Apakah makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit kencing manis supaya keadaan kesihatan mereka boleh terjaga dengan lebih baik.
Penyakit kencing manis adalah antara salah satu penyakit yang paling banyak dihadapi oleh orang ramai di negera kita.
Tidak kira umur, tidak kira jantina lelaki atau perempuan malahan tidak kira kaum, penyakit kencing manis ini menyerang meraka tanpa memilih siapa mereka.
Faktor utama mengikut kajian para pesakit mengalami masalah kencing manis ini adalah daripada faktor pengambilan makanan yang tidak baik.
Punca utama terjadinya penyakit ini adalah daripada pengambilan jumlah gula yang berlebihan didalam minuman dan juga didalam makanan seharian mereka.
Ditambah lagi dengan memakan makanan yang banyak lemak dan makanan segera yang sangat tidak bagus untuk kesihatan manusia.
Makanan Yang Perlu Dielakkan Oleh Pesakit Kencing Manis
Apabila dah terkena penyakit kencing manis ini maka banyaklah makanan yang tidak boleh diambil bagi mengelakkan keadaan kencing manis menjadi lebih buruk lagi.
Jadi apabila dah terkena penyakit kencing manis maka anda kena mula belajar pantang dan banyak tidak boleh ambil makanan dan minuman secara sebarangan.
Antara makanan yang pesakit kencing manis perlu elakkan adalah:
- Minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi seperti bancuhan minuman kordial, kopi,teh dan sebagainya.
- Segala minuman segera seperti minuman bergas di dalam tin dan juga air kotak yang manis
- Fast food ataupun makanan segera hendaklah dijauhi kerana mengandungi banyak bahan pengawet didalamnya.
- Makanan yang mempunyai lemak dan berminyak juga perlu dielakkan untuk mengurangkan kadar kolestrol didalam badan
- Tukarkan penggunaan gula pasir kepada gula yang lebih baik seperti gula hasil daripada stevia
- Kurangkan makan kuih tradisional yang mempunyai banyak kandungan gula
- Hadkan pengambilan kanji dalam menu makanan seharian
- Buah yang tidak sesuai untuk pesakit kencing manis dan perlu dijauhi untuk makan seperti buah buahan tempatan contohnya dokong, langsat, durian, pisang.
- Jangan ambil buah buahan di dalam tin yang diproses
Senarai diatas adalah antara jenis jenis makanan yang mana para pesakit perlu elakkan untuk makan sebolehnya.
Jika pesakit kencing manis teringin sangat untuk makan makanan yang disenaraikan diatas pastikan ambil dalam kuanti dan jumlah yang sedikit sahaja.
Makan sekadar untuk melepaskan rasa mengidam sahaja dan jangan makan terlalu banyak.
Amalan Baik Untuk Kesihatan
Pantang mengambil makanan yang boleh mengundang kepada keadaan kencing manis menjadi lebih buruk adalah ubat yang paling terbaik untuk mengawal kencing manis.
Selain makan ubat kencing manis yang diberikan pihak hospital, amalan pantang adalah amalan yang paling mujarab untuk bantu pesakit kencing manis untuk menjadi lebih sihat.
Sebab itu amalan pantang ini sesuai dimulakan ketika anda tidak mendapat apa apa penyakit lagi dan ketika masih sihat.
Begitulah serba ringkas tentang apa jenis makanan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit kencing manis untuk saya sharekan kepada anda semua.
Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua.
Baca juga tentang Kesan Kencing Manis Kepada Lelaki