.
Cara pemakaian oxy 10 untuk kecutkan jerawat adalah sangat sangat mudah sekali.
Saya hanya sapukan di tempat yang timbul jerawat paling kerap pun 3 kali sehari.
Kalau lagi kerap sapu lagi bagus kot sentiasa ada kat muka cepat sikit kecut jerawat tu.
Paling wajib waktu malam waktu tidur mesti guna krim ini.
Saya beli tiub yang paling kecil sahaja isi kandungan 10 gram dekat guardian atau watson.
Harga oxy 10 krim untuk jerawat ini harga dalam belasan ringgit sahaja.
Produk ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia nombor MAL 19962882XZ.
Kalau nak guna pertama kali produk oxy 10 ni elok try dulu sedikit di tempat jerawat yang ada takut kulit anda sensitif.
Jika sapu krim jerawat ini rasa tak selesa pada kulit maksudnya, ia tak sesuai untuk anda gunakan takut jadi keradangan.
Krim Oxy 10 mengandungi 10% Benzoyl Peroxide, krim bewarna putih lembut untuk membantu membunuh kuman bakteria punca jerawat.
Kaedah tradisional untuk jaga kecantikan Cara Pemakaian Bedak Sejuk
Perbezaan Oxy 10 dengan Oxy 5
Dekat produk ada label mengatakan kalau 0xy 10 terlalu kuat untuk kulit anda dan tak sesuai anda boleh gunakan satu lagi version Oxy 5 yang mempunyai 5% Benzoyl Peroxide.
Produk ini keluaran The Mentholatum Company dari Newyork USA.
So anda boleh try ikut kesesuaian dengan kulit anda dan produk ni sesuai untuk lelaki dan perempuan.
Buat masa sekarang memang krim oxy 10 ini memang sentiasa ada sebab kalau tiba tiba jerawat timbul hanya perlu sapu sahaja.
Just beli tiub yang kecil sahaja sebab nanti kalau beli yang besar takut tak habis sebab ada expired date.
So anda yang mana ada jerawat tu boleh la cuba krim oxy 10 ini sebab ikut pengalaman saya memang berkesan untuk kecutkan jerawat dengan pantas.
Apa yang penting kita jaga rutin harian muka dengan teratur dan sentiasa cuci muka setiap hari.
Baca juga Checklist Barang Hantaran Lelaki Bajet