Cara cara mengurangkan pengambilan lemak dalam makanan seharian anda yang boleh diamalkan bermula sekarang.
Semua manusia atau hidupan di atas dunia ini perlu makanan setiap hari untuk dapatkan tenaga untuk terus hidup.
Begitu juga dengan diri kita, setiap hari mesti fikir apa nak makan hari ni bagi mengisi perut yang lapar dan kosong.
Namun dalam mengambil pemakanan seharian kita haruslah beringat dengan apa yang kita makan setiap hari.
Sebolehnya jika kita hendak makan setiap hari pastikan kita mengambil makanan yang penuh berkhasiat dan bagus untuk badan kita.
Makanan yang berkhasiat yang diambil boleh memberikan vitaman yang mencukupi yang diperlukan oleh badan kita.
Manakala makanan yang tidak berkahsiat pula adalah tidak bagus untuk badan dan boleh memberi banyak masalah kepada kesihatan badan kita.
Oleh itu sebaiknya jauhilah makanan yang tidak berkahsiat dan makanlah makanan yang berkahsiat sahaja sebolehnya setiap hari.
Kali ini kita lihat bagaimana pula cara cara mengurangkan pengambilan lemak di dalam menu pemakanan seharian kita.
Cara Kurangkan Pengambilan Lemak
Dalam mengambil apa jua makanan setiap hari sebolehnya kita tahu apa isi kandungan yang kita makan didalamnya.
Apakah benda benda yang ada dalam makanan yang kita ambil setiap hari.
Tips tips dibawah ini boleh membantu anda untuk mengurangkan pengambilan lemak di dalam makanan anda.
- Sebolehnya untuk kurangkan lemak pilih daging yang kurang mempunyai lemak
- Jika makan ayam boleh buang kulitnya dan ambil isi sahaja
- Mulai kurangkan makanan jenis bergoreng menggunakan minyak
- Kurangkan atau hadkan makanan jenis bergoreng tidak lebih daripada 2 kali seminggu
- Makanan yang digoreng mestilah ditoskan sebelum dimakan supaya minyak dapat dikurangkan didalam makan tersebut.
- Jauhi makan makanan segera sebolehnya seperti ayam goreng, burger, kentang goreng, bebola ikan dan semua jenis makanan frozen sejuk buku
- Buangkan kulit ayam dan lemak pada daging sebelum masak
- Seeloknya gunakan minyak sayuran (kecuali minyak kelapa)
- Setiap hari pastikan guna minyak tidak melebihi 4 sudu makan sehari
- Gantikan cara memasak bergoreng dengan cara rebus, bakar, panggang dan kukus
- Boleh gunakan susu tanpa lemak atau santan cair untuk gantikan santan yang pekat
- Latih diri untuk buang lemak yang ada berlebihan dalam sup yang telah sejuk seperti sup daging dan sup ayam, panaskan terlebih dahulu jika dah sejuk sebelum makan.
- Sekarang ada teknologi boleh menggoreng tanpa menggunakan minyak jadi anda boleh cuba cara ini untuk gantikan penggunaan minyak dalam menggoreng
- Latih diri untuk pantang daripada memakan segala makanan yang mempunyai kandungan lemak yang banyak dan berminyak
Bila kita kurang makan lemak makan badan akan menjadi lebih sihat dan dapat mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit dengan lebih mudah.
Kita mungkin terpaksa korbankan rasa sedap dalam makanan bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat untuk hidup dengan sihat lebih ceria dan produktif.
Sumber infosihat
Baca juga tentang Bacaan Tekanan Darah Tinggi Yang Bahaya