Cara Elakkan Ular Masuk Rumah

cara elakkan ular masuk rumah

Bagaimana ya cara elakkan ular masuk rumah kita sebab takut bila berhadapan dengan binatang yang berbisa ini.?

Kisah Yang Berlaku

Baru baru ni dekat rumah masa tu waktu malam dekat pukul 9 lebih saya pun masuk ke dapur, tiba tiba ternampak ada satu benda hitam panjang berkilat tepi dinding dekat dengan meja makan.

Masa tu lampu dah terbuka biasa la kan dah waktu malam, mesti kita buka lampu awal.

Tengok tengok dia bergerak masa tu apa lagi memang terkejut la walaupun agak jauh masa nampak tu, dari jauh dah boleh nampak.

Mujur la nampak lebih awal kalau tak nampak tak tahu la apa nak jadi takut ular ni masuk dalam bilik tidur atau bilik air.

Dari jauh memang dah confirm ular apa, ular senduk sebab hitam berkilat dan nampak putih sedikit di atas kepala dan tepi kepala walaupun masa tu dia tak kembang lagi.

Apa lagi masa tu saya terus ambil batang paip plastik yang memang saya standby untuk pukul segala jenis binatang yang masuk dalam rumah macam tikus atau ular.

Saya terus katok ular senduk tu kali pertama kena badan terus dia kembang siap dengan berbunyi lagi, masa tu takut jangan cerita la.

Masa tu dia cuba berselindung dengan tikar yang saya gulung dan sandar di dinding, satu hal pulak nak ubah tikar tu.

Lepas dah ubah tikar tu baru nampak ular tu, terus saya pukul. Pukulan demi pukulan saya tibai sampai pecah habis plastik paip tu.

Batang plastik paip yang saya guna tu batang paip yang orang selalu guna untuk buat wiring rumah.

Seeloknya pakai buluh atau rotan baru power nak pukul ular ni.

Pertarungan Berakhir

Akhirnya pertarungan selesai sebab saya terus tibai katok tanpa henti daripada kepala sampai ekor kita tibai.

Bila dah nampak ular senduk tu dah tak bergerak baru lah saya ambil bawa keluar. Lepas ambil bawa keluar saya sambung lagi pukul takut takut dia hidup lagi.

Kali ini saya pukul dengan besi pula sebab dah malam apa yang ada saya capai.

Besi cakar sampah yang tebal tu saya hentak hentak atas badan dia sampai la puas hati dan confirm mati.

Ular senduk wey kena patuk boleh mati ooo..panjang lebih kurang 4 kaki macam tu.

Lepas dah tengok dah tak bernyawa saya pun ambil buang ke tengah padang. Selesai pertarungan malam tu.

Bukan Kali Pertama

Ini bukanlah kali pertama pengalaman ular senduk masuk rumah, kalau dikira dari kecil dah banyak kali dah berhadapan dengan masalah ini.

Biasalah duduk kampung dalam kawasan bendang pulak.

Bukan sahaja ular senduk yang masuk rumah ular lain pun ada macam ular tanah, ular air dan ular sawa burung.

Ular tedung selar alhamdulillah tak ada kawasan ni sebab dia banyak duduk di kawasan hutan bukit atau dusun.

Apa yang saya perhatikan malam tu, ular senduk ni masuk melalui celah celah lubang pintu kat bahagian dapur.

Walaupun saiz dia tak besar mana tapi main dengan ular berbisa ni nyawa boleh melayang kalau kena patuk.

Barulah malam tu start sendal sendal mana mana pintu yang ada ruang tak rapat dengan lantai yang boleh ular masuk, sendal dengan kain.

Masa dulu lagi la kerap masuk ular senduk dalam rumah sebab sebelum ni lantai rumah tak tinggi, lepas buat balik rumah kami tinggikan sikit lantai, alhamdulillah jarang masuk dah ular. Kes ini pun boleh dikira sebagai kes terpencil.

Jadi apa pengajaran yang boleh kita ambil daripada perkara ini. Beberapa tips boleh diambil bagi anda yang nak tahu cara nak elak ular masuk rumah.

Tinggikan Lantai Rumah

Ini terbukti bila tinggikan rantai rumah agak sukar ular untuk masuk sebab ular ini jenis menjalar bukan jenis terbang atau lompat macam katak.

Kes ular masuk rumah saya tu sebab lantai sebelah dapur agak rendah berbanding dengan ruang tamu mungkin itu faktor sebabkan dia boleh masuk.

Jadi bagi anda yang baru nak buat rumah di kawasan berisiko ular boleh masuk bolehlah fikirkan berapa tinggi lantai yang anda boleh buat.

Tutup Semua Lubang Di Rumah

Ular ini masuk sebab ada lubang dan ruang kosong yang boleh masuk ke dalam rumah.

Antara ruang yang kosong atau lubang yang boleh didapati pada rumah adalah seperti:

  • Ruang kosong antara pintu dan lantai
  • Guna bata jenis bunga pada atas tingkap
  • Ruang kosong antara bumbung dan dinding

Jika anda baru nak buat rumah pastikan tukang rumah atau kontraktor yang anda lantik pasang betul betul pintu bagi sama level dengan lantai janga bagi ada ruang sikit pun.

Sendal lubang pintu rumah anda sama ada dengan menggunakan kain ataupun kayu untuk pastikan tiada ruang kosong yang boleh ular masuk.

Jangan Biarkan Pintu Atau Tingkap Terbuka Terlalu Lama.

Ya betul tu, jangan biarkan pintu atau tingkap terbiar terbuka jika tidak ada orang dalam rumah.

Ular boleh masuk rumah bila bila masa sahaja tak kira siang atau malam.

Bila kita buka tingkap atau pintu terbiar lama lama jadi risiko untuk binatang berbisa ini masuk amatlah tinggi.

Buka pintu dan tingkap ikut keperluan anda.

Hapuskan Tikus Dan Katak

Sebab apa perlu hapuskan binatang tikus dan katak ini. Katak yang selalu masuk rumah macam katak puru, katak minyak, dan katak ong yang licin tu.

2 jenis binatang ini adalah makanan kepada ular, jadi bila dia mencari makanan dia, dia tak kira la dalam rumah pun dia akan masuk sebab dia lapar.

Jadi antara perkara untuk elakkan ular masuk adalah jangan biarkan tikus dan katak menginap di dalam rumah anda dan buat rumah anda macam rumah mereka sendiri.

Siang malam mereka bergembira di atas bumbung, makan habis makan dalam rumah anda.

Hapuskan mahluk mahluk ini dengan segera supaya rumah anda bebas daripada mereka.

Potong Rumput Di Sekeliling Rumah

Kalau ada rumput di kawasan sekeliling rumah anda pastikan rumput tidak panjang sebab ular akan suka duduk dalam rumput ini.

Pastikan anda potong rumput atau mesin rumput secara berjadual supaya rumput tidak tumbuh terlampau tinggi.

Kalau tidak mesin rumput boleh racun semua rumput atau lalang yang anda supaya rumput itu mati.

Kalau kita racun rumput boleh bertahan lebih kurang 3 bulan hingga 4 bulan untuk dia panjang balik.

Pastikan Kawasan Rumah Sentiasa Bersih

Kawasan rumah yang bersih dapat menghindarkan ular dan binatang berbisa yang lain daripada duduk di kawasan rumah anda.

Pastkan tiada sampah sarap semak samun yang berlungguk dan terbiar lama. kalau boleh bakar semua sampah sarap dan semak samun yang ada.

Sentiasa buat gotong royang kalau rajin kalau tak sempat boleh upah orang untuk bersihkan kawasan rumah, ramai yang perlukan duit dan kerja sampingan sekarang.

Jadi begitulah sedikit pengalaman berdepan dengan ular masuk rumah ini dan sedikit tips untuk elakkan daripada perkara ini daripada berulang.

Kalau anda nak tengok ular boleh ke zoo negara.

Baca Juga Bolehkah Duit Koyak Tukar Di Bank?

Jika ada ular di rumah nak hubungi siapa untuk tangkap?

Anda boleh hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) atau BOMBA untuk bantu anda tangkap ular. Setiap negeri ada perkhidmatan mereka.

Bagaimana cara halau ular dalam mangkuk tandas?

Jika ini berlaku pastikan anda tutup pintu tandas anda supaya ular tidak boleh keluar. Gunakan kayu atau buluh yang panjang untuk keluarkan ular tersebut. Jika tidak boleh lakukan sendiri sila hubungi JPAM untuk bantu anda.

Scroll to Top