Cara Daftar Dan Menggunakan Bank Islam Online Banking

cara daftar dan menggunakan bank islam online banking

Kali ini saya nak kongsi cara daftar dan menggunakan bank islam online banking untuk anda yang baru bermula nak guna perkhidmatan mereka.

Baru baru ini saya ada buat semakan dengan bank Islam bertanyakan mengenai akaun bank saya yang sudah lama tidak digunakan.

Saya semak pada tarikh expired dekat kad bank memang tarikh penggunaan telah luput dan tamat hampir setahun lebih.

Jadi saya pun call bank Islam dan mereka beritahu bahawa akaun bank saya dalam keadaan dormant maksudnya tidak aktif dan sudah lama tidak ada sebarang transaction.

Adakah masih ada peluang untuk saya hidupkan akaun bank Islam ini.?

Pihak bank Islam beritahu saya boleh aktifkan semula akaun bank saya dengan masukkan sejumlah wang namun perlu pergi ke kaunter cawangan terdekat untuk urusan ini.

Lega dengar sebab akaun belum ditamatkan lagi dan saya tak perlu buat permohonan baru jika ingin buka akaun bank Islam yang baru.

Disamping itu saya juga boleh buat kad bank yang baru selepas akaun tersebut di aktifkan semula.

Berurusan di kaunter ambil nombor dan pergi ke kaunter sahkan kad pengenalan dan sign borang.

Kemudian saya pergi bank in duit ke dalam akaun saya di Cash Deposit Mesin dan kemudian pergi semula untuk dapatkan kad yang baru.

Selesai semua aktifkan akaun bank Islam yang lama dan dapat buat kad ATM yang baru.

Untuk aktifkan online banking pihak bank beritahu saya boleh buat sendiri kat rumah melalui online sahaja tanpa perlu buat di bank.

Jadi untuk artikel kali ini saya nak share langkah demi langkah bagaimana nak buat dan daftar internet banking bank Islam.

Layari bankislam.biz

Cara buat nak buat online banking bank Islam yang pertama sekali adalah layari laman web bankislam.biz untuk memulakan pendaftaran.

Ini adalah website utama untuk perbankan internet Bank Islam

Klik First Time User

Untuk langkah seterusnya tekan pada bahagian “First Time User”

bank islam online banking

Tandakan Setuju Pada Terms and Conditions

Pada bahagian ini anda di minta sama ada setuju atau tidak dengan Terms and Conditions yang ditetapkan oleh bank.

bank islam Terms and Conditions

Kalau anda nak baca dulu boleh baca, kalau tidak boleh teruskan tick pada butang setuju kemudian klik “continue”

Pilih Jenis Kad Bank Anda

Pada bahagian ini anda di minta untuk “Please select your card type”. Dekat sini hanya ada satu kad sahaja iaitu Bank Islam Debit Card-i.

jenis kad bank islam

Kemudian klik “continue”

Masukkan Bank Islam Debit Kad Nombor anda 16 digit yang ada pada bahagian hadapan kad. Kemudian masukkan nombor pin kad ATM anda kemudian tekan “continue”

masukkan nombor kad bank islam

Masukkan User ID dan Password

user id password bank islam online

Pada bahagian ini anda akan diminta untuk buat dan isikan maklumat berikut:

  • User ID
  • Password
  • Email
  • Mobile Number (Nombor Telefon)

Selain itu juga pada bahagian ini anda dikehendaki setup 2 perkara iaitu:

  • Setup Private Word and Image
  • Setup Secret Questions and Answers

Selepas selesai isikan 3 perkara d atas dalam bahagian ini anda boleh terus tekan “submit”

Kemudian anda diminta untuk review details tadi, kalau dah ok tekan “confirm”. Kalau nak edit tekan “back”

Login Ke Akaun Bank Islam

Selesai semua pendaftaran dan anda dah boleh mula guna bank islam internet banking. Boleh mula login untuk semak duit anda dan buat transaksi.

login bank islam online

Check Baki Bank Islam

Selain daripada cek duit di ATM mesin kita juga boleh semak baki akaun bank islam melalui online.

Lepas login ke akaun anda, klik pada bahagian Account Summary.

Check Baki Bank Islam

Baki duit dalam akaun anda akan dipaparkan.

baki akaun bank islam

Cara Transfer Duit Bank Islam Ke Bank Islam Yang Lain

Seterusnya untuk transfer duit daripada akaun bank Islam kita kepada akaun bank Islam orang lain boleh ikut langkah berikut:

  • Klik Fund Transfers
  • Within Bank Islam
  • Third Party Account
  • Select Account
  • Transfer Type
  • Transfer Amount
  • Transfer Mode
  • Recipient Type
  • Recipient Account
  • Recipient Reference
  • Other Payment Details (Tak wajib Isi)
  • Recipient E-mail
  • Klik Butang Transfer
  • Request Access Code
  • Isikan Nombor Access Code
  • Selesai pindahan dilakukan2.

Cara Transfer Duit Bank Islam Ke Bank Lain

Jika anda nak transfer duit daripada akaun bank Islam ke akaun bank yag lain boleh follow step berikut:

  1. Klik Fund Transfers
  2. Interbank Giro IBG
  3. Select Account
  4. Transfer Type
  5. Transfer Amount
  6. Transfer Mode
  7. Recipient Type
  8. Recipient Bank
  9. Recipient Account
  10. Recipient Name
  11. Recipient ID / IC Checking (Not Required/Required) Boleh pilih nak kena cek kad pengenalan atau tidak.
  12. Recipient Reference
  13. Other Payment Details
  14. Recipient E-mail
  15. Klik Transfer
  16. Request Access Code
  17. Isikan Nombor Access Code
  18. Selesai pindahan dilakukan

IBG kena caj RM 0.10

Aktifkan E Statement Bank Islam Online Banking

Tujuan untuk aktifkan fungsi E Statement ini adalah bagi memudahkan pengguna untuk mendapatkan statement akaun anda. Boleh terus download dan print.

Cara nak aktifkan E-Statement

  1. Klik My Accounts
  2. Klik E-Statement
  3. Klik Maintenance
  4. Tick pada ” I agree terms and conditions, klik Proceed
  5. Pilih Account, tekan Proceed
  6. Request I Access Code, Secure code akan dihantar ke telefon anda
  7. Masukkan Secure Code, tekan Confirm
  8. Status “Good” telah berjaya aktifkan
Aktifkan E statement bank islam

Download statement bank islam:

  1. Klik My Accounts
  2. E-Statement
  3. Download

Boleh simpann di telefon atau laptop anda statement yang telah di download.

Cara Link Tabung Haji Dengan Bank Islam

Dengan linkkan akaun Tabung Haji dengan akaun bank Islam anda, antara yang boleh anda lakukan adalah buat semakan baki duit tabung haji, semak penyata, masukkan atau pun keluarkan duit tabung haji.

Untuk linkkan ke akaun bank Islam anda boleh ikut langkah berikut:

  1. Klik My Accounts
  2. Tabung Haji
  3. Klik Add
  4. Masukkan ID Number (Kad Pengenalan)
  5. Masukkan Tabung Haji Akaun Nombor anda
  6. Tekan Submit
  7. Request I Access Code
  8. Isikan nombor Access Code
  9. Tekan Confirm
  10. Selesai.

Begitulah cara daftar dan menggunakan bank islam online banking bagi anda yang baru nak mula gunakan perkhidmatan ini seperti saya.

Mula mula memang susah sikit nak sesuaikan dengan interface sistem bank Islam ini, nanti lama lama dah selalu guna ok la sebab sudah faham step dan langkah yang kita perlu lakukan.

Semoga anda dapat lakukan transaksi yang pertama dengan menggunakan sistem akaun online ini daripada bank Islam.

Baca juga tentang Bolehkah Duit Koyak Tukar Di Bank?

Nombor akaun bank Islam berapa digit?

Nombor akaun bank Islam mengandungi 14 digit nombor.

Bagaimana cara tukar nombor telefon bank Islam?

Untuk tukar nombor telefon anda perlu ke kaunter bank terdekat. Isi dan sign borang, sahkan identiti untuk lakukan proses ini.

Renew Kad Bank Islam

Jika kad debit bank Islam tamat tempoh anda boleh ke kaunter bank untuk lakukan segera penukaran kad tersebut.

Scroll to Top