
Bagaimana cara nak menang pilihan raya umum di Malaysia ini dan apakah formula utamanya.
Dalam negara demokrasi seperti Malaysia untuk memilih kerajaan perlu diadakan pilihanraya bagi menentukan parti mana yang akan menang dan membentuk kerajaan.
Biasanya pilihanraya umum akan diadakan selepas tamat tempoh penggal sekitar 5 tahun sekali.
Ataupun akan diadakan sedikit lebih awal jika kerajaan mengambil keputusan untuk bubarkan parlimen lebih awal.
Dalam menghadapi pilihanraya banyak parti parti akan bertanding bagi merebut kerusi parlimen yang ada.
Parti parti politik akan membentuk gabungan, pakatan ataupun blok bagi melawan di antara mereka dengan parti parti yang sehaluan dengan prinsip prinsip yang dipersetujui bersama.
Manifesto manifesto akan ditawarkan kepada rakyat atau bakal pengundi dengan pelbagai tawaran.
Jika parti mereka menang mereka akan buat itu dan ini jika diberi mandat.
Jadi dalam menghadapi pilihan raya umum di Malaysia ini bagaimana cara untuk menang.
Kuasai Undi Teras
Perkara utama yang perlu untuk menang pilihan raya umum di Malaysia adalah kena mendapatkan sebanyak banyak undi teras.
Apakah maksud undi teras.
Undi teras adalah undi yang diperolehi daripada kelompok majoriti rakyat atau kaum yang ada di dalam Malaysia ini.
Kaum majoriti di Malaysia adalah kaum Melayu dan menguasai populasi hampir 70% rakyat Malaysia.
Sesiapa atau mana mana parti yang memperolehi undi teras atau undi daripada kaum majoriti maka peluang untuk menang adalah cerah.
Kalau dilihat pada keadaan politik semasa sehingga hari ini, undi teras yang paling banyak terletak pada parti UMNO dan keduanya adalah daripada parti PAS.
Ini adalah berdasarkan keahlian parti yang ada pada kedua dua parti tersebut.
Apabila 2 parti ini bergabung dan masuk dalam pilihanraya pastinya peluang untuk mendapatkan undi teras lebih mudah dan dikumpulkan dalam satu gabungan.
Muafakat Nasional Terbukti Berjaya
Formula menguasai undi teras ini sebenarnya telah berjaya dibuktikan melalui Muafakat Nasional apabila parti UMNO dan PAS bergabung.
Dalam siri siri pilihan raya sebelum ini ternyata formula Muafakat Nasional ini berjaya mengalahkan parti parti lain dengan begitu cemerlang.
Bukan sahaja berjaya menang malahan undi majoriti juga semakin meningkat apabila UMNO dan PAS tidak melawan antara satu sama lain.
Muafakat Nasional berjaya menyatukan orang orang melayu yang berbalah didalam masalah politik sebelum ini.
Apabila kaum majoriti tidak berpecah maka ia akan menghasilkan jumlah undi majoriti yang sangat sangat tinggi dan memberangsangkan.
Undi Teras Sebagai Magnet
Apabila kaum majoriti duduk didalam satu gabungan yang kuat maka ia akan menjadi satu magnet atau tarikan kepada parti parti lain.
Apabila suara kaum majoriti kuat maka akan mendorong parti parti lain untuk ikut bersama dalam gabungan ini dan menjadi sekutu.
Dengan adanya suara kaum majoriti yang lebih kuat dan lebih banyak kerusi di parlimen yang diperolehi maka kerajaan yang didirikan sukar diganggu gugat dan asyik kena ugut mengugut.
Apabila suara majoriti bergabung dalam satu gabungan maka yang untungnya adalah mereka sendiri.
Semua parti politik dalam Malaysia tahu akan formula ini namun tidak pasti kenapa ia masih tidak boleh dikekalkan gabungan yang boleh menang ini.
Selain itu tidak dinafikan juga undi daripada kaum lain yang masih diperlukan untuk menang dalam pilihan raya, namun faktor utama perlu dititik beratkan adalah mendapatkan undi teras sebanyak mungkin.
Jadi bagi sesiapa yang ingin menang dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil pastikan dapatkan undi teras semaksimum mungkin.