Cara Mencegah Kencing Manis Peringkat Awal

cara mencegah kencing manis peringkat awal

Cara mencegah kencing manis peringkat awal yang anda boleh lakukan dan praktikkan supaya penyakit ini tidak berlarutan sebelum menjadi lebih teruk.

Penyakit kencing manis adalah penyakit nombor 1 didalam Malaysia yang ramai sekali dihidapi oleh rakyatnya.

Dengan tidak kenal bangsa dan kaum serta umur penyakit kencing manis menyerang tidak kira siapa anda lelaki ataupun perempuan.

Malahan dapatan terkini menunjukkan bahawa kanak kanak juga sudah mendapat penyakit kencing manis pada awal usia persekolahan lagi.

Sungguh menakutkan jika didengar tentang kesan penyakit kencing manis ini kepada manusia, namun semakin hari semakin ramai yang terkena penyakit ini.

Penyakit kencing manis ini mudah terkena kerana ia bermula dengan pengambilan makanan dan minuman terutama sekali mengambil gula yang berlebihan.

Sesiapa yang suka makan manis manis dan gula yang banyak risiko nak kena kencing manis adalah sangat sangat tinggi pada masa hadapan.

Jadi bagaimana jalan atau cara cara mencegah kencing manis peringkat awal yang boleh dilakukan.

Pemeriksaan Kesihatan Berjadual

Dalam memastikan diri anda sentiasa sihat anda juga perlu tahu keadaan tubuh badan anda apa yang berlaku.

Dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan berjadual anda mampu mengetahui dengan lebih tepat tentang keadaan tubuh badan anda.

Dengan berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan anda akan dapat tahu sama ada anda mempunyai penyakit ataupun tidak.

Selain itu juga boleh dapatkan nasihat kesihatan daripada doktor untuk diamalkan untuk mendapatkan tubuh yang lebih sihat.

Kurangkan Pengambilan Gula

Gula memang satu keperluan sama ada diambil dalam makanan ataupun minuman seharian kita.

Namun pengambilan gula berlebihan dan tak terkawal akan menyebabkan penyakit kencing manis ini mudah terjadi dalam badan kita.

Oleh itu kena kurangkan gula didalam makanan dan minuman anda bermula sekarang.

Kurangkan makan makanan yang manis manis dan kurangkan minum minuman yang manis manis.

Minum Air Putih Yang Lebih Banyak

Minum air putih yang banyak adalah baik untuk tubuh badan jika diambil dengan konsisten setiap hari.

Mempunyai jumlah air yang cukup dalam badan membuatkan badan lebih sihat dan produktif sebab keperluan air yang mencukupi.

Amalan minum air putih hendaklah diamalkan setiap hari supaya dapat menggantikan minuman minuman manis yang lain.

Berhentilah minum minuman yang manis yang mengandungi gula yang banyak seperti minuman segera, air bergas, dan juga minuman segera pra campuran seperti 3 dalam 1.

Hindari Makan Lewat Malam

Makan lewat malam adalah tidak baik untuk kesihatan tubuh badan apabila diamalkan selalu dan setiap malam.

Makan lewat malam akan menyebabkan makanan yang diambil tidak dapat diproses dengan baik sebab lepas makan dah rasa nak tidur sebab dah lewat.

Pencernaan terganggu apabila selalu makan lewat dan tidur selepas makan.

Amalan ini amat amay tidak bagus sebab lama lama penyakit kencing manis dan darah tinggi boelh menyerang anda.

Latih diri untuk makan awal sebaiknya sebelum senja atau awal senja supaya perut anda masa nak tidur nanti lebih ksong dan tidak penuh.

Elakkan Makanan Berlemak

Makanan berlemak memang sedap dimakan dan bertambah tambah nasi kalau lauk sedap dan kena gaya.

Namun lemak yang berlebihan akan mendatangkan pelbagai risiko pada badan kita jika lemak tidak dibakar dengan baik selepas dimakan.

Lemak yang banyak ini terkandung dalam makanan yang terproses seperti makanan segera, jadi elakkan terlalu makan makanan segera dan dijadikan hobi atau ketagihan.

Mahupun lemak dalam daging atau ayam boleh dikurangkan dengan menggunakan cara masak yang tidak bergoreng.

Boleh makan makanan yang banyak lemak ini namun haruskan dikurangkan pengambilannya ataupun untuk lebih baik lagi adalah mengamalkan pantang.

Kawal Berat Badan

Berat badan yang berlebihan atau obesiti adalah penyumbang kepada masalah penyakit kencing manis ini.

Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan dan BMI tidak normal kena mulakan untuk kurangkan berat badan dengan segera.

Berat badan yang normal mampu mengurangkan risiko daripada terkena penyakit kencing manis ini.

Usahakan apa jua cara yang betul untuk turunkan berat badan supaya anda sentiasa lebih sihat.

Bersenam Sekerap Mungkin

Bersenam secara berjadual dapat membantu anda untuk mengurangkan risiko daripada terkena penyakit kencing manis ini.

Apabila badan berpeluh ia akan membakar kalori yang anda dalam badan anda hasil daripada makanan yang diambil oleh anda.

Usahakan untuk bersenam walaupun anda sesibuk mana sekalipun dalam seminggu pastian anda ada jadual untuk bersenam.

Buat senaman secara ringkas sahaja seperti berlari, berjalan atau mengayuh basikal.

Amalkan Pantang

Ini adalah amalan yang paling terbaik sekali untuk diamalkan tidak kira sama ada dah terkena penyakit ataupun orang yang sihat.

Pantang lah sebolehnya dengan menghindari mengambil makanan dan minuman yang tidak berkhasiat setiap hari.

Korbankan rasa sedap anda dalam makanan bagi mendapatkan kesihatan yang baik setiap masa.

Hanya orang yang kuat dan tabah sahaja yang mampu mengamalkan pantang makanan ini.

Tapi amalan pantang ini memang sangat baik dan mujarab untuk cegah penyakit seperti mana yang diamalkan oleh orang lama lama dahulu.

Jadi begitulah antara cara bagaimana nak cegah kencing manis pada peringkat awal.

Apa yang penting adalah anda mengamalkan gaya kehidupan yang sihat setiap masa.

Scroll to Top