Pada masa sekarang terdapat bermacam macam website untuk cari kerja di dalam Malaysia.
Perubahan zaman telah membuatkan proses mencari kerja juga lebih mudah hanya dihujung jari sahaja.
Kalau dahulu nak cari kerja punya la susah kena keluar ronda dan tengok iklan iklan jawatan kosong yang anda.
Begitu juga kalau nak tengok kerja kosong dalam akhbar, terpaksa beli akhbar dulu baru dapat cari jawatan atau kerja kosong.
Namun sekarang ni dah tak sesusah dahulu lagi, nak cari kerja pun mudah hanya lihat daripada rumah sahaja melalui telefon atau laptop.
Kelebihan Cari Kerja Melalui Website Kerjaya
Mencari pekerjaan melalui laman web adalah satu daripada cara yang paling popular dan dan mudah pada masa sekarang.
Senang betul nak cari peluang pekerjaan di Malaysia pada masa ini.
Banyak kelebihan jika anda mencari kerja kosong melalui website online.
- Pelbagai Pilihan Kerja: Laman web carian pekerjaan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dari pelbagai sektor dan bidang, termasuk kerjaya korporat, IT, perubatan, perkhidmatan pelanggan, perladangan, dan banyak lagi. Anda boleh mencari pekerjaan yang sesuai dengan pengalaman dan minat anda.
- Pencarian Mudah: Laman web ini dilengkapi dengan enjin carian yang memudahkan anda untuk sesuaikan dengan pencarian anda. Anda boleh menapis hasil carian mengikut lokasi, gaji, syarat pendidikan, dan syarat lain yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda inginkan.
- Peribadi dan Profil Pekerjaan: Banyak laman web yang membolehkan anda mencipta profil pekerjaan peribadi anda dan mengemaskini maklumat peribadi, pengalaman kerja, pendidikan, dan kemahiran. Ini membantu majikan mendapatkan gambaran yang lebih baik tentang bakat dan kemahiran anda.
- Permohonan Online: Anda boleh membuat permohonan secara atas talian dengan mudah. Kebanyakan laman web membolehkan anda menghantar resume dan surat permohonan melalui platform mereka, menjadikan proses ini pantas dan efisien.
- Maklum Balas dan Mesej: Anda boleh berinteraksi dengan pihak syarikat melalui laman web, menjadikan komunikasi lebih lancar. Anda juga akan menerima maklum balas mengenai permohonan anda melalui platform ini.
- Maklumat Syarikat: Laman web pekerjaan sering menyediakan maklumat mengenai syarikat-syarikat yang menawarkan pekerjaan. Anda boleh membaca tentang budaya syarikat, faedah pekerjaan, dan profil organisasi sebelum membuat keputusan untuk memohon.
- Notis Pekerjaan Baharu: Anda boleh mendaftarkan diri untuk menerima notis pekerjaan baharu yang sepadan dengan kriteria yang anda tetapkan jika ada kekosongan dibuka. Ini membolehkan anda mengikuti perkembangan terkini dalam pasaran pekerjaan.
Mencari pekerjaan melalui laman web adalah langkah yang bijak dan paling mudah sekali dalam mendapatkan pekerjaan idaman anda.
Pastikan anda menggunakan website pencari kerja yang betul untuk mengelakkan ditipu.
Senarai Laman Web Cari Kerja
Jom kita lihat senarai website website untuk cari pekerjaan yang ada di dalam Malaysia.
- JobStreet (www.jobstreet.com.my)
- Indeed (www.indeed.com.my)
- LinkedIn (www.linkedin.com)
- Foundit (https://www.foundit.my/)
- MauKerja (www.maukerja.my)
- Futurejobs (https://myfuturejobs.gov.my/)
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (https://www.spa.gov.my/
- Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) (https://www.spp.gov.my/)
- Jobstore (www.jobstore.com)
- JobLink (www.joblink.com.my)
- Ricebowl (www.ricebowl.my)
- Mudah (https://www.mudah.my/
Senarai website cari pekerjaan diatas adalah merangkumi kerja kerajaan dan kerja swasta.
Anda boleh gunakan mana mana website cari kerja diatas yang sesuai dengan keperluan anda.
Kesimpulan
Sekarang dunia yang bergerak laju sentiasa berubah dan bergerak pantas menyebabkan anda juga perlu pantas merebut peluang jika ingin mencari pekerjaan.
Mencari pekerjaan melalui laman online telah menjadi satu daripada cara yang paling efisien dan cepat untuk mendapatkan kerja.
Oleh itu marilah kita terus memanfaatkan teknologi ini untuk mencari pekerjaan impian masing masing dan membina masa depan yang cerah pada masa akan datang.
5 Alasan Tidak Masuk Kerja Agar Bos Tidak Marah