Cara Buat Link Whatsapp Tanpa Dedahkan Nombor

cara buat link whatsapp tanpa dedahkan nombor

Salam apa khabar, kali ini saya nak share cara buat link whatsapp tanpa dedahkan nombor yang sangat sangat mudah budak budak sekolah pun can do it la.

Dengan adanya teknik ini kita boleh sembunyikan atau hidekan nombor telefon apabila kita letak link whatsapp di mana mana.

Lepas orang dah klik link tu barulah nombor kita dapat dilihat, itu memang tak boleh buat apa dah orang nak mesej kita mestilah dah nampak nombor kita.

Cuma dengan adanya link ini nombor telefon anda tidak didedahkan terlebih dahulu, pada masa nak whatsapp selepas tekan link sahaja baru lah nampak nombor telefon.

Perkara ini bagus juga untuk sekurang kurangnya jaga privasi diri kita kan sebab boleh buat link whatsapp tanpa nombor ditunjukkan.

Bagaimana cara hendak membuatnya:

Guna Whatsapp Business

Whatsapp business ada menyediakan kemudiahan link tanpa melibatkan nombor anda dilihat.

Jika anda belum ada boleh ke playstore untuk install whatsapp business.

Cara untuk dapatkan link whatsapp di whatsapp business:

1. Masuk ke whatsapp, klik pada 3 titik di bahagian atas sebelah kanan phone anda

2. Klik Business Tools > Klik Short link

Di sini akan di paparkan link whatsapp nombor telefon anda. Tekan link berwarna hijau tersebut untuk copy dan paste di tempat anda ingin gunakan.

Itulah link whatsapp anda,dekat belakang tu ada huruf tu biarkan, copy sahaja ya.

https://wa.me/message/
Code whatsapp business
link whatsapp business

Didalam bahagian “Message” anda boleh letakkan ayat yang anda mahu gunakan jika orang klik link anda sebagai contoh “Assalamualaikum.”

Jika anda ingin orang yang nak mesej tu edit ayat yang anda telah setkan anda boleh “onkan” button tersebut menjadi hijau. Nanti mereka boleh edit text untuk mulakan mesej.

Info lain Cara Nak Buat Akaun Google Baru

Buat Secara Online

Anda boleh menggunakan website https://create.wa.link/ untuk membuat link whatsapp tanpa dedahkan nombor telefon anda.

Jika anda tak ada whatsapp business anda boleh gunakan cara ini.

Penggunaannya adalah free sahaja dan buat masa ini tak perlu daftar akaun untuk gunakannya.

Anda boleh pergi ke website tersebut dan ikuti langkah langkah dibawah sehingga selesai.

cara buat link whatsapp

1. Taip nombor WhatsApp anda

Pastikan anda memasukkan nombor telefon anda dengan betul dan janga silap. Pastikan juga code negara adala Malaysia +60

2. Custom Message | Kemudian masukkan mesej yang anda ingin mula di perbualan mesej anda seperti “Hai”

3. Boleh preview terlebih dahulu untuk lihat hasilnya, jika dah puas hati klik “Generate my wa.link”.

4. Siap link anda, boleh copy dan paste dan boleh digunakan di semua platform online. Pastikan simpan link anda di dalam telefon atau pun laptop.

cara nak buat link whatsapp

Kelebihan dan Kegunaan Link Whatsapp

  • Tidak perlu save nombor terlebih dahulu untuk mulakan mesej di whatsapp. Dengan adanya kaedah penggunaan link ini lebih mudah untuk mesej sesiapa pun hanya perlu share link sahaja.
  • Boleh sembunyikan nombor telefon anda daripada kelihatan
  • Sesuai bagi untuk yang berniaga online untuk link di letakkan di facebook, tiktok, instagram, telegram dan twitter serta blog website.
  • Sesuai untuk dikongsikan di dalam group whatsapp, telegram.

Begitulah cara cara nak buat link whatsapp yang mana anda boleh sembunyikan nombor telefon anda daripada kelihatan.

Ianya sangat sangat mudah dilakukan dengan hanya isikan nombor telefon dan text yang kita mahu gua sahaja.

Anda juga boleh buat semula link yang baru jika ingin tukar link whatsapp yang lama bila bila masa sahaja.

Diharapkan denga perkongsian kaedah ini dapat membantu anda membuat link whatsapp anda yang pertama tanpa ada nombor kelihatan.

Anda juga perlu baca benda ni jika anda selalu guna whatsapp story Inilah Antara Sebab Kenapa Tak Boleh Tengok Status Whatsapp Orang Lain

Scroll to Top