Jika anda ingin berhasrat beli laptop terpakai anda kena baca info ini terlebih dahulu secara ringkas.
Tidak kisah sama ada anda seorang pelajar ataupun sudah bekerja, pada zaman sekarang ini laptop adalah menjadi satu keperluan kepada kita semua.
Banyak kerja kerja pada zaman sekarang memerlukan laptop untuk memudahkan kita melakukan kerja samada di pejabat ataupun di universiti.
Kalau tak ada laptop maka agak sukar untuk kita lakukan kerja lebih lebih jika anda seorang pelajar di universiti.
Ada yang mampu beli laptop dan ada yang tidak mampu beli.
Namun pada masa sekarang laptop boleh dimiliki dengan harga mampu milik dimana kita semua ada pilihan sama ada nak beli laptop yang baru atau laptop secondhand.
Pada masa sekarang laptop secondhand atau laptop terpakai sudah boleh dibeli pada harga bawah RM 1000 sahaja dan ia banyak di jual dalam pasaran.
Laptop secondhand bagi saya sesuai bagi anda yang tidak ada modal yang tinggi namun ingin memiliki laptop sendiri.
Tips pilih laptop terpakai atau secondhand
Jika anda nak cari laptop terpakai atau secondhand pastikan anda teliti dulu perkara perkara yang perlu diambil perhatian.
Antara tips nak beli laptop secondhand apa yang anda perlu lihat antaranya ialah:
1. Tujuan dan jenis penggunaan
Sebelum anda nak beli laptop pastikan anda tahu untuk apa yujuan anda nak guna laptop tersebut.
Adakah anda hanya nak guna untuk buat kerja menaip dan urusan kerja.
Ataupun anda ingin buat kerja yang lebih berat seperti buat design ataupun untuk main game.
Jadi semua tujuan penggunaan laptop adalah bergantung pada diri masing masing.
2. Harga laptop
Pastikan harga yang anda ingin beli adalah didalam kemampuan kewangan anda.
Carilah laptop yang berharga didalam kemampuan bajet semasa anda.
Jangan beli jika ada tidak mampu pada harga yang dijual, cari di banyak kedai laptop dan buat survey terlebih dahulu.
3. Jenama laptop
Jika anda pentingkan jenama maka anda boleh cari jenama laptop yang anda sukai.
Jenama jenama laptop yang ada dalam pasaran seperti Acer, Asus dan yang lain lain boleh didapati dengan banyaknya dalam pasaran secondhand.
Anda boleh cari laptop secondhand mengikut jenama yang anda minat untuk dibeli.
4. Spesifikasi laptop
Pastikan anda tahu serba sedikit tentang spesifikasi laptop dan sebelum anda ingin membelinya.
Antara yang anda perlu tahu adalah seperti contoh berikut:
Jenis Processor (Intel Core i3)
Berapa julamh storage (SSD 120 GB)
Speed Ram (4gb Ram, 8 GB Ram)
Size skrin berapa inci ( 14 inci, 15.6 inci)
Berat laptop berapa kilogram (1 kg, 1.2 kg)
5. Penjual laptop
Selain itu anda juga kenalah pastikan kedai yang jual laptop terpakai atau penjual laptop tersebut mestilah kedai yang boleh dipercayai.
Sebolehnya kedai yang ada kedai fizikal senang anda untuk walk in dan lihat sendiri laptop didepan mata dan bertanya terus kepada mereka.
Namun sekarang banyak juga yang menjual laptop secara online, jika anda ingin membeli secara online pastikan anda percaya kepada penjual laptop tersebut.
6. Warranty
Pastikan jika anda ingin membeli laptop secondhand, penjual akan bagi waranty terhadap laptop yang mereka jual.
Ada yang bagi waranty 3 bulan, 6 bulan terpulang kepada kedai dan juga condition sesebuah laptop.
Jadi begitulah serba sedikit tips untuk beli laptop terpakai atau seconhand/refurbished yang anda boleh ambil perhatian.
Selain itu juga ianya boleh juga digunakan untuk membeli laptop baru juga.
Inilah Antara Sebab Kenapa Tak Boleh Tengok Status Whatsapp Orang Lain