Tanda tanda hypoglycemia and hyperglycemia serta simptom simptom yang boleh dilihat jika berlaku kepada penyakit kencing manis.
Penyakit kencing manis jika dihidapi oleh sesorang maka berbagai jenis masalah yang boleh timbul akibat menghidapi penyakit ini.
Dengan hanya satu penyakit ini sahaja pelbagai penyakit lain atau masalah boleh terjadi dalam diri pesakit kencing manis.
Daripada satu punca penyakit berlarutan menjadi penyakit yang lain pula.
Jika anda hidup bersama sama dengan pesakit kencing manis pasti anda tahu bagaimana ada apa yang sering berlaku masalah kesihatan kepada mereka.
Kali ini kita lihat pula masalah yang sering berlaku kepada pesakit kencing manis iaitu hypoglycemia dan hyperglycemia.
Apakah Hypoglycemia
Hypoglycemia atau hipoglisemia adalah masalah atau keadaan yang terjadi dimana tahap paras glukosa (gula) dalam darah jatuh terlalu rendah daripada biasa.
Kejadian ini mungkin boleh berlaku akibat daripada masalah berikut:
- Terlalu menggunakan banyak jumlah insulin.
- Masalah makan terlalu sedikit, selalu atau lewat makan dan juga langsung tidak makan.
- Membuat ativiti yang berat tanpa memakan lebih makan yang ada sumber karbohidrat terlebih dahulu.
Apakah gejala-gejala hipoglisemia?
- Merasa begitu lapar.
- Berpeluh dengan banyak tiba tiba.
- Tidak bermaya dan letih kelesuan.
- Keadaan rasa mengantuk.
- Merasa gelisah dan ketidak tenteraman.
- Denyut jantung yang menjadi cepat, rasa gementar, penglihatan menjadi kabur.
- Koma atau pengsan.
Apa yang perlu dilakukan ketika berlakunya tindak balas hipoglisemia?
- Mengambil minuman dengan meminum sedikit air buah-buahan
- Meminum 1/2 tin minuman ringan jika ada
- Minum air bancuhan dalam sukatan 2 sudu teh gula pasir
- Mengambil makanan dalam bentuk sedikit snek
- Ambil coklat atau gula gula
- Gosokkan serbuk glukos ke gusi
- Pastikan anda bersedia dengan sentiasa membawa bekal gula-gula pada setiap masa untuk menghadapi masa kecemasan jika berlaku paras gula dalam darah menurun.
Apakah Hyperglyscemia
Hyperglyscemia atau hiperglisemia adalah suatu keadaan yang boleh berlaku dimana paras glukosa darah lebih tinggi daripada paras biasa.
Apakah gejala-gejala hiperglisemia?
- Mula merasa keletihan dan amat dahaga.
- Mengalami keadaan hilang selera makan.
- Merasa loya dan muntah serta berlaku pengeluaran air kencing dengan jumlah yang banyak.
- Sesak nafas dan sukar bernafas.
- Koma atau pengsan
Simptom hiperglisemia ini boleh berlaku antara sebabnya adalah oleh beberapa perkara berikut:
- Pengambilan dos insulin yang tidak mencukupi dalam badan.
- Waktu makan dan jumlah pengambilan dos ubat dimakan tidak mengikut arahan seperti mana doktor arahkan.
- Mengambil makanan yang terlalu ada banyak jumlah gula atau karbohidrat di dalamnya.
- Menghadapi masalah jangkitan atau demam.
- Boleh juga berpunca daripada berlaku tekanan perasaan.
Begitulah secara asasnya apa yang anda boleh fahami berkenaan simptom hypoglycemia dan hyperglycemia yang boleh berlaku kepada pesakit kencng manis.
Jika anda sendiri mengidap penyakit kencing manis pastikan anda sentiasa berwaspada dan sentiasa bersedia jika tiba tiba hypoglycemia dan hyperglycemia berlaku.
Dengan adanya info dan maklumat kesihatan yang mencukupi sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk membuat persediaan jika berlaku hal ini kepada diri anda nanti.
Baca juga tentang Cara Mencegah Kencing Manis Peringkat Awal. Sumber infosihat