Bacaan Tekanan Darah Tinggi Yang Bahaya

bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya

Berapakah bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya pada manusia secara amnya dan apakah kesan kesan yang boleh berlaku selepas itu.

Penyakit darah tinggi atau tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai hipertensi di dalam istilah kesihatan.

Penyakit ini juga adalah antara penyakit yang paling bahaya yang dialami oleh golongan rakyat Malaysia.

Darah tinggi juga adalah salah satu penyakit yang menyerang dalam diam terhadap badan dan akan menyerang dengan tiba tiba.

Tiba tiba boleh jadi sakit kepala, pening berpusing dan boleh jatuh rebah dan pengsan.

Kadar Bacaan Tekanan Darah Tinggi

Penyakit darah tinggi ini diukur mengikut paras darah yang telah ditetapkan oleh pihak kesihatan.

Ukuran paras darah ini telah ditentukan supaya dapat menentukan samada seseorang itu ada darah tinggi atau pun sihat.

Berikut adalah kadar bacaan darah tinggi

KategoriAngka bacaan di atas (mmHg)Angka bacaan di bawah (mmHg)
Optima< 120And < 80
Normal< 130< 85
High Normal130 – 13985 – 89
Tekanan Darah Tinggi Peringkat 1140 – 159or 90 – 99
Tekanan Darah Tinggi Peringkat 2160 – 179or  100 – 109
Tekanan Darah Tinggi Peringkat 3?  180?  110
Jadual Kadar Bacaan Darah Tinggi

Sumber myhealth

Jika dilihat pada jadual kadar bacaan darah tinggi di atas paras normal orang yang sihat adalah pada kadar optime <120 dan <80.

Bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya pula adalah pada peringkat yang ketiga apabila mencecah 180 (atas) dan 110 (bawah) ke atas.

Pada peringkat ini sudahh mencapai peringkat maksimum dimana pesakit dah mempunyai masalah yang lebih teruk seperti pengsan dan sebagainya.

Dan apa yang lebih menakutkan lagi adalah apabila bacaan darah tinggi terlalu tinggi boleh menyebabkan pecah salur darah dikepala dan seterusnya boleh menyebabkan strok boleh berlaku.

Kesan Daripada Darah Tinggi

Apabila berlakunya darah tinggi didalam badan maka pelbagai masalah seperti penyakit lain boleh berlaku.

Apabila dah kena serang dengan darah tinggi maka mudah bagi penyakit lain untuk terjadi pada badan si pesakit.

Hanya dengan satu punca sahaja pelbagai masalah lain boleh timbul akibat daripada masalah penyakit darah tinggi ini.

Antara penyakit atau masalah masalah yang boleh berlaku akibat daripada penyakit darah tinggi ini adalah seperti:

  • Serangan Stroke/Angin Ahmar
  • Serangan penyakit jantung
  • Kesan komplikasi pada mata
  • Masalah pada fungsi buah pinggang
  • dan juga boleh berlaku kehilangan satu atau lebih denyut nadi

Itu adalah antara penyakit utama yang boleh berlaku daripada menghidapi masalah tekanan darah tinggi ini.

Lihat betapa bahayanya kesan penyakit ini kepada kita semua.

Untuk mengelakkan masalah penyakit darah tinggi ini supaya belaku sentiasa lah jaga kesihatan dan cek kadar darah tinggi anda secara berkala.

Jika anda sudah terkena dengan penyakit darah tinggi ini pastikan anda makan ubat mengikut jadual yang ditetapkan dan jumpa doktor untuk buat pemeriksaaan kadar darah.

Untuk kita semua pastikan amal kehidupan yang sihat selalu untuk mendapat kesihatan yang baik.

Baca juga Cara Untuk Menyebarkan Kesedaran Mengenai Bahaya Penyakit Jantung

Scroll to Top