Masjid Al Bukhary Alor Setar ini dibina dengan pembiayaan oleh Yayasan Albukhary yang di miliki oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Permulaan pembinaan masjid ini dimulakan dengan upacara pecah tanah yang telah diadakan pada 15 Januari 1999 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ketika itu.
Masjid ini dibina diatas tapak yang mempunyai keluasan seluas 4.96 ekar.
Pembinaan masjid ini telah mula dijalankan pada bulan Mac 2000.
Apabila telah siap masjid Bukhary ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 22 November 2001 / 6 Ramadhan 1422 Hijriah.
Masjid ini ditadbir dan dikawal selia oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al Bukhary yang terdir daripada 3 pihak iaitu:
- Pihak Yayasan Albukhary
- Jawatankuasa Kariah Alor Malai
- Pegawai Masjid
Lokasi Masjid Al Bukhary
Alamat masjid ini adalah Masjid Albukhary, Kariah Alor Malai, Jalan Langgar, 05460, Alor Setar Kedah Darul Aman.
Masjid Al Bukhary Alor Setar adalah sebuah masjid yang lokasinya terletak berdekatan dengan susur keluar lebuhraya Utara Selatan Plaza Tol Alor Setar Utara.
Ianya juga adalah berhampiran dengan Albukhary International University (AIU) yang terletak disebelah belakang masjid ini.
Jarak lokasi daripada stadium darulaman ke masjid ini adalah lebih kurang dalam 4.5 kilometer sahaja.
Kemudahan Yang Disediakan
Masjid ini dibina dengan pelan yang tersusun dan tentunya ia di lengkapi dengan kemudahan kemudahan berikut:
- Tempat sembahyang yang boleh memuatkan seramai 15,000 jemaah dalam satu masa.
- 8 buah bilik pengajian
- 5 ruang wuduk/ambil air sembahyang untuk lelaki dan wanita
- Bilik pengurusan jenazah
- Bilik imam
- Bilik mesyuarat ahli jawatankuasa
- Pejabat pengurusan Masjid
- Kemudahan untuk (OKU) orang yang kurang upaya seperti tandas khas
- 2 unit lif
- Galeri Masjid Albukhary
Pelawat juga boleh mendapatkan koleksi Medallion Masjid Al Bukhary Alor Setar dengan harga RM 30 setiap satu.
Koleksi medallion Masjid Al Bukhary ini dibuat dengan 18k Gold Plated
Masjid ini adalah masjid 2 tingkat, di tingkat atas adalah ruang untuk solat manakala di tingkat bawah adalah ruang untuk dewan kuliah dan pengajian.
Dikawasan masjid ini juga di tempatkan kawasan perkuburan bagi kariah disitu.
Senibina Masjid
Mihrab adalah merupakan salah satu daripada ciri utama bagi pembinaan sesebuah masjid.
Senibina mihrab masjid ini adalah dirujuk atau inspirasi daripada senibina zaman silam yang terdapat di Khanaqah (Makam) Sheikh Abdul Samad yang telah dibina di Natanz Iran pada tahun 1306 (706H) dizaman IL-Khanid.
Manakala rekabentuk menara pula adalah adalah berdasarkan kepada senibina menara Masjid Nabawi di Madinah dengan mempunyai ketinggian 47.92 meter daripada paras tanah.
Binaan mimbar diambil inspirasi daripada replika mimbar yang terdapat di Masjid Qiblatain Madinah dan juga mimbar Mamluk di Masjid Qaitbay, Kaherah Mesir.
Kayu untuk membuat mimbar ini adalah diperbuat daripada kayu jenis Burma Teak.
Kubah masjid ini mempunyai 7 buah kubah termasuk kubah utama.
Kubah utama terletak ditengah-tengah ruang solat utama dengan saiz 14 meter garis pusat.
Di sekeliling luar kubah ini telah dihiasi dengan ayat suci Al Quran dari surah Al Hadid ayat 1-8.
Manakala di dalam kubahnya pula dihiasi dengan kalimah Asma Ulhusna.
Bagi senibina di dataran masjid khususnya untuk kolam dan laluan air yang berbentuk geometri adalah berdasarkan senibina yang terdapat pada Makam Imam Albukhary di Samarkhand, Uzbekistan.
Baca juga tentang info Masjid Zahir Alor Setar Fakta Dan Sejarah
Sumber rujukan masjidalbukhary.com