Selawat ke atas Nabi Muhammad adalah merupakan satu bentuk zikir atau ibadah yang harus dilakukan oleh semua umat Islam secara keseluruhannya.
Nabi Muhammad adalah nabi dan juga Rasul terakhir yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan dakwah Islam kepada seluruh manusia di dalam dunia ini.
Tiada lagi Nabi dan Rasul selepas ini yang selepas Nabi Muhammad dan kemunculan Rasulullah adalah antara petanda kiamat dan juga petanda dunia adalah pada fasa akhir zaman.
Kita dan semua orang Islam beruntung kerana mendapat agama Islam dan menjadi umat Nabi Muhammad.
Selawat adalah satu bentuk zikir yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah untuk umat baginda.
Pentingnya selawat ini adalah sehingga perlu dibaca di dalam solat 5 waktu dalam tahiyyat awal dan tahiyyat akhir dan ianya adalah termasuk dalam bacaan rukun dalam solat.
Lihat betapa besarnya nilai solat sehingga Allah letakkan bacaan selawat didalam solat dan dibaca oleh orang Islam setiap hari tanpa putus didalam solat mereka.
Lafaz Bacaan Dan Maksud Selawat
Selawat kepada Nabi ada lafaz yang pendek dan ada lafaz yang panjang seperti lafaz selawat didalam solat.
Namun lafaz selawat yang paling ringkas dan mudah adalah seperti yang dikongsikan sepeti didalam gambar dibawah.
Manakala maksud selawat ke atas Nabi untuk lafaz yang paling ringkas seperti diatas adalah bermaksud ” Ya Allah limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluarganya.
Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad
Sangat terlalu banyak kelebihan dan ganjaran apabila seseorang itu berselawat ke atas Nabi.
Ada banyak hadis yang menceritakan dan menerangkan tentang ganjaran dan kelebihan yang akan diperolehi jika seseorang itu mengamalkan selawat.
Di dalam Al Quran Allah telah menyatakan dengan jelas tentang selawat ini.
Di dalam Al Quran Surah Al Ahzab ayat 56 yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya“
Begitu besarnya dan hebatnya tuntutan selawat ini sehinggakan Allah nyatakan didalam ayat yang khusus tentang tuntutan dan kepentingan untuk melakukan selawat ini.
Ayat 56 Surah Al Ahzab ini sering kita dengar setiap kali khutbah pada hari Jumaat yang dibacakan oleh Tok Imam.
Selain umat Islam perlu baca selawat di dalam solat, kita juga adalah sangat digalakkan untuk membaca selawat pada luar solat dan dijadikan sebagai zikir harian setiap hari.
Ada hadis menyatakan bahawa setiap satu selawat yang diucapkan oleh umatnya Nabi Muhammad akan sampai kepada baginda dan baginda tahu siapa yang berselawat itu walaupun dimana umatnya berada.
Para ilmuan hadis menghuraikan perkara ini dengan menyatakan malaikat yag membawa setiap selawat ummatnya kepada Rasulullah.
Barangsiapa yang memperbanyakkan selawat kepada Nabi makan dia kan dikurniakan dengan kedudukan yang dimuliakan di sisi Allah pada akhirat kelak nanti.
Manusia yang paling utama di sisi Rasulullah diakhirat nanti adalah sesiapa yang paling banyak berselawat kepada baginda.
Satu selawat yang dilafazkan oleh umat Nabi Muhammad akan dibalas 10 kali selawat oleh Allah.
Dengan hanya satu selawat kepada Nabi Muhammad anda akan memperolehi:
- Diangkat 10 kali darjatnya
- Ditulis oleh malaikat 10 kebaikkan padanya
- Dihapuskan 10 kejahatan keatasnya
Bayangkan dengan hanya baca satu selawat sahaja pelbagai ganjaran pahala dan kebaikan yang akan diperolehi sama ada di dunia dan diakhirat nanti.
Cara Selawat 1000 Kali Sehari
Cuba anda bayangkan jika anda membaca beribu ribu selawat setiap hari berapa ganjaran pahala yang anda akan dapat kumpulkan nanti.
Amalkan selawat pada Nabi ini setiap masa dan sentiasa jadikan zikir anda setiap hari diluar solat.
Sebenarnya selawat ini adalah berupa bentuk syafaat atau pertolongan yang akan diberikan oleh Rasulullah ketika hari akhirat nanti.
Rasulullah akan kenal setiap umatnya yang berselawat kepada baginda.
Paling sikit pun anda boleh amalkan selawat 10 kali pada selepas Subuh dan 10 kali pada waktu selepas Asar, ini adalah paling minimum kalau boleh buat.
Untuk mendapatkan 1000 kali sehari selawat nabi apa yang penting sekali anda kena keazaman yang kuat dan sebab yang kuat untuk lakukan perkara ini.
Kedua anda kena sediakan tasbih digital supaya anda boleh guna sentiasa untuk selawat walau dimana anda berada seperti ketika lepas solat, ketika memandu, naik train, ketika kerja dan sebagainya.
Jika bacaan selawat atau zikir selawat ini diamalkan secara sederhana tidak laju dan tidak perlahan sangat boleh ambil masa 1 minit untuk habis 15 kali ke 16 kali selawat.
Jadi pengiraan untuk habiskan 1000 selawat perlu sekurang kurangnya 1 jam sehari untuk anda habiskan.
1000 selawat / 16 kali selawat (perminit) = 62.5 minit anggaran masa diperlukan.
Jumlah Selawat | Jumlah Minit |
16 | 1 |
160 | 10 |
320 | 20 |
500 | 30 |
1000 | 60 minit (1 Jam) |
Jadi secara kasarnya anda boleh habiskan 1000 selawat dalam masa hanya dalam 1 jam setiap hari.
Bagi yang dah lama amalkan 1000 selawat atau lebih mereka dah biasa dengan keadaan ini.
Namun bagi yang belum pernah buat dan baru ada kesedaran dan ilmu perlulah mulakan dengan jumlah yang lebih kecil terlebih dahulu.
Sebagai cadangan anda boleh mulakan dengan mulakan dengan 10 kali selawat pada waktu pagi dan 10 kali selawat pada waktu petang.
Kemudian tingkatkan jumlah selawat kepada 100 kali sehari, boleh buat 50 kali selawat pada pagi dan 50 kali selawat pada petang.
Seterusnya tingkatkan lagi hari demi hari sehinggalah anda boleh dapat buat selawat 1000 kali sehari dan lebih beribu ribu kali sehari.
Pada masa ini anda sudah tidak ada had waktu lagi untuk berselawat kerana ia sudah menjadi kelaziman pada lidah dan hati anda.
Bila selawat ini menjadi kelaziman maka anda akan sentiasa berselawat pada waktu siang ataupun malam.
Yang paling penting sekali adalah kena ingat bahawa pada hari Jumaat umat Islam digalakkan memperbanyakkan selawat ke atas nabi berbanding hari lain.
Jadi anda jangan lepaskan peluang pada setiap hari Jumaat untuk banyakkan selawat pada Nabi Muhammad.
Untuk capai perkara ini anda perlu berlatih hari demi demi hari supaya impian anda tercapai.
Dan yang paling penting anda kena kuat dan percaya bahawa selawat ini akan diberi pahala oleh Allah dan akan mendapat syafaat dan pertolongan daripada Rasulullah diakhirat nanti.
Begitulah betapa banyaknya dan kasihnya Allah dan Nabi Muhammad kepada kepada kita semua.
Jangan jangan lepaskan peluang untuk banyak berselawat kepada Rasulullah ketika kita hidup di dunia ini.
Baca juga tentang Waktu Terbaik Baca Surah Al Kahfi
Sumber rujukan:
1. Muftiwp
2. Ismaweb
3. Utusantv