Cara Untuk Menyebarkan Kesedaran Mengenai Bahaya Penyakit Jantung

cara untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya penyakit jantung

Cara untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya penyakit jantung yang boleh digunakan adalah banyak sekali.

Penyakit jantung adalah antara penyakit dalam senarai teratas penyakit yang menjangkiti masyarakat di Malaysia ini.

Penyakit ini adalah penyakit yang digeruni kerana boleh menyerang dalam keadaan kita tidak sedar.

Kadang kadang kita dengar orang yang tidak ada sakit apa tiba tiba boleh jatuh pengsan secara mengejut.

Dan lebih menakutkan lagi apabila serangan jantung berlaku yang membawa terus kepada kematian.

Jadi pentingnya pihak berkuasa kesihatan menjalankan pelbagai kempen untuk menyedarkan masyarakat mengenai penyakit jantung ini.

Kempen di Televisyen Dan Radio

Untuk menjalankan kempen kesedaran tentang penyakit jantung ini pihak kementerian kesihatan boleh menjalankan kempen di televisyen dan juga radio.

Cipta satu kempen kesedaran seperti video dan diiklan di dalam tv.

Begitu juga di dalam radio boleh juga adakan iklan untuk disiarkan didalam radio.

Selain itu boleh juga adakan slot khas untuk bercakap tentang kesihatan di dalam radio dan tv dengan menjemput doktor doktor sebagai ahli panel.

Sebaran Online Media Sosial

Pada zaman sekarang internet sangat luas capaiannya dengan adanya pelbagai jenis media sosial yang dicipta.

Media sosial yang ada seperti Facebook, Tiktok, Youtube, Twitter dan sebagainya haruslah digunakan untuk lakukan kempen kesedaran ini.

Pihak berkuasa kesihatan boleh lakukan kempen kesedaran di dalam media sosial dengan melakukan pelbagai aktiviti kempen seperti live talk, video pendek, dan juga menyiarkan artikel kesihatan.

Selain itu juga pihak jabatan kesihatan boleh menyiarkan artikel kesihatan di website rasmi mereka.

Iklan Billboard

Menggunakan iklan billboard yang didirikan di tepi jalan juga boleh membantu menyampaikan kempen kesedaran tentang penyakit ini dengan lebih meluas.

Pilih tapak iklan billboard yang mempunyai jumlah trafik kenderaan yang tinggi setiap hari dan iklankan di situ di seluruh Malaysia.

Iklan kesedaran ini akan dilihat setiap hari bagi pengguna jalan raya yang melalu jalan tersebut setiap hari.

Pembukaan Kaunter Bergerak

Buat kaunter bergerak untuk pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada orang ramai secara berkala.

Kaunter bergerak ini boleh sasarkan tempat orang ramai berkumpul seperti pasaraya, pasar tani pasar malam dan juga event event yang sering diadakan.

Disamping memberi pemeriksaan kesihatan percuma boleh juga edarkan flyer atau brochure mengenai penyakit jantung ini kepada orang ramai.

Ceramah Kesihatan

Pihak berkuasa kesihatan boleh menjalankan kempen kempen kesedaran mengenai penyakit ini melalui ceramah.

Ceramah ceramah ini boleh di adakan di mana mana tempat kunjungan orang ramai.

Ceramah ceramah kesihatan ini boleh dilakukan disekolah, universiti dan juga pejabat pejabat awam.

Selain itu apa kata pihak kesihatan meminta kebenaran pihak masjid untuk memberi ceramah kesihatan selepas maghrib.

Waktu ini sesuai digunakan dan dibuat di masjid lagipun banyak orang yang berumur sering pergi ke masjid.

Itulah antara cara cara untuk menyebarkan kesedaran mengenai bahaya penyakit jantung kepada orang ramai yang boleh dilakukan daripada masa ke semasa.

Jaga kesihatan dan jaga jantung anda.

Baca juga

Baca juga Cara Mengamalkan Gaya Hidup Sihat

Scroll to Top