Kita yang bekerja ni mesti selalu cari alasan tidak masuk kerja agar bos tidak marah dengan kita kan.
Biasalah itu kan benda yang normal sebagai pekerja.
Ada hari kita akan sampai awal ke tempat kerja dan ada hari kita sampai lewat.
Manakala ada hari yang kita tak masuk langsung atas sebab sebab yang tertentu.
Itulah lumrah dalam bidang pekerjaan ada hari bagus ada hari tak bagus.
Namun kali ini kita nak kongsikan apa alasan alasan yang boleh anda gunakan supaya kalau kita tak hadir kerja bos boleh terima dan tak marah marah.
Masalah Kesihatan
Masalah kesihatan adalah alasan yang paling utama dan paling banyak berlaku jika tidak hadir kerja.
Betullah jika dah sakit macam mana nak buat kerja dan macam mana nak pergi ke tempat kerja.
Apa yang penting perlulah beritahu bos anda dengan sejujur mungkin bukan main tipu tipu.
Apabila anda ada mengalami masalah kesihatan perlulah beritahu apa sakit yang anda alami, sejauh mana ia akan ganggu pekerjaan anda.
Beritahu juga bila dan jangka masa yang diperlukan untuk pemulihan.
Jika perlu pergi ke klinik sila dapatkan MC sebagai bukti. Bos biasanya akan lebih memahami jika mereka tahu bahawa anda sedang menghadapi masalah kesihatan.
Kecemasan Keluarga
Kecemasan keluarga adalah suatu perkara yang sering tidak dapat dirancang dan berlaku tiba tiba.
Apabila terdapat masalah keluarga yang memerlukan kehadiran anda, berikan notis secepat mungkin kepada bos anda dan beritahu mereka mengenai situasi yang sedang berlaku.
Jika mungkin, cuba rancang semula tugasan anda atau cari bantuan dari rakan sekerja jika perlu.
Masalah Pengangkutan
Isu pengangkutan adalah perkara yang sering menjadi punca kelewatan untuk sampai kerja.
Jika anda bekerja dalam bandar yang sesak pasti akan ada masalah trafik jem dalam perjalanan.
Jika anda menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri, beritahu bos anda jika terdapat masalah seperti kemalangan jalan raya, gangguan pengangkutan awam, atau ada kenderaan yang rosak.
Usahakan untuk memberitahu dengan secepat mungkin yang anda mungkin akan masuk lewat pada hari tersebut.
Isu Anak
Sebagai ibu atau bapa, isu berkaitan anak kadang-kadang boleh menghalang kehadiran di tempat kerja.
Jika anak anda sakit atau ada isu di sekolah, beritahu bos anda mengenai situasi tersebut.
Biasanya, bos akan memahami keutamaan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak pekerjanya.
Isu Peribadi
Dalam kehidupan, terdapat masa di mana kita menghadapi isu peribadi yang mendesak.
Ini mungkin termasuk kehilangan orang tersayang, masalah keluarga yang rumit, atau masalah peribadi yang memerlukan perhatian segera.
Apabila berhadapan dengan situasi ini beritahu dengan jujur kepada bos anda mengenai isu tersebut dan cuba untuk ambil cuti.
Kesimpulan
Itulah antara alasan yang anda boleh gunakan jika anda ada masalah untuk pergi kerja pada hari tersebut.
Gunakan alasan alasan yang munasabah yang masuk akal supaya orang boleh faham dan terima.
Apa yang penting adalah memberi alasan yang jujur dan jangan berbohong demi kerana tidak mahu hadir kerja.
Jika berlaku perkara perkara tidak diingini, susun semula jadual anda ditempat kerja bila anda masuk kerja nanti dan selesaikan masalah yang berlaku.
Perkara ini adalah normal dankita sebagai manusia pun faham ada sahaja masalah yang berlaku setiap hari.
Kalau hari ni hari kawan kita yang kena, esok esok giliran kita pula yang ada masalah tidak dapat hadir kerja.
8 Tips Berjaya Dalam Kerjaya Yang Anda Harus Tahu