Bagaimana cara nak semak kadar tol plus bagi anda yang ingin melakukan perjalanan dengan menggunakan lebuhraya ini.
Lebuhraya Utara Selatan adalah lebuhraya yang paling panjang sekali yang terdapat di dalam negara kita.
Untuk yang tak sampai tangan masa bayar tol boleh guna benda ni murah jer. KLIK SINI
Laluan highway ini menghubungkan secara terus daripada negeri Perlis di utara dan juga ke Johor yang terletak di selatan tanah air.
Highway PLUS ini adalah menjadi pilihan utama bagi pengguna jalan raya untuk balik kampung terutama sekali pada musim musim cuti perayaan yang besar seperti Hari Raya Aidilfitri.
Apabila tiba cuti hari raya pastinya lebuhraya yang lengang akan menjadi sesak akibat peningkatan jumlah trafik kenderaan yang menggunakan lebuhraya ini.
Untuk menggunakan lebuhraya utara selatan ini bukanlah percuma dan setiap pengguna perlu membayar mengikut jumlah jauh kilometer dan juga mengikut jenis kelas kenderaan.
Namun pengguna motorsikal tidak dikenakan bayaran (percuma) untuk menngunakan highway plus ini.
Bagi anda yang bercadang untuk menggunakan lebuhraya plus ini bila bila masa sahaja pastikan anda mempunyai duit yang mencukupi untuk membayar tol.
Sekarang ini pembayaran tol tidak boleh lagi menggunakan tunai, pembayaran tol boleh dibuat menggunakan kad Touch & Go dan kaedah RFID antara salah satu kaedah bayaran yang popular.
Pastikan ada topup siap siap dengan jumlah duit yang cukup didalam kad anda supaya tidak berlaku masalah ketika hendak membayar tol nanti.
Banyak sudah kita lihat seringkali banyak kenderaan sangkut ketika hendak membayar tol akibat duit yang tidak mencukupi di dalam kad touch & go mereka.
Jadi sekarang ini para pengguna lebuhraya utara selatan dah boleh semak dan rancang berapa kadar tol yang bakal mereka bayar untuk sampai ke satu destinasi perjalanan.
Buat Semakan Harga Tol Plus
Pengguna boleh semak kadar tol lebuhraya utara selatan hanya dengan membuat semakan online sahaja.
Untuk membuat semakan kadar tol plus anda boleh semak di website plus iaitu https://www.plus.com.my/
Pihak plus telah menyediakan satu kalkulator kadar tol untuk pengguna mereka mengetahui jumlah bayaran tol yang mereka perlu bayar untuk sesuatu perjalanan.
Apabila anda masuk ke website rasmi PLUS anda akan dapat lihat kalkulator kiraan tol ada disediakan untuk para pengguna.
Cara menggunakan kalkulator kadar tol plus ini anda boleh ikuti langkah langkah berikut.
1. Layari website rasmi plus di https://www.plus.com.my/
2. Pada bahagian kalkulator kadar tol pilih destinasi anda iaitu lokasi tol masuk dan juga lokasi tol keluar.
3. Kemudian tekan pada butang “Get Result” untuk mendapatkan kadar bayaran tol
4. Kadar bayaran tol akan ditunjukkan mengikut jenis pengkelasan kenderaan
Contoh Pengiraan Kadar Tol
Sebagai contoh saya membuat pengiraan berapa kadar tol yang perlu dibayar jika saya mahu membuat perjalanan daripada tol Tangkak ke tol Alor Setar Utara.
Selepas saya membuat pengiraan kadar tol daripada tangkak ke alor setar utara dengan menaiki kereta harga tol yang perlu dibayar adalah sebanyak RM 64.53 sehala.
Dan jika dikira jumlah tol untuk pergi dan balik saya perlu sediakan untuk bayaran tol sahaja adalah sebanyak RM 129.06.
Itu hanya kos tol sahaja dan belum termasuk kos minyak petrol kereta yang perlu dibayar untuk perjalan tersebut.
Begitulah bagaimana cara untuk anda semak berapa harga tol yang anda perlu bayar jika mahu menggunakan lebuhraya utara selatan ini.
Bagi orang yang sudah biasa dan selalu menggunakan highway ini mereka sudah tidak ada masalah kerana mereka sudah tahu berapa caj tol yang mereka perlu bayar.
Jadi bagi anda yang tak pernah guna atau jarang jarang guna lebuhraya utara selatan ini eloklah buat pengiraan berapa nak kena bayar tol terlebih dahulu supaya anda boleh sediakan duit yang mencukupi.