Macam mana nak buat akaun google baru ataupun email gmail bagi yang belum ada ataupun bagi yang ingin membuat satu lagi yang lain.
Email adalah satu platform penghantaran mesej secara online yang boleh digunakan secara percuma sahaja pada masa ini.
Antara penyedia email yang paling popular adalah daripada syarikat google iaitu yang dikenali sebagai gmail.
Anda boleh mendaftar dan menggunakan email gmail dengan hanya percuma sahaja.
Dengan penggunaan email anda boleh menghantar pelbagai mesej kepada kawan kawan anda.
Malahan pada masa sekarang penggunaan email sangat lah diperlukan jika anda berurusan secara online terutama sekali melibatkan pihak kerajaan ataupun swasta.
Dalam erti kata yang lain setiap orang pada masa sekarang wajib dan mesti kena ada email.
Lebih lebih lagi semua orang dah gunakan handphone yang ada internet memang perlukan email untuk install applikasi dan sebagainya.
Masuk Ke Bahagian Pendaftaran Akaun
Cara nak buat akaun google baru adalah mudah hanya perlu beberapa step sahaja.
Buka google untuk buat carian taip “google email” kemudian klik “create account” anda akan di bawa kepada paparan seperti gambar di atas.
Masukkan Maklumat
Isikan maklumat seperti yang diminta:
First Name: Nama penuh anda
Last Name: Nama bapa anda
Username: Cipta username kata nama yang sesuai dengan email anda. Jika email anda untuk digunakan secara rasmi dan tak rasmi elok gunakan nama sebenar.
Sebagai contoh jika nama anda adalah Adam Bin Ali letakkkan username anda dengan nama [email protected].
Jika username tersebut tidak available anda boleh tambahkan nombor didalam username email anda.
Sebagai contoh [email protected]. Anda boleh letakkan nombor yang ada kaitan dengan anda.
Contohnya seperti tarikh lahir, tahun lahir, nombor plate kenderaan anda, nombor telefon atau apa saja nombor yang ada kaitan dengan anda.
Jangan letak terlalu banyak nombor minimum dan maksimum cukuplah 2 angka seperti contoh yang diberikan di atas.
Selesai dah dapat username masukkan password email anda. Pada bahagian confirm masukkan sekali lagi password yang sama kemudian tekan “Next”
Google menyarankan untuk membuat password kena letak sekurang kurangnya 8 karekter dengan ada huruf, nombor dan juga simbol.
Nak delete Facebook Cara Nak Padam Akaun Facebook Step By Step
Masukkan Nombor Telefon
Anda boleh tetapkan password anda untuk mudah ingat dan save di tempat yang selamat nanti takut terlupa.
Lepas tekan “Next” anda akan dibawa kebahagian “Verify your phone Number”
Masukkan nombor telefon anda, kemudian klik Next anda akan dapat mesej “verification number”
Selepas dapat nombor tersebut masukkan dalam “Bahagian verify your Number”.
Dah selesai verify isikan pula tarikh lahir anda dan juga jantina anda. Klik Next.
Pada bahagian Privacy Terms Klik “Agree” selesai dan anda akan di bawa masuk ke bahagian akaun email anda. Simple dan mudahkan.
Selesai semua anda dah boleh mula menggunakan email gmail anda untuk menghantar mesej.
Baca juga Inilah Antara Sebab Kenapa Tak Boleh Tengok Status Whatsapp Orang Lain