Cara Check Balance Tune Talk

Bagaimanakah cara check balance tune talk bagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan daripada syarikat telco ini.

Syarikat telco tune talk adalah antara salah satu penyedia perkhidmatan telco yang terdapat di Malaysia.

Jenama tune talk ini adalah antara jenama baru yang masuk kepasaran dalam menyediakan perkhidmatan internet dan telefon.

Pada masa sekarang syarikat perkhidmatan internet berlumba lumba di dalam pasaran untuk memberikan pakej pakej tawaran yang menarik kepada pengguna mereka.

Namun kali ini kita nak lihat jika sudah gunakan perkhidmatan syarikat ini, macam mana nak check dan semak baki internet tune talk ini.

Gunakan Service Code

Antara kaedah yang disediakan bagi nak semak baki tune talk ini kepada pengguna adalah dengan menggunakan kaedah SMS code.

Pengguna tune talk hanya perlu sms kepada nombor code yang disediakan, kemudian mereka akan dapat tahu baki data mereka melalui sms juga.

Dengan menggunaan service code ini pengguna boleh semak baki data mereka walaupun tanpa ada talian internet kerana ianya hanya menggunakan perkhidmatan melalui penghantaran sms sahaja.

Nombor SMS code untuk check balance Tune Talk ialah *133#

Untuk menyemak baki anda hanya perlu dial *133# di phone anda, kemudian maklumat baki data anda akan dipaparkan. Begitu mudah sekali bagi pengguna untuk membuat semakan baki data mereka.

Di sini adalah senarai nombor service code yang disediakan oleh tune talk untuk pengguna perkhidmatan mereka.

SERVICE CODEFUNGSI DAN TUJUAN
*111#Langgan plan data, transfer kredit airtime
*122#Topup kredit fizikal(Dial *122# and follow the screen instructions to key in 16 digits top up PIN)
*133#Check balance, semak transaksi akhir, validity dan points
*134#Semak baki penggunaan seperti voice, data dan plan validity
*138#Untuk langgan Roaming Data plan
*777#Untuk masuk ke bahagian menu rangkaian media sosial
*888#Untuk masuk ke bahagian Servis Tambahan Menu

Semak Baki Dengan Tune Talk Aplikasi

Pada masa sekarang semua syarikat penyedia rangkaian data internet telah menyediakan aplikasi untuk pengguna mereka yang boleh di download di dalam smartphone.

Tidak terkecuali juga bagi pihak tune talk yang mana mereka juga ada menyediakan aplikasi bagi pengguna mereka.

Aplikasi ini boleh di download di google store dan apple store.

check balance tune talk

Dengan menggunakan apps atau aplikasi tune talk ini, pengguna boleh:

  • Uruskan akaun internet dan panggilan mereka dalam satu apps
  • Semak baki dan topup bila bila masa
  • Boleh membeli sim kad dan pelan data internet
  • Daftar kad sim nombor secara terus
  • Tukar rangkaian syarikat data internet
  • Tukar point tune talk kepada goodies yang disediakan
  • Terima tawaran promosi daripada masa ke semasa

Begitulah antara bagaimana cara cara anda nak semak baki kredit atau data tune talk ini.

Anda boleh pilih mana mana cara yang mudah bagi anda untuk gunakannya.

Jika anda sedang menggunakan perkhidmatan internet daripada syarikat alin sekarang ini, apa kata anda boleh cuba guna internet daripada syarikat tune talk pula.

Baca juga panduan tentang Cara Check Baki XOX

Adakah boleh kekalkan nombor lama jika mahu menggunakan perkhidmatan syarikat ini.

Pengguna sekarang boleh kekalkan nombor lama jika ingin bertukar kepada mana mana syarikat telco yang lain.

Apakah nombor customer careline tune talk?

Anda boleh hubungi nombor customer careline tune talk di 13100 atau 03-2771 7000

Scroll to Top