Akibat Tidak Bayar Bil Telefon Saya Terima Surat Ini

akibat tidak bayar bil telefon

Inilah kesannya akibat tidak bayar bil telefon apabila tiba tiba dapat melalui email satu notis daripada syarikat telco Celcom.

Dalam email tersebut ada satu surat yang bertulis Notis Peringatan Akhir iaitu notis tuntutan bil tertunggak daripada Celcom.

Dalam surat email itu ada menyatakan bahawa saya diminta untuk membayar tunggakan tersebut dalam tempoh 7 hari daripada tarikh surat tersebut.

Jumlah tunggakan adalah RM 38.15 sahaja seperti yang dinyataka dalam notis tersebut.

Sebenarnya saya bukanlah bertukar syarikat telco tetapi saya hanya tukar nombor baru tapi masih menggunakan syarikat telco yang sama.

Sebab Terima Notis

Tunggakan tersebut adalah disebabkan tempoh penggunaan bil saya masih belum cukup sebulan dan saya terminate pada lingkungan pertengahan bulan.

Jadi syarikat telco kira baki penggunaan akaun sebelum ini secara pro rate sebab itu ada lagi baki yang kena bayar.

Bila dah ada guna nombor baru terlupa pula nak buat bayaran tersebut walaupun pada masa tukar nombor tu staff dah beritahu saya memang kena bayar baki penggunaan bagi akaun nombor lama.

Jadi bila dah dapat surat ini teruslah buat bayaran tanpa bertangguh lagi. RM 38.15 pon kira hutang juga la kan.

Merujuk kepada surat dalam email tersebut mereka memperkenalkan diri mereka sebagai syarikat yang dilantik oleh pihak celcom sebagai agensi kutipan bagi akaun akaun yang tertunggak.

Cara Buat Bayaran Tunggakan Bil Telefon

Bayaran boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah antaranya ialah:

SEMUA TEMPAT BAYARAN & CARA BAYARAN
CAWANGAN CELCOM, MESIN KIOSK CELCOM,
CELCOM BLUE CUBE, KEDAI-KEDAI CELCOM
( TUNAI / CARD CREDIT / CEK / WANG POS /
KIRIMAN WANG / KIRIMAN WANG EXPRESS )
BAYARAN DI KAUNTER BANK BANK SIMPANAN NASIONAL
(BAWA NOTIS INI BERSAMA)
BAYAR KEPADA CELCOM MOBILE SDN BHD
ATAS NO AKAUN / TELEFON ANDA
BAYARAN DI PEJABAT POS
TUNAI / CEK / WANG POS / KIRIMAN WANG /
KIRIMAN WANG EXPRESSS
BAYARAN SECARA ONLINE
www.celcom.com.my
www.payonline.com
www.cimbclicks.com.my
www.irakyat.com.my
www.maybank2u.com.my
www.mbfcards.com
www.hsbc.com.my
www.rhbbank.com.my
www.pbebank.com
www.posonline.com
Pembayaran dalam talian melalui JomPAY
Masukkan (kod biller) dan (nombor akaun) sebagai rujukan 1
bayar tunggakan bil telefon

Saya buat bayaran tuntutan ini dengan menggunakan maybank2u kemudian resit pembayaran tersebut anda kena emailkan kepada syarikat yang dilantik oleh telco tersebut.

Jika tidak membuat bayaran tunggakan ini akan ada notis susulan yang akan dihantar kepada pengguna yang berterusan tidak membayar tunggakan.

Mungkin juga akan dikenakan tindakan undang undang jika tidak bayar terus.

Jadi jika anda ada buat penukaran nombor dari syarikat telefon yang berlainan elok anda semak mana tahu anda masih ada berhutang dengan mereka.

Anda boleh membuat semakan dengan menggunakan nombor lama anda ataupun anda boleh gunakan kad pengenalan anda untuk membuat semakan.

Saya pasti bukan saya seorang sahaja yang dapat surat tuntutan ini, malah lebih ramai yang dapat juga seperti ini.

Jadi jika anda ada tunggakan dengan mana mana syarikat penyedia internet dan telefon elok lah segera buat pembayaran supaya tidak dapat surat notis seperti ini.

Bagaimana surat notis tunggakan bil telefon tersebut dihantar?

Saya hanya terima notis tersebut melalui email sahaja.
Scroll to Top