Kesan Kencing Manis Kepada Lelaki

kesan kencing manis kepada lelaki

Apakah kesan kencing manis kepada lelaki yang boleh berlaku akibat daripada menghadapi penyakit ini.

Persoalan ini mungkin perlu dijawab secara khusus untuk kaum lelaki sahaja.

Namun untuk pengetahuan anda kesan apabila menghidapi penyakit kencing manis ini adalah sama tidak kira jantina lelaki ataupun perempuan.

Penyakit kencing manis ini menyerang manusia dengan tidak memilih jantina, lelaki atau pun perempuan.

Kalau nak kena penyakit kencing manis ini boleh sahaja kena bila bila masa sahaja tanpa melihat jantina.

Kalau anda nak tahu banyak kesan buruk apabila terkena penyakit kencing manis ini.

Jika terkena penyakit ini maka masalah masalah lain akan timbul dengan lebih mudah didalam badan pesakit.

Dan lebih memburukkan lagi adalah penyakit penyakit yang bakal berlaku adalah lebih teruk dan akan memudaratkan lagi keadaan pesakit.

Memang penyakit kencing manis ini adalah penyakit yang sangat sangat pelik dan sangat sangat digeruni jika bertambah kronik.

Anda boleh lihat sendiri di sekeliling anda, tentu dan mesti ada kalangan kenalan anda yang ada masalah kencing manis ini.

Sama ada daripada kalangan keluarga anda sendiri, kawan kawan, jiran jiran dan juga kenalan kenalan anda yang lain.

Lihat begitu ramai sekali yang mengalami masalah kencing manis ini tidak kira umur sama ada lelaki ataupun perempuan.

Penyakit Daripada Kencing Manis Yang Kronik

Untuk makluman anda, dengan menghidapi penyakit kencing manis ini, maka pelbagai penyakit lain akan lebih mudah muncul.

Lebih lebih lagi bagi pesakit kencing manis yang sudah pada tahap kronik dahn sudah lama kena kencing manis.

Antara perkara perkara yang boleh berlaku akibat daripada kencing manis yang kronik adalah:

  1. Masalah Gangren (tisu mati) kaki boleh menjadi hitam, mudah luka dan berkudis dan akhir sekali menyebabkan kaki boleh dipotong.
  2. Mata menjadi rabun dan boleh buat sehingga menjadi buta.
  3. Terjadinya serangan jantung.
  4. Boleh mendapat angin ahmar (stroke)
  5. Mengalami masalah tekanan darah tinggi.
  6. Boleh mendapat penyakit buah pinggang
  7. Tiba tiba boleh menjadi koma, pengsan atau tidak sedarkan diri.
  8. Boleh mengakibatkan penyakit saraf berlaku seperti hilang deria rasa pada anggota badan seperti kaki dan tangan

Kesan Paling Buruk Kepada Lelaki

Kepada kaum lelaki pula jika anda menghadapi masalah penyakit kencing manis ini selain daripada penyakit yang disenaraikan diatas yang boleh berlaku ada lagi satu masalah yang boleh berlaku kepada anda.

Masalah yang boleh berlaku kepada kaum lelaki adalah masalah mati pucuk dan lemah tenaga batin.

Inilah masalah yang ditakuti oleh mereka hasil kesan kencing manis kepada lelaki yang berlaku pada diri mereka.

Kaum lelaki adalah sangat sangat berisiko tinggi untuk mendapat mati pucuk jika menghadapi masalah kencing manis yang kronik.

Cuba bayangkan hanya kerana masalah kencing manis tiba tiba anda boleh mendapat masalah lemah tenaga batin dan juga mati pucuk.

Ini adalah umpama suatu mimpi ngeri kepada kaum lelaki apabila senjata utama mereka tidak boleh berfungsi lagi.

Walaupun masalah mati pucuk ini boleh sahaja berlaku walaupun tanpa ada penyakit kencing manis, namun anda harus berjaga jaga sekiranya anda terkena kencing manis ini.

Jadi sentiasalah jaga kesihatan anda wahai kaum lelaki dan juga perempuan untuk mendapatkan nikmat hidup yang lebih sihat.

Baca juga tentang Tanda Tanda Hypoglycemia and Hyperglycemia

Scroll to Top