Baru nak memasuki alam pernikahan dan sedang membuat persiapan menuju hari bahagia ketahui apa senarai checklist barang hantaran lelaki bajet yang boleh anda prepare mengikut kemampuan anda.
Kepada semua lelaki diluar sana tahniah jika anda sudah hampir untuk berkahwin dengan pasangan pilihan anda.
Bila cerita tentang nikah kahwin antara perkara utama yang perlu ada adalah hantaran. Barang hantaran ini dah menjadi adat dalam budaya melayu kita.
Tidak salah dalam agama sekalipun jika sesuatu adat dan budaya itu baik dan tidak bertentangan dengan hukum agama.
Sebenarnya sebagai lelaki apa barang barang sepatutnya yang anda boleh sediakan untuk dijadikan barang hantaran kepada pihak lelaki.
Untuk sediakan barang hantaran yang bajet dan jimat serta ikut kemampuan adalah sangat penting zaman sekarang kerana barang barang mahal dan kos semakin hari semakin meningkat.
Jenis Barang Yang Boleh Dijadikan Hantaran Untuk Lelaki
Senarai checklist barang hantaran lelaki bajet:
- Al Quran
- Tafsir Al Quran
- Buku bacaan ilmiah
- Tasbih digital
- Biji tasbih
- Sejadah
- Kain Pelikat
- Kepiah
- Lebai
- Songkok
- Duit
- Perak
- Dinar emas
- Baju Melayu
- Baju Kemeja
- Baju Tshirt
- Baju tidur
- Blazer
- Jersey
- Hoodies
- Seluar Kerja
- Seluar Jeans
- Seluar sukan
- Jam Tangan
- Jam dinding
- Smartwatch
- Kasut Kerja
- Kasut Berjalan
- Kasut Futsal
- Kasut Jogging
- Sandal/Selipar
- Safety boots
- Sneakers
- Tali Leher
- Tali Pinggang
- Underwear
- Boxer
- Pencuci muka
- Pencukur
- Mesin Shaver
- Perfume/Minyak Wangi
- Deadorant
- Ubat gigi
- Berus gigi
- Sabun mandian
- Shampoo
- Ubat Kumur Mulut
- Supplement
- Gel rambut
- Hair dryer
- Tv
- Tablet
- Komputer Game
- Laptop
- Bag laptop
- Bagpack
- Bag crossbody
- Waist bag
- Dumble
- Handphone
- Powerbank
- Earphone
- Headphone
- Beg duit/Dompet
- Beg pakaian
- Buah buahan
- Coklat
- Cupcake
- Kek
- Alatan memancing
- Dashcam kereta
- Kad touch n go
- Perfume kereta
- Set pam tayar kereta mobile
- Topi keledar
- Baju jaket motor
- Baju hujan
- Glove tangan
- Payung
- Pakej honeymoon
Senarai senarai barang barang yang boleh dijadikan hantaran di atas adalah perkara biasa yang diberikan kepada pihak lelaki.
Namun apa yang penting adalah bagaimana anda menentukan harga dan bajet yang bersesuaian dengan kemampuan kewangan anda.
Tips Dalam Menyediakan Hantaran
Antara perkara utama yang anda boleh pertimbangkan dalam menyediakan barang hantaran adalah:
Ikut Kemampuan Diri Sendiri
Lihat kepada kemampuan diri sendiri dan berapa kemampuan kewangan anda. Ianya bergantung kepada pendapatan anda.
Peruntukkan sejumlah wang untuk sediakan barang hantaran anda dengan secara berhemah dan pastikan segala pembelian tidak melebihi perancangan yang telah ditetapkan.
Beli Barang Yang Akan Digunakan Pada Masa Depan
Barang barang hantaran boleh disediakan mengikut keperluan pasangan anda. Belilah barang yang akan digunakan selepas kahwin.
Sebolehnya barang barang tersebut boleh digunakan dalam tempoh jangka masa yang panjang dan bukannya hanya untuk disediakan pada hari pernikahan sahaja.
Baca juga nanti Cara Elakkan Ular Masuk Rumah
Tentukan Jumlah Barang Hantaran
Sebaiknya dalam proses menyediakan barang hantaran ini tentukan dulu berapa jumlah hantaran yang akan diberi.
Contohnya 5,7,9 hantaran terpulang kepada keperluan anda sedikit pun boleh banyak pon boleh.
Jangan Mengikut Trend
Sekarang ini zaman media sosial banyak kita lihat perkahwinan yang yang di share di media sosial bermacam macam jenis barang hantaran yang mereka sediakan.
Jika anda mampu tidak ada masalah boleh sediakan barang barang yang mahal
Pedulikan Apa Orang Kata
Jika hantaran yang anda sediakan tidak seperti barang hantaran perkahwinan orang lain, pedulikan apa orang nak kata.
Apa yang penting anda dan pasangan anda boleh terima pemberian masing masing.
Saranan Tambahan Kepada Bakal Pengantin
Buat Sendiri Barang Hantaran
Untuk menjimatkan kos dalam menyediakan barang hantaran apa yang boleh anda lakukan adalah (DIY) Do it Youself sendiri decoration barang hantaran tersebut.
Gunakan kepakaran yang ada pada ahli keluarga untuk deco semua barang hantaran anda.
Elakkan Menyewa Perkakasan Hantaran
Sebolehnya elakkan daripada menyewa apa apa keperluan yang melibatkan penyediaan barang hantaran anda.
Gunakan kreativiti untuk gunakan barang yang boleh dibuat sendiri dengan kemampuan kewangan yang ada.
Bukan Tujuan Untuk Menunjuk
Buatlah dan berilah barang hantaran untuk memenuhi tujuan pemberian tersebut dan bukanlah untuk bermewah mewah dan sampai satu tahap nak menunjuk nunjuk dan membanding banding hantaran siapa yang paling bagus dan mahal.
Bincang Dengan Pasangan Anda
Eloklah bincang terlebih dahulu dengan pasangan anda apakah barang yang sesuai untuk disediakan bagi membuat hantaran bagi pihak masing masing.
Dengan adanya perbincangan dengan pasangan maka proses menyediakan barang hantaran adalah lebih mudah sebab masing masing akan memberikan idea dan pandangan mengikut barang keperluan masing masing.
Kesimpulannya dalam menyediakan barang hantaran kahwin ini apa yang penting adalah bajet anda dan bagaimana penerimaan antara pasangan anda.
Selamat pengantin baru.
Baca juga Cara Nak Jual Kereta Belum Habis Bayar