Apakah kelebihan surah Al Mulk sebelum tidur bagi yang membacanya dan jika diamalkan adakah terdapat kebaikkan didalamnya.
Surah Al Mulk adalah salah satu surah di antara 114 surah yang terdapat di dalam Al Quran.
Ia adalah surah yang ke 67 di dalam Al Quran dan mengandungi 30 ayat sahaja dan 3 muka surat.
Tempoh bacaan untuk baca dalam sekitar 7 minit ke 10 minit secara bacaan
Surah ini di turunkan di Mekah manakala maksud Al Mulk adalah pemerintahan
Antara isi kandungan ayat ini ialah menerangkan tentang:
Allah yang menguasai pemerintahan dunia dan akhirat dan berkuasa di atas setiap sesuatu.
Dialah yang mentakdirkan adanya hidup dan mati untuk menguji siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya
Dialah yang mengaturkan kejadian 7 petala langit dan berlapis lapis tanpa sebarang kacatatan.
Manakala bagi orang yang kufur dan ingkar kepada Tuhan mereka disediakan neraka jahanam dan itulah seburuk buruk tempat kembali.
Mendapat Ganjaran Pahala
Ayat Al Quran jika dibaca pastinya akan mendapat pahala sama ada ia mempunyai kelebihan atau tidak pasti akan dapat pahala.
Semestinya semua surah dan ayat Al Quran ada kelebihan tersendiri walaupun tidak terdapat hadis yang khusus menyatakannya.
Jadi barang siapa yang membaca ayat Al Quran pasti akan mendapat ganjaran 1 huruf bersamaan 10 pahala ganjaran.
Diselamatkan Daripada Siksa Kubur
Nabi beritahu rahsia sesiapa yang membaca surah Al Mulk akan diselamatkan daripada siksa kubur.
Surah ini jika siapa yang membacanya akan maka ia akan menjadi peneman di dalam kubur di alam barzakh nanti.
Dengan hanya amalkan satu surah ini dapat selamatkan pembacanya di dalam alam barzakh selagi mana kita tidak syirik dan tidak membuat dosa dosa besar dan sempat bertaubat sebelum mati.
Sesiapa mengamalkannya ia selamat daripada azab kubur
Sebagai Syafaat Dan Pelindung
Surah ini akan bagi syafaat dan perlindunagn kepada yang membacanya ketika hidup diatas dunia.
Sesunggah Nabi Muhammad telah menyampaikan perkara ini kepada umatnya supaya amalkan surah Al Mulk setiap malam sebelum tidur.
Masa untuk baca surah Al Mulk
Dibaca setiap malam sebelum masuk tidur (lebih afdal mengikut hadis)
Boleh baca antara selepas maghrib sehinggalah sebelum tidur
Juga boleh dibaca selepas solat maghrib atau selepas solat isyak tak perlu tunggu sebelum tidur pun boleh baca.
Boleh baca siap siap selepas solat senang supaya nanti tidak lupa takut takut tertidur
Apa yang penting adalah kena baca dan wajib baca sebelum tidur, yang penting adalah baca pada waktu malam.
Jadikanlah surah Al Mulk ini peneman anda sebelum tidur mana tahu malam tersebut ajal kita akan datang menjemput dengan kiriman Malaikat Maut
Jadikan amalan membaca surah ini setiap malam dan pastikan jangan tidur selagi mana tidak baca surah Al Mulk.
Baca juga Waktu Terbaik Baca Surah Al Kahfi