Sebagai seorang manusia anda ingin mengelakkan daripada penyakit, maka kita hendaklah mengetahui bagaimana cara mengamalkan gaya hidup sihat yang boleh diamalkan setiap hari.
Kenapa anda perlu jaga kesihatan, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kita tidak mahu jatuh sakit.
Bila diri kita sakit urusan kehidupan seharian kita akan terganggu termasuklah urusan kerja dan urusan keluarga boleh kata kesemuanya sekali akan terganggu.
Fikiran dan kehidupan pun tidak akan seronok bila kita jatuh sakit sebab itu pentingnya amalan kesihatan yang sihat perlu dipraktiskan setiap hari.
Ianya perlu dimulakan dan dipupuk sejak kecil tanpa kengira umur dan jantina sama ada lelaki atau pun perempuan.
Sebaiknya amalan seharian yang sihat ini perlu diajar daripada umur kanak kanak lagi supaya mereka didedahkan lebih awal untuk menjaga kesihatan badan masing masing.
Jadi bagaimanakah cara mengamalkan gaya hidup sihat?
Makan Makanan Yang Berkhasiat
Pernah dengarkan ada pepatah mengatakan bahawa punca penyakit adalah daripada perut dan perut itu adalah berisi dengan makanan.
Ataupun jika anda pernah dengar “Anda apalah yang anda makan”.
Begitulah pentingnya memakan makan yang berkhasiat bagi mendapatkan badan yang sihat dan otak yang cerdas.
Makanlah makanan yang baik baik dalam Islam juga dianjurkan untuk mengambil makan yang baik suci dan juga Halal.
Rutin harian kita di Malaysia adalah makan nasi sebagai sumber makan utama rakyat. Setiap hari kita akan makan nasi dan lauk.
Pastikan anda makan nasi dengan pilihan lauk yang berkhasiat yang boleh membekalkan vitamin kepada anda.
Jaga portion hidangan nasi anda setiap hari jangan makan terlebih dan makanlah sekadar yang secukupnya.
Banyakkan Makan Buah Dan Sayuran
Disamping makan nasi setiap hari amalan memakan buah buahan dan sayur sayuran juga adalah amat baik untuk badan anda.
Sediakan buah buahan yang boleh dimakan setiap hari sama ada boleh dimakan ketiak makan tengahari ataupun malam.
Buah buahan yang bagus seperti betik, pisang, oren, epal, tembikai sesuai untuk anda amalkan bagi kesihatan anda.
Selain tu makan sayuran dan ulam ulaman adalah juga baik untuk badan. Jangan lupa ketika anda makan nasi pastikan juga ada sayur yang anda makan ataupun ulam ulaman.
Buah buahan dan sayur sayuran ini adalah bagus untuk bekalkan serat di dalam badan dan bagus untuk penghadaman.
Elakkan Makanan Berminyak Dan Berlemak
Selain itu juga dalam amalan pemakanan seharian sebolehnya kurangkan atau jauhi makanan yang banyak minyak dan berlemak.
Memang kita tak boleh lari daripada makan bergoreng dengan minyak sebab kat rumah pon kita akan guna minyak masak untuk goreng ikan ataupun ayam.
Apapun kalau boleh kita kurangkan penggunaan minyak dan jauhi makanan yang banyak lemak seperti lemak daging dan sebagainya.
Elakkan Makanan Segera
Bagi mendapatkan badan yang sihat juga sebolehnya anda menjauhi makanan segera dan terproses.
Ini kerana makanan makanan seperti ini mengandungi pelbagai perasa tiruan, lemak dan juga mengandungi bahan terproses yang kurang baik untuk badan.
Makanan segera seperti mi segera, keropok jajan, burger sebolehnya jauhi untuk dimakan.
Cuma kalau anda teringin sangat boleh la makan sekali sekala cuma janganlah dijadikan rutin harian sampai ketagih untuk makan benda benda macam ni.
Minum Air Putih Secukupnya
Air memang sangat sangat penting dalam badan manusia jika tak cukup air maka badan akan rasa tak sedap dan tak selesa. Pembuangan harian pun terganggu jika air kurang dalam badan.
Pastikan anda amalkan minum air putih sekurang kurangnya 8 gelas sehari ataupun dalam sukatan 1.5 liter.
Sebolehnya minum air putih yang suam ataupun air putih pada suhu bilik. Bawa bekal air ke tempat kerja supaya anda dapat kekalkan amalan ini setiap hari.
Kulit badan juga akan lebih sihat dan cantik jika mendapat bekalan air yang secukupnya.
Elakkan Minum Minuman Yang Tak Sihat
Ini juga sangat sangat penting sebolehnya jauhi minuman yang tak menyihatkan yang mengandungi banyak gula.
Jauhi juga minuman bergas yang memang kita tahu banyak mengandungi gula dalam minuman tersebut.
Kurangkan dan elakkan minuman segera seperti kopi dan susu 3 in 1 yang berlambak di pasaran. Kurangkan minuman berbancuh yang perlukan gula.
Senang cerita jauhi air minuman yang dibotolkan dan dikotakkan, bukan tak boleh minum tapi boleh minum jika rasa teringin sangat.
Bersenam Selalu Secara Teratur
Paksa diri anda untuk buat senaman secara berjadual jika pun terlalu sibuk dengan kerja. Jika cuti hujung minggu pastikan anda dapat buat senaman pada hari cuti.
Tak perlu senaman yang berat berat cukuplah sekadar ia dapat mengeluarkan peluh dan menggerakkan angota anggota badan.
Senaman senaman ringan seperti berjalan, berjoging berbasikal sudah cukup untuk anda lakukan bagi mengeluarkan peluh.
Jika tidak senaman anda juga boleh buat aktivit keluarkan peluh seperti menebas rumput, gotong royong dan sebagainya.
Dapatkan Tidur Yang Cukup
Tidur yang cukup membuatkan badan dapat recharge balik tenaga yang digunakan seharian. Setelah penat seharian maka pada waktu malam anda perlu tidur yang secukupnya untuk mulakan hari esok.
Pastikan anda setkan masa tidur anda dan pukul berapa anda perlu bangun setiap hari supaya anda dapat jadual tidur yang cukup dan teratur.
Pengamalan kesihatan mengatakan bahawa manusia perlu 8 jam untuk tidur malam yang bagus, jadi anda boleh set kan berapa jam anda mahu tidur.
Pernah rasa kan kalau tak cukup tidur rasa tak selesa dan kadang kadang sakit kepala datang tiba tiba.
Makan Makanan Tambahan
Disamping mengamalkan pemakan yang sihat dan minuman yang baik anda juga jika perlu bole mengamalkan makanan tambahan yang boleh diamalkan setiap hari.
Banyak produk produk supplement yang baik di dlaam pasaran yang boleh anda ambil bagi menambahkan lagi tahap kesihatan badan anda.
Antara makanan kesihatan yang boleh diamalkan adalah seperti madu asli, minyak ikan omega 3, vitamin c dan sebagainya.
Jika usia anda semakin bertambah memakan makanan kesihatan ini boleh sangat sangat membantu untuk kesihatan anda.
Jika anda boleh dapatkan nasihat doktor, dapatkan nasihat doktor apakah makanan tambahan yag sesuai untuk diri anda.
Buat Pemeriksaan Kesihatan Berjadual
Mengetahui keadaan badan anda dan penyakit yang ada dalam badan adalah bagus untuk diri kita.
Ini adalah supaya kita dapat tahu apakah masalah yang sedang kita hadapi dan bagaimana nak mengatasinya.
Dengan berjumpa doktor dan buat pemeriksaan kesihatan secara berjadual dapat membantu anda memantau tahap badan anda.
Antara pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan adalah seperti:
- paras gula dalam badan
- tahap kolestrol dalam badan
- tahap degupan jantung
- boleh cek penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung
Peruntukan sedikit bajet kewangan untuk anda lakukan pemeriksaan kesihatan ini jika berkemampuan.
Berhenti Merokok
Jika anda merokok elok lah behenti merokok dan jika anda baru nak mula merokok elok lah jangan lakukan perbuatan ini.
Kajian sains menunjukkan pelbagai penyakit boleh berlaku akibat daripada menghisap rokok.
Dikotak rokok juga diletakkan gambar pelbagai penyakit yang boleh berlaku disebabkan amalan merokok.
Merokok juga bukan sahaja membawa penyakit kepdaa diri sendiri tetapi juga orang sekitar yang terpaksa berdepan dengan hisap rosok yang dihembuskan keudara juga mendapat tempias penyakit.
Lebih malang lagi jika ada kanak kanak atau bayi yang ada sekitar dengan penghisap rokok.
Jadi untuk anda sihat dengan baik jauhi amalan merokok ini. Dasar kerajaan juga yang tak membenarkan merokok di kedai makan dan tempat awam amatlah baik dan patut kita sokong.
Selain itu fatwa juga mengatakan merokok haram, jadi kita patut fikir fikir balik kalau nak hisap rokok ni.
Elakkan mulut berbau Produk Untuk Hilangkan Bau Mulut
Elakkan Daripada Mengalami Stress (Tekanan)
Jauhi perkara perkara yang boleh mendatangkan stress atau tekanan kepada perasaan anda. tidak kira apapun masalah sebaiknya yang diakhiri dengan stress.
Berbincang dengan baik apa masalah yang berlaku dan cari jalan penyelesaian. Jika anda terlalu sibuk dengan kerja seharian dan ada masalah ditempat kerja jangan bawa balik masalah tersebut ke rumah.
Nanti bertambah serabut rumah anda dan diri anda tidak dapat kawal emosi. Cari jalan untuk jauhi perbalahan dan selesaikan semua perkara dengan baik.
Segera Berjumpa Doktor Jika Sakit
Jika anda sakit jangan bertangguh untuk dapatkan rawatn segera dengan doktor anda. Perbuatan bertangguh ini kadang kadang akan membuatkan penyakit anda akan lebih teruk lagi.
Kita mungkin andaikan bahawa sakit kita ini akan sembuh dengan sendiri walaupun tanpa jumpa doktor, bayangkan jika sebaliknya yang berlaku.
Bukan sahaja penyakit tak sembuh malah anda terpaksa keluarkan banyak duit lagi untuk masuk hospital dan sebagainya.
Jika anda berjumpa awal dengan doktor mungkin anda hanya perlu makan ubat sahaja.
Jadi sakit ini adalah sesuatu yang tak pasti, sebolehnya segera berjumpa doktor jika anda jatuh sakit tanpa perlu berlengah lengah.
Amalkan Perintah Agama
Amalan rohani juga adalah amat penting untuk anda mendapatkan kesihatan yang sihat. Amalan rohani yang baik setiap hari dapat membantu anda menyelesaikan kehidupan seharian anda dengan baik dengan izin Allah.
Jadilah manusia yang patuh kepada perintah agama terutama sekali kita yang beragama Islam ini.
Perkara perkara rukun dan wajib janganlah ditinggalkan dan segera buat apabila sampai waktunya.
Sebagai contoh solat lima waktu adalah wajib setiap hari apabila masuk waktu, jadi anda sebolehnya segerakanlah solat dan jangan tinggalkan walau satu waktu.
Jadi dengan pengamalan agama yang baik juga dapat menyumbang kepada kesihatan rohani seterunsya dapat sihatkan badan juga secara tak langsung.
Begitulah antara bagaimana cara cara mengamalkan gaya hidup sihat dan perkara perkara utama perlu di ambil berat dalam proses untuk kesihatan seharian.
Dengan amalan amalan diatas jika dilakukan dengan azam yang kuat Insyaallah anda akan dapat kekalkan kesihatan anda.
Baca Juga Pengalaman Pundi Kencing Sakit Ketika Buang Air Kecil