Bagaimanakah cara nak semak saman polis diraja Malaysia secara online tanpa perlu pergi ke balai berhampiran.
Rupanya ada saman yang berbeza di Malaysia ini iaitu:
- Saman daripada Polis Diraja Malaysia PDRM
- Saman daripada Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ
Kalau anda hari hari memandu atas jalan pasti anda akan pernah terjumpa roadblock sama ada oleh Polis Diraja Malaysia ataupun oleh Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ.
Sebelum ini saya dah kongsikan bagaimana nak semak saman dengan JPJ, namun kali ini kita tengok pula semakan saman PDRM pula.
Register MyBayar Saman
Sebelum boleh cek saman polis, anda kena aktifkan akaun dulu dengan membuat pendaftaran di laman web MyBayarSaman
Masuk ke laman web tersebut kemudian klik kepada “New User Sign Up
Isikan semua butiran dan maklumat maklumat yang diminta kemudian tekan “Next”.
OTP 6 angka akan dihantar ke nombor telefon yang anda daftarkan melalu mesej.
Lepas dah dapat isikan nombor OTP tersebut kemudian anda akan di minta untuk masukkan password.
Login ke Portal
Lepas anda dah isikan password, selesai dan anda dah boleh login ke portal mybayar untuk lihat saman PDRM yang ada.
Masukkkan User Id (Nombor Kad Pengenalan Anda” dan masukkan Password yang sudah didaftarkan tadi.
Hasil Semakan Saman PDRM Dipaparkan
Apabila anda login ke akaun anda di sini secara automatik akan tersenarai saman yang anda ada.
Dekat sini tak perlu buat buat carian, terus dipaparkan mengikut maklumat kad pengenalan anda.
Alamak ada pula satu saman polis bawa kereta laju kena speed trap, caj RM 150 tu haha. Terbang RM 150 macam ni.
Hasil semakan saya yang saya buat ada 1 saman had laju.
Had laju yang ditetapkan adalah 70 kilometer sejam saya pandu 83 kilometer sejam seperti detail di dalam saman.
Dekat hasil semakan di mybayar saman ini akan mengandungi:
- Profile anda
- Outstanding saman
- Nombor plate kenderaan yang kena saman
- Nombor saman
- Tarikh kena saman
- Lokasi kena saman
- Compound (Jumlah saman yang perlu dibayar)
- Butang “PAY” untuk buat bayaran saman
- Simbol “Camera” untuk lihat gambar kenderaan yang disaman.
Lihat Gambar Kereta Yang Disaman
Untuk lihat gambar kereta yang disaman atau yang ditangkap oleh pihak polis anda boleh klik pada simbol kamera seperti yang saya bulatkan di gambar di atas.
Canggih betul sekarang main tembak tembak camera dan boleh tahu kelajuan berapa kereta yang dipandu daripada jauh.
Cara Bayar Saman PDRM
Jika anda dah semak dan ada saman kemudian jika anda ingin buat bayaran seterusnya boleh tandakan pada bahagian saman yang anda ingin bayar, kemudian klik butang “PAY”.
Pada bahagian pembayaran akan dipaparkan maklumat:
- Payer Details
- List of Summons
- Payment Options boleh dibuat melalui:
- Online Banking (FPX)
- Online Banking (FPX – Business)
- Credit Card
Pilih jenis bayaran yang anda ingin buat kemudian pilih bank yang anda ingin gunakan. Kemudian tekan”PAY”
Saya pilih untuk membuat bayaran melalui Maybank2u sebagai contoh.
Sistem akan bawa anda ke laman maybank2u. Masukkan username dan password dan buat proses pembayaran macam biasa di maybank2u. Selesai.
Anda akan diberikan resit pembayaran setelah pembayaran selesai dilakukan. Boleh juga tengok “Payment History” di dalam akaun anda. Klik pada “Profile” lihat pada bahagian “Payment History”
Begitulah kaedah atau cara nak semak saman polis diraja malaysia PDRM, anda boleh la try cek mana tahu jika ada saman yang tertunggak.
Baca juga cara cek saman JPJ