Pengalaman Pundi Kencing Sakit Ketika Buang Air Kecil

pundi kencing sakit ketika buang air kecil

Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman ayah saya kena pundi kencing sakit ketika buang air kecil sebelum ini.

Berumur dalam lingkungan usia 70-an tidak penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung serta sering membuat pemeriksaan kesihatan di klinik, namun tiba tiba boleh terkena penyakit ini.

Mula Mula Kejadian

Ketika kejadian mula berlaku pada sebelah petang ayah beritahu dia sakit ketika nak kencing dan pada malam tersebut terus ke wad kecemasan di hospital.

Apabila sampai dihospital doktor cek dan terus memasukkan paip ke dalam pundi kencing untuk membantu air kencing keluar.

Alhamdulillah lepas pasang paip tersebut air kencing keluar melalui paip tersebut dan masuk ke dalam kantung plastik yang disambungkan dengan paip.

Malam tu terus balik mujur tak kena tahan wad dan doktor bagi masa 4 hari untuk datang semual berjumpa dengan doktor untuk membuat rawatan susulan.

Kita yang tak kena memang tak tahu rasa sakit tak boleh kencing tu rasa macam mana.

Dalam masa 4 hari bersama paip di pundi kencing tu memang kesian tengok, sebab tak boleh bergerak banyak sebab tak biasa dengan paip kat pundi kencing tu. Berjalan pun susah.

Apabila pasang paip kat pundi kencing tu, walaupun tak kencing air akan keluar automatik mungkin sebab tak bagi kantung penuh, ini apa yang diceritakan apa yang dirasa oleh ayah saya.

Kantung kencing tu pula bila penuh kita kena buang air kencing tu keluar bagi dia kosong balik.

Kadang kadang ada berlaku tiris juga daripada paip yang dipasang tu.

So dalam 4 hari tu memang teruk juga la keadaan dia.

Jumpa Doktor di Hospital

Lepas 4 hari saya pon bawa semula ke hospital untuk jumpa doktor seperti yang telah ditetapkan.

Masa menunggu tu biasa hospital kerajaan, orang ramai kena ambil nombor giliran dulu untuk masuk berjumpa doktor.

Masa menunggu tu pun banyak kali juga kencing sebab dia kata memang tak boleh tahan memang kalau rasa terus nak kencing dan memang agak kerap juga kencing.

Bila dah sampai giliran kami pun masuk jumpa doktor dan doktor minta baring untuk cek punding kencing.

Macam macam juga soalan yang ditanya oleh doktor tentang sakit yang dialami oleh ayah saya.

Lepas dah cek semua doktor kata boleh buang dah paip di pundi kencing tu, lega rasanya sebab dah boleh jalan macam biasa.

Doktor bagi tarikh baru untuk rawatan susulan dan kena datang semula ke hospital lebih kurang 45 hari dari tarikh hari ini.

Rawatan susulan nanti tu baru akan buat ultra sound dan jumpa doktor bagi mengenal pasti penyakit sebenar.

Punca Berlaku Penyakit Sakit Tak Boleh Kencing

Punca kencing sakit dan tak lawas mungkin boleh jadi disebabkan oleh:

  • kuman dalam air kencing
  • masalah prostat
  • batu karang
  • faktor umur yang semakin berusia
  • faktor keturunan
  • Selalu tahan kencing

Jadi kena buat ultra sound dulu baru boleh doktor kenalpasti penyakit.

Lelaki dikatakan ramai yang terkena penyakit ini dan faktor usia antara sebab penyakit ini berlaku.

So tak apalah ayah pun tak teruk sangat dan masih sihat.

Lepas dah buang paip kami kena ambil ubat pula dekat bahagian farmasi. Pergi ambil nombor giliran dan tunggu untuk ambil ubat.

Jenis Ubat Ubatan Yang Perlu Dimakan

Ini adalah antara ubat ubatan yang diberikan dan perlu dimakan selepas ini.

ubat cara merawat kencing sakit

UnitJenis UbatAturan Makan
1Utix effervescent Granules 4gram per sachetDalam bentuk serbuk larutkan dalam air ambil 3 kali sehari selepas makan
2Doxazosin 4mg per tablet2 biji setiap malam selepas makan
3Finasteride 5mg1 biji setiap malam selepas makan
4Cefuroxime Axetil 125mg2 biji 2 kali sehari selepas makan
Jenis Jenis Ubat Yang Perlu Dimakan Untuk Sakit Ketika Nak Kencing

Ubat serbuk dan antibiotik perlu dihabiskan dalam masa seminggu.

Manakala 2 jenis ubat lagi perlu makan sampai dekat sebulan lebih sehingga tarikh rawatan susulan untuk berjumpa semula dengan doktor.

Lepas dah buang dan balik kerumah ambil masa juga nak boleh kencing dengan baik. Terpaksa sediakan besen dekat tempat tidur untuk dia kencing dan basuh di situ.

Kencing masih ada sakit sakit tapi tidak lah seteruk sebelum ini. Lepas 1 minggu keadaan semakin baik dah boleh berjalan macam biasa, boleh kencing di bilik air dan tenaga semakin kuat.

Apa keperluan dan tips jika menghadapi penyakit ini?

Jika anda mengalami masalah pundi kencing sakit ketika buang air kecil ini apa yang boleh anda lakukan adalah:

  • Sediakan katil bujang lebih kurang tinggi 1 kaki daripada lantai sebab perlukan tempat yang lebih tinggi daripada lantai untuk memudahkan air kencing keluar.
  • Sediakan bekas untuk kencing seperti besen kerana pesakit kadang tak boleh tahan kencing dan akan kencing terus jika rasa nak kencing.
  • Sediakan air untuk basuh kencing di dalam bekas berdekatan dengan tempat bekas kencing.
  • Pakaikan pakaian yang ringkas seperti kain pelekat atau baju berlengan pendek sesuai ikut jantina.
  • Pastikan pakaian cukup untuk disalin bersilih ganti kerana air kencing sentiasa terkena bila kencing kadang kadang tak sempat ke bilik air dah keluar air kencing.
  • Pastikan sentiasa mop lantai dan kawasan laluan pesakit jika ada air kencing yang jatuh ke lantai.
  • Sentiasa pantau kantung beg air kencing takut ia penuh dan melimpah.
  • Sediakan tempat duduk pesakit sebolehnya dekat dengan bilik air senang nanti nak berulang.
  • Pastikan makan ubat mengikut aturan masa yang telah ditetapkan doktor.
  • Sediakan makanan yang sesuai dengan keadaan pesakit seperti ikan, ayam, banyakkan buah dan sayuran.
  • Pastikan anda bersedia dengan dokumen pengenalan diri pesakit bila bila sahaja takut berlaku kecemasan dan perlu ke hospital tanpa mengira waktu.
  • Standby pampers dewasa jika keadaan memerlukan untuk dipakai.

Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi anda sedikit gambaran bagaimana menghadapi penyakit ini jika berlaku kepada anda atau waris anda.

Untuk mengelakkan penyakit ini daripada belaku khususnya orang lelaki perlulah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan makan makanan yang berkhasiat dan selalu bersenam.

Baca juga Cara Cek Saman Guna Nombor IC

Berapa kali kekerapan sehari kena kosongkan bekas kantung paip air kencing tersebut?

Bergantung kepada jumlah kekerapan dan jumlah air yang diminum oleh pesakit jika banyak minum air banyak kali kena kosongkan mungkin 3 atau ke 5 kali sehari kena kosongkan kantung tersebut.

Adakah penyakit ini boleh sembuh?

Ya penyakit ini boleh sembuh dengan rawatan yang sepatutnya dan tidak perlu guna saluran paip air kencing lagi.

Scroll to Top