Bagaimanakah cara pemakaian bedak sejuk yang betul untuk digunakan dimuka dan juga selain daripada muka.
Bedak sejuk adalah sejenis produk tradisional yang mana ia digunakan sejak turun temurun sejak zaman nenek moyang kita lama dahulu.
Yerla kan dulu mana ada farmasi dan juga mana ada produk produk kecantikan macam sekarang ini pencuci muka, krim siang, krim malam, toner, dan sebagainya.
Pada zaman dulu asas menjaga kecantikan muka hanyalah menggunakan bahan bahan asli tanpa campuran bahan kimia dan pastinya selamat digunakan.
Kebanyakkan bahan bahan sumber untuk membuat rawatan kecantikan ini hanyalah diambil daripada dapur rumah sahaja.
Cara Buat Bedak Sejuk
Sebagai contohnya bedak sejuk diperbuat lazimnya daripada beras yang mana beras direndam dan dijadikan dalam bentuk cecair kemudian ia akan dititikkan ke atas kain dalam bentuk biji biji yang kecil.
Selepas dah selesai proses tersebut proses menjemur pula perlu dilakukan bagi mengeringkan bedak sejuk tersebut.
Bedak sejuk perlu dijemur dibawah panas matahari yang terik supaya ia dapat kering dan keras dengan cepat dan kering dengan sekata.
Ini bagi membolehkan bedak sejuk lebih tahan lama untuk di simpang dalam tempoh jangka masa yang panjang.
Selepas dah siap kering dan keras bedak sejuk perlu di simpan di dalam bekas kedap udara supaya dapat menjaga kualiti hasil daripada penggunaannya.
Banyak kelebihan jika memakai bedak sejuk ini selalu antaranya ialah:
- mengurangkan minyak dimuka
- membuang sel sel kulit mati
- menyejukkan badan sebab tu kadang kadang banyak kita lihat bedak sejuk digunakan pada bayi.
- melicinkan kulit wajah
- boleh mengering dan mengecutkan jerawat
malahan bayak lagi khasiat dan kegunaan bedak sejuk ini untuk tujuan kecantikan dan juga kesihatan.
Cara Pakai Bedak Sejuk Dengan Betul
Cara pakai bedak sejuk ini sangatlah mudah. Jika ingin dipakai dimuka ambil beberapa biji bedak sejuk letak di atas tapak tangan mengikut sesuai dengan kegunaan di muka anda.
Kemudian campurkan sedikit air paip biasa untuk jadikan bedak sejuk lembik dan menjadi bentuk cecair.
Jangan buat cair sangat dan jangan buat likat sangat, bancuh sederhana sahaja supaya ia mudah melekat dimuka dan juga dikulit.
Lepas dah cair tu dah boleh tempek tempek dekat muka anda dan biarkan ia kering. Kalau tak cukup lagi boleh tambah lagi bendak sejuk, ulang proses di atas.
Berapa lama pakai bedak sejuk ni sebolehnya. Boleh pakai dan guna masa waktu tidur dan juga boleh guna masa siang hari ketika berada dirumah. Kalau nak pakai 24 jam pon boleh lagi elok untuk kulit.
Jarang orang pakai bedak sejuk keluar rumah dan jalan jalan sekarang.
Cuma bila kita pakai pada waktu malam masa tidur nanti bantal tu habis kena dengan bedak sejuk, putih putih, kena rajin cuci dan kemas bantal kalau nak guna bedak ini waktu malam.
Kesan pakai bedak sejuk setiap hari dapat dilihat kalau anda konsistent guna, muka selalunya akan lebih licin.
Namun ada yang sesuai guna dan ada yang tak sesuai guna, apa pun boleh test dulu dekat muka anda. Kalau kulit kering memang aga ktak sesuai sebab fungsi dia memang untuk kurangkan minyak dan keringkan kulit.
Bedak sejuk sekarang saiz biji bijinya sekarang ada yang besar dan ada yang kecil bergantung kepada siapa yang buat dan keluarkan. Anda boleh beli dan pilih mana mana yang anda suka.
Kalau saiznya kecil sangat dia agak keras semasa kita nak cairkannya dan kalau saiznya agak besar mudah sedikit untuk cairkannya.
Kat Mana Nak Beli?
Sekarang boleh beli secara online jer kalau nak boleh lihat sini:
Bedak sejuk biji KLIK SINI
Bedak sejuk air KLIK SINI
Selain itu bedak ini boleh didapati di kedai kedai ubatan tardisional melayu, pasar pasar malam, pasar pasar sehari, farmasi malahan ada juga yang menjual secara online sekarang.
Sekarang bedak sejuk juga dibuat siap dalam bentuk cecair dan dibotolkan anda hanya perlu goncangkan dan tuang untuk guna.
Ada juga yang buat produk bedak sejuk ini dengan mencampurkan bahan bahan lain seperti herba herba untuk tambah khasiat daripada penggunaannya.
Jadi kalau anda belum pernah cuba bolehla cuba kaedah rawatan kecantikan secara tradisional ini mana tahu nanti kulit jadi tulus mulus.
Kalau ada masalah kulit kusam tengok sini Skincare Wardah Untuk Kulit Kusam