Cara Buat Loan Kereta Sendiri

cara buat loan kereta sendiri

Kali ini saya nak kongsikan bagaimana cara buat loan kereta sendiri yang saya pernah lakukan sebelum ini.

Dan ianya juga dikatakan sama dengan bagaimana cara beli kereta tanpa slip gaji sebab masa tu saya tak kerja dengan orang.

Cerita pasal hal nie dah banyak tahun berlaku waktu itu saya nak beli kereta baru dekat perodua nak beli myvi.

Lihat Kereta Di Showroom

Jadi saya pun pergilah tengok kereta dekat showroom perodua dan jumpa dengan bahagian yang buat sale kereta kat situ.

Lepas dah jumpa saya pun beritahu yang saya memang berminat nak beli tapi saya akan usahakan loan sendiri.

Biasanya jika kita ingin beli kereta staff sale di situ akan tolong bakal pembeli untuk submit loan kereta ke bank.

Mereka akan minta kita sediakan dokumen dokumen yang diperlu dan beri kepada mereka dan mereka akan uruskan permohonan loan.

Tapi saya bagitahu saya nak buat sendiri dan nak apply loan sendiri dengan bank tanpa perlu mereka tolong buatkan.

Ketika itu saya hanya bekerja sendiri daripada rumah dan duit pendapatan ketika itu masuk ke akaun semasa atas nama syarikat yang saya daftarkan dengan SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)

Jumpa Bank Bahagian Pinjaman Kereta

Jadi saya pun pergi ke bank dan berjumpa dengan pegawai bank bahagian loan kereta (Hire Purchase.

Saya berjumpa dan tanya dia macam mana nak apply loan kereta dengan keadaan kita bekerja sendiri tanpa ada slip gaji.

Jadi pegawai bank tu pun cerita bagaimana kaedah kalau kerja sendiri pon boleh buat loan beli kereta dengan menggunakan statement bank.

Bank juga akan tanya kita nak beli dengan dealer kereta yang mana.

Ya betul dengan hanya menggunakan statement bank kita dah boleh beli kereta namun apa yang penting sekali ialah pendapatan yang kita perolehi setiap bulan mestilah lepas dengan harga kereta yang ingin kita beli.

Jadi dekat sini kita kena faham bahawa perkara utama yang bank nak ialah pendapatan dan bukti duit masuk dan keluar dalam akaun bank mestilah bagus dan mempunyai income yang sesuai dengan harga kereta.

Bank akan mengambil kira beberapa peratus keuntungan daripada jumlah duit masuk setiap bulan sebagai pendapatan bersih.

Peratus keuntungan yang ditetapkan oleh bank adalah berbeza mengikut jenis perniagaan yang kita jalankan.

Ketika saya buat loan kereta pada masa itu antara dokumen yang diperlukan dan diminta oleh bank adalah:

  • Kad pengenalan
  • Statement bank 6 bulan terkini
  • Daftar niaga SSM

Lepas dah submit dokumen selang beberapa hari bank pon call dan bagitahu loan dah lulus, Alhamdulillah lega dengar walaupun masa itu income bukanlah banyak mana.

Sebelum saya terlupa masa saya beli kereta ni saya hanya buat loan kereta hanya 70 persen sahaja dan 30 persen lagi bayar secara tunai kepada dealer kereta.

Mungkin itu antara sebab loan kereta saya lulus dengan mudah sebab buat loan tak tinggi.

Kalau income anda tinggi mungkin anda boleh capai kkadar loan sebanyak 90 persen.

Ambil Kereta Selepas Loan Lulus

Selepas loan dah lulus dan jika ada deposit kita kena bayar dekat dengan dealer kereta, lepas dah selesai semua baru dapat ambil kereta baru.

Jadi begitulah bagaimana cara nak buat loan kereta sendiri yang saya pernah buat sebelum ini. Kalau anda nak beli kereta dan nak buat loan sendiri boleh la ikuti step yang saya kongsikan di sini.

Kalau anda kerja dan ada slip gaji juga boleh buat sendiri juga loan.

Anda hanya perlu pergi jumpa pegawai bank dan bertanya di kaunter bahagian pinjaman kereta.

Begitulah secara ringkas proses nak apply loan kereta sendiri sama ada anda kerja sendiri atau bekerja dengan orang, mudah dan ringkas kan.

Baca juga Cara Nak Jual Kereta Belum Habis Bayar

Macam mana nak tahu loan kereta lulus atau tidak?

Bank akan call anda dan beritahu sama ada loan kereta anda lulus ataupun tidak.

Berapa lama proses loan kereta oleh bank?

Biasanya ia akan mengambil masa dalam tempoh 14 hari bekerja ada bank yang cepat dan ada bank yang lambat. Prosuder bank tak sama dan mengikut juga tahap profile score pemohon tersebut.

Scroll to Top