Cara Cek Duit Dalam Bank Online Maybank

cara cek duit dalam bank online maybank

Bagaimanakah kaedah atau cara cek duit dalam bank online Maybank untuk melihat berapa baki semasa yang ada kat akaun kita?

Masa dulu dulu kan kalau nak check duit dalam bank hanya ada satu kaedah sahaja kena pergi ke bank untuk buat semakan.

Kena kalau hari orang ramai memang masak la kena beratur sementara nak sampai giliran kita.

Tambahan pula kalau mesin ATM ada satu sahaja kat tempat tu.

Tapi sekarang kalau nak tengok duit dalam bank tak perlu dah macam tu.

Sementara nak tidur malam pun kita boleh cek duit kat telefon.

Hanya perlu semak online sahaja daripada rumah tanpa perlu ke mesin ATM.

Apa yang penting anda dah ada akaun perbankkan online dan sambungan internet.

Jimat masa jimat tenaga jimat petrol kereta anda boleh kata semua benda jimat la.

Cuma kelemahannya sekarang nak ambil duit tetap kena pergi bank.

Kalau boleh ambil duit secara online keluar terus dari phone macam mana lah keadaannyakan, tak boleh nak bayang lagi teknologi tu.

Harap adala yang cipta benda tu nanti tak payah pergi mesin ATM dah.

Kali ini saya nak tunjukkan bagaimana nak cek duit dalam akaun Maybank, bank lain pun step sama sahaja.

Cek Duit Baki Maybank2u

1.Masuk ke maybank2u boleh guna laptop atau phone atau guna melalui Apps Maybank2u.

2.Masukkan Username dan Password

3.Anda akan dipaparkan jumlah baki duit semasa anda di dalam maybank

4. Klik “Saving Account” tengok lebih detail seperti gambar di bawah.

5.Anda boleh lihat duit anda pada “Available Balance” dan juga “Current Balance”

Semak Duit Baki Maybank2u

Macam mana? mudah saja kan cara cek duit dalam bank online ni kan yang penting anda kena register dulu internet banking baru boleh guna benda ni semua.

Semua bank sekarang ini dah ada perbankkan online jadi rugilah anda jika tidak register dan gunakannya.

Cara untuk cek duit lebih kurang sama sahaja untuk semua bank secara online.

Apa yang penting anda dah ada internet banking untuk bank tersebut .

Cara Daftar Internet Banking Dan Aktifkan

Saya dulu masa buka akaun bank terus buat dan aktifkan internet banking pada masa itu juga.

Pekerja bank akan bantu anda untuk buat pendaftaran online, jadi tak perlu pergi banyak kali ke bank untuk buat benda ni, bail rumah masih terfikir lagi macam mana nak buat online.

Lepas saya buka akaun terus register online dekat bank dan terus boleh guna.

Apa yang penting sebelum anda pergi bank untuk buka akaun pastikan anda sediakan siap siap password dan username yang akan anda guna dalam internet banking nanti.

Jadi bila dah sampai dekat bank lepas buka akaun tidak lagi perlu buang masa untuk fikirkan apa username dan pssword untuk guna.

Kalau anda nak mudah ikutlah cara yang saya lakukan di atas supaya senang dan proses pembukaan akaun dan buat internet banking akan jadi lebih mudah.

Baca juga Cara Nak Print Bank Statement Maybank

Kalau tidak ada internet banking adakah boleh cek duit secara online?

Anda tidak boleh cek duit secara online jika tidak ada internet banking bank tersebut, kena daftar sebagai pengguna terlebih dahulu baru boleh login dan cek duit.

Adakah semua pengguna akaun bank wajib ada internet banking?

Tidak semestinya, internet banking adalah pilihan sahaja untuk pengguna bank dan tidak wajib ada jika anda tidak menggunakan internet untuk urusan pindahan wang.

Scroll to Top