Cara Nak Padam Akaun Facebook Step By Step

cara nak padam akaun facebook

Kali ini saya nak kongsikan bagaimana langkah langkah atau cara nak padam akaun facebook nyah daripada kehidupan anda.

Kenapa ya nak delete akaun facebook, dah boring atau ada masalah lain. Walau apa pun sebabnya terpulang kepada diri anda sendiri orang lain tak perlu tahu pun kan.

Ok kita tak perlu cakap banyak jom kita delete akaun facebook dengan segera hari ini.

Login Facebook Anda

Mula mula masuk ke akaun facebook anda, ni buat kat laptop buat kat phone pun boleh. Sebelah kanan atas klik gambar profile anda.

Pergi pada setting and privacy

Tekan setting

Klik privacy

Lihat pada “your facebook information”

Klik Deactivation and Deletion

Anda diberi 2 pilihan:

Deactive account temporary | boleh aktifkan semula kalau nak guna balik nanti.

Delete account permanent | delete dan padam terus daripada kehidupan anda memang dah tak nak lagi dah.

So kalau memang dah pasrah Pilih “Delete account permanent” kemudian klik “Continue to Account Deactivation”

Klik Delete Account, masukkan password anda kemudian klik “Continue”.

Selesai delete akaun facebook anda.

Apakah kesan jika delete akaun facebook?

  • Nanti dah tak boleh aktifkan balik
  • Semua gambar, video, post semuanya akan di padam
  • Dah tak boleh guna Facebook Mesengger lagi
  • Kalau ada website lain yang daftar melalui facebook akaun anda dah tak boleh login ke website tersebut, jadi kena ingat balik ada tak yang daftar guna facebook akaun.
  • Mesej atau chat dengan kenalan di facebook masih ada di dalam inbox mesej mereka.

Boleh Lakukan Pembatalan Padam Akaun

Boleh tak kalau nak cancel selepas delete akaun facebook ni?

Facebook bagi masa dalam tempoh 30 hari selepas delete akaun untuk anda aktifkan semula jika anda berubah fikiran. Lepasa daripada 30 hari memang dah tak boleh dapat balik akaun facebook anda.

Kalau anda nak cancel dalam tempoh 30 hari boleh ikut step di bawah.

Log in ke Facebook akaun dalam tempoh 30 hari.

Klik Cancel Deletion, boleh aktifkan balik akaun anda.

Begitulah cara nak padam akaun facebook yang anda boleh lakukan.

Facebook ini adalah media sosial yang jika digunakan secara baik maka baiklah manfaatnya.

Ramai peniaga online yang boleh buat duit sejak facebook mula diperkenalkan malahan ramai yang jadi jutawan dengan menjual produk yang melalui facebook.

Mereka boleh mengubah taraf ekonomi mereka dengan begitu pantas sekali alhamdulillah rezeki mereka kan.

Hasil penggunaan media sosial ini bergantung pada individu masing masing mengikut apakah tujuan mereka mahu ada akaun di dalam media sosial tersebut.

Ada yang buat akaun sebenar malahan banyak juga yang buat fake akaun di facebook.

Jadi terpulanglah kepada niat dan tujuan masing masing dalam menggunakan media sosial ini, kalau guna untuk kebaikan maka baiklah, jika guna untuk kejahatan maka tak baiklah hasilnya.

Baca juga Bayar Bil Celcom Guna Maybank2u

Scroll to Top