Maksud Puasa Dari Segi Istilah

maksud puasa dari segi istilah

Bagaimana anda boleh memahami maksud puasa dari segi istilah dan bahasa dengan lebih lanjut dan ringkas didalam penulisan ini.

Amalan ibadat puasa adalah amalan wajib dan sunat dilakukan oleh orang yang beragama Islam.

Manakala puasa dalam bulan Ramadhan pula adalah wajib keatas orang Islam dan ia adalah sebahagian daripada rukun Islam.

Orang yang beragama Islam yang tidak malakukan ibadat puasa pada bulan Ramadhan adalah berdosa di sisi Tuhan.

Sebagai seorang yang beragama Islam yang baik dan patuh maka hendaklah seseorang itu mengikuti perintah puasa daripada Allah.

Maksud Puasa

Apakah yang dimaksudkan dengan puasa. Ia boleh dibahagikan kepada 2 iaitu daripada daripada sudut bahasa dan juga sudut istilah.

Puasa daripada sudut bahasa adalah menahan diri daripada sesuatu.

Manakala maksud Puasa daripada segi istilah pula adalah menahan diri daripada perbuatan makan dan minum serta perkara perkara yang boleh membatalkan puasa daripada masa terbit fajar sadiq sehinggalah terbenam matahari.

Syarat Sah Puasa

Antara syarat syarat sah puasa pula dalam agama Islam adalah mesti:

  • Mestilah beragama Islam dan beriman kepada Allah
  • Mumayyiz
  • Suci daripada hadas dan nifas
  • Puasa pada hari-hari yang dibolehkan dan tidak boleh puasa pada hari raya puasa, hari raya haji dan hari tasydiq

Syarat Wajib Puasa

Manakala syarat wajib puasa pula adalah:

  • Islam
  • Mukallaf
  • Baligh/Berakal
  • Waras dan tidak gila

Perkara Perkara Makruh Ketika Puasa

Selain itu juga perkara perkara yang makruh juga perlu sebolehnya dijauhkan semasa kita menjalankan ibadah puasa.

Ini adalah supaya tujuan dan pahala ibadah puasa itu nanti dapat kita capai dengan lebih maksimum dengan izin Tuhan.

Jadi sebolehnya jagalah perbuatan perbuatan seperti berkumur-kumur berlebihan, mengucapkan kata kata keji ketka bersembang, tidur yang berlebihan.

Seeloknya dan sebolehnya jauhkanlah perbuatan perbuatan tersebut semasa kita menjalankan ibadah puasa ini.

Perkara Perkara Yang Boleh Membatalkan Puasa

Dalam menjalankan ibadah puasa, kita juga hendaklah wajib menjaga perkara perkara yang boleh membatalkan puasa kita.

Antara perbuatan perbuatan yang boleh batalkan puasa adalah seperti:

  • Makan dan minum dengan sengaja di siang hari
  • Muntah walau dengan sengaja
  • Bersetubuh/berjimak
  • Telah keluar darah haid atau nifas
  • Telah menjadi Gila
  • Keluarkan air mani dengan sengaja pada siang hari
  • Murtad keluar Islam

Sunat Sunat Puasa

Antara perbuatan perbuatan yang sunat dilakukan oleh orang berpuasa semasa menjalankan ibadah ini adalah seperti:

  • Makan sahur sebelum azan Subuh
  • Segerakan berbuka puasa ketika azan Maghrib
  • Melewatkan makan sahur
  • Meninggalkan perbualan kosong dan sia sia
  • Memperbanyakkan membaca Al-Quran pada siang dan malam hari
  • Memperbanyakkan sedekah jariah
  • Mendirikan solat terawih pada malam bulan Ramadhan
  • Menjamu makan orang-orang yang berpuasa pada waktu berbuka puasa

Selain itu juga umat Islam diharuskan untuk buka puasa jika ada mengalami masalah seperti:

  • Uzur yang dibolehkan puasa ditinggalkan
  • Sakit yang boleh hilangkan kekuatan untuk berpuasa pada siang hari penuh
  • Perjalanan jauh seperti musafir yang dibolehkan mengqasar solat
  • Orang tua warga emas yang sangat lemah dan tak larat
  • Terlalu lapar dan dahaga yang bersangatan akibat daripada melakukan kerja sebagai contohnya.

Begitula secara ringkas penerangan tentang puasa dan juga maksud puasa dari segi istilah yang boleh anda ambil sedikit pemahaman disini, semoga ianya bermanfaat untuk anda semua.

Baca juga tentang Cara Qada Solat Yang Lama Tinggal

Scroll to Top